Friday, 11 December 2015

E.X.A.M ( Part 1 )

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang aku memulakan coretan ini.

Alhamdulillah, sedar tak sedar semester ini bakal melabuhkan tirai. Minggu depan, untuk saya dan kawan-kawan di Unversitas Indonesia dah akan mula UAS (Ujian Akhir Semester). Dan ya kat sini takde study week. Dan hari ini saya dah mula buat 'take home test' saya untuk subjek Hermenutika iaitu analisa video 'Europe is Kaput' perbincangan antara seorang ahli falsafah Slavoj Zizek dan Yanis Varoufakis iaitu ahli akademik ekonomi dan pernah menjawat jawatan sebagai menteri kewangan Greek. Mohon didoakan agar saya dapat memahaminya dengan baik dan meganalisanya dengan baik.

Hmm, coretan kali ini seputar tentang exam!



Nak cite ape ye??

Bila kita bicara tentang exam atau peperiksaan, pasti akan timbul pelbagai rasa. Cuak, risau, takut, happy pun ada. Risau, takut dan cuak serta rasa-rasa yang seirti dengannya sebab rasa cam persediaan tak cukup, rasa cam tak study banyak lagi dan pelbagai sebab yang diri kita je yang tahu. Happy sebab sem akan berakhir dan kita boleh meluangkan masa bersama keluarga.

Apa pun yang kita rasa, apa pun yang kita fikir, macam mana tak nak pun, macam mana nak elak pun, EXAM akan datang juga. Masanya akan tiba juga. So?

BUATLAH PERSEDIAAN!

Kawan pernah pesan, "usahalah semaksima mungkin, hingga nanti kita tak malu nak minta pada Allah untuk anugerahkan kejayaan". Semaksima itu bagaimana menurut kalian?

Menurut saya, semaksima itu adalah hingga tak ada ruang untuk kita 'berlagha-lagha'. Layan movie, lepak borak-borak dan kegiatan yang sewaktu dengannya.

Kita mengeluh, tak cukup masa. Sedang hakikat sebenarnya kita yang tak pandai mengurus masa, Makan je berapa lama. Borak dengan member macam dah takkan jumpa lagi esok. Menghadap facebook, twitter dan pelabgai laman sosial lain berjam-jam.

Dan perkara-perkara inilah yang kita akan sesalkan selepas exam berakhir. Setiap semester ia berulang. So, nak ulang lagi sem ni? Terserah~~

Kenapa kawan saya kata bila kita dah berusaha semaksima mungkin kita tak malu nak minta pada Allah? Sebabnya... Kita dah lakukan tugas kita. Soal keberkatan, soal anugerahkan kejayaan itu semua hak Allah. Kalau tugas kita pun tak settle cane nak minta Allah anugerahkan kejayaan? Keje cincai nak minta boss bagi gaji besar? Layak?

Antara yang kita boleh buat.

First, ambik kertas. Tulis jadual exam. Perhatikan jarak dari satu paper ke satu paper. Kalau saya, akan mula study subjek yang exam paling last. Dah teliti jadual exam betul-betul, buat jadual belajar bermula hari ini sampai ke paper yang terakhir. Hari ini nak belaajr apa, esok nak belajar apa, lusa nak bealajr apa. Yang mana paling berat, banyakkan, yang mana paling banyak kena menghafal,letakkan di waktu pagi. Dua hari satu subjek. Tergantung, yang penting bagi saya perancangan perlu ada, dan diri sendiri kena tahu kelemahan dan kekuatan sendiri. Dan ada masa mungkin kita terpaksa ubah jadual bile ada kawan ajak study sekali ke, tiba-tiba ada hal kecemasan kawan sakit ke, berlapang dadalah. Yang penting bukan sebab kelekaan kita, jaddual kita terpaksa diubah.

Dan, sebenarnya saya selalu berangan atau berhajat untuk selesaikan segala nota ringkas sebelum study week atau paling kurang waktu study week. Tapi apa yang terjadi, saya selalu still tak submit assignmnet waktu study week. Huhu. So, kalau kawan-kawan dapat buat selesaikan segala nota paling kurang masa study week, terbaik. Supaya lepas tu boleh fokus kepada pemahaman dan penghafalan. Pasal hafal ni pun, saya bukanlah orang yang boleh menghafal tanpa faham. Sebab tu biasanya subjek2 dalam bahasa arab memang lama sikit saya study. And perlu bantuan kawan-kawan lain.

Serius wa nak cakap sama luu. Musim study week dan exam adalah musim yang sangat dahsyatttttt godaan dan rintangan. Masa ni lah nak baca buku tu la, masa nilah sakit kepala, masa nilah ngantuk giller, masa nilah subahanallah masyaAllah malasnya bukan main, masa nilah tiba-tiba kawan lama nak ajak jumpa, masa nilah ada program best, masa nilah itu, masa nilah ini, senang cite macam-macamlah. So nak buat cane? UTAMAKAN APA YANG PALING UTAMA DI ANTARA SEMUA PERKARA YANG UTAMA. Kita dah besar untuk membuat penilaian. Kita muslim yang ada matlamat. Kita tahu apa yang kita perlu buat untuk capai matlamat. Bisik pada diri : sikit je lagi. Kau dah korek tanah 3/4. Dah nak nampak dah harta karun tu. Takkan nak patah balik dengan tangan kosong kat family kau?? Nak cakap apa kat parents??

Sentiasalah berdialog dengan diri, untuk tolak 'rasa-rasa' yang menganggu. Azan sikit kat telinga tu. Hehe. Kalau rasa study sorang-sorang asyik lagha, p la study bilik kawan. Tapi jangan nak bergosip atau menyembang. Minta taujihat atau nasihat dari para pensyarah, parents ke, senior ke sape-sape lah yang kita rasa boleh bersemangat dengar nasihat dia.

Tulis atas kertas besar-besar nama subjek and gred apa kita nak. Contoh : Ilmu Kalam A+
Lekat kat meja study atau almari baju atau katil. Nak lekat kat semua pun boleh. ^^

Ok, sekian dulu untuk coretan kali ini sebab saya nak sambung analisa video. Nanti agak-agak dah tepu, saya sambung tulis.

Selamat memanfaatkan masa-masa berbaki. Jangan emo-emo. Lalui dengan tenang dan positif. Kerja-kerja kumpulan siapkan cepat, tak baik aniaya kawan.




Road to imtihan,

rumaisha_aya

Puri Alamanda, Depok.
11 Disember 2015