Apa yang bakal saya kongsikan adalah, karangan teks yang saya tulis sempena dengan forum sempena Kemerdekaan di Dewan Kolej Islam Sultan Alam Shah 2011 atau 2012 (tak ingat) - sebab terjumpa catatan lama.
Sedar atau tidak, minda kita masih dijajah. Merdeka bukan sekadar pada bendera, bukan sekadar pada perayaan tapi merdeka yang sebenar ialah apabila kita mampu berdiri di atas kaki sendiri. Saya akan bawakan 2 contoh sebagai bukti bahawa pemikiran dan jiwa kita masih di jajah.
Yang pertama sidang hadirin, kita mengangkat Barat sebagai contoh tauladan. Hampir dalam setiap aspek kehidupan kita meniru apa yang barat lakukan. Bagi kita apa yang barat lakukan adalah yang terbaik. Lihat saja dalam aspek pemakaian, trend-trend terkini yang dipakai oleh anak muda jelas membuktikan bahawa kita masih dijajah. Pakai baju tak cukup kain, rambut merah macam penyapu, seluar koyak sana sini. Ini senario yang kita lihat di luar KISAS. Ayuh kita bicara soal realiti pelajar KISAS, berapa ramai di hadapan saya yang akan memakai baju kurung, warisan nenk moyang kita apabila keluar rumah? Mentaliti kita, baju kurung hanyalah kostum untuk dipakai semasa Hari Raya atau kenduri kendara. Namun apabila keluar membeli-belah atau bersama kawan-kawan, budaya barat yang kita agungkan, budaya barat yang kita banggakan.
Warga dewan pewaris kemerdekaan,
Bukti seterusnya ialah kita mencontohi barat dalam berhibur. Hiburan seolah-olah merupakan perkara utama. tidak terlampau jika saya katakan hidup ini seolah-olah untuk berhibur semata-mata. Bangun pagi hinggalah ke malam dipenuhi dengan hiburan. Di kala masa lapang, di kala ada masalah, pasti hiburan yang kita cari. Seolah-olah hiburan mampu menyelesaikan masalah kita. Walhal apabila kita hayati lirik-lirik yang dibawakan oleh barat jelas menunjukkan imej yang tidak baik. Sebagai contoh lagu Grenade yang dinyanyikan oleh Brunomars. Hadirin tahu tak lagu ni? Lagu ini mengisahkan soal remaja yang kecewa dalam bercinta dan akhirnya membunuh diri. Bayangkan hadirin, apabila lagu seperti ini yang remaja dengar saban hari secara tidak langsung jiwa mereka terdorong untuk mengikutinya. Malahan, di sana sini kita dapat lihat tarian shuffle dan breakdance menjadi kebanggan remaja. Saya pasti paling kurang pasti ada sekelompok di antara hadirin yang turut punya kemahiran itu. Buka sahaja di laman seswang Youtube, kita dapat lihat banyak video anak-anak Malaysia yang menggayakan tarian tersebut. Walhal di negara barat sendiri, tarian tersebut dianggap sebagai tarian jalanan yang dilakukan oleh remaja yang buruk akhlaknya, masyarakat mereka sendiri tidak mengangkat tarian itu. Selain itu, di barat gaya rambut 'punk' itu adalah fesyen bagi penjenayah dan banduan. Namun, di Malaysia kita mengangkat budaya ini dan menganggapnya sebagai satu kebanggan. Saya pasti jika barat mengetahui hal ini, pasti kita akan ditertawakan.
Warga dewan minda kelas pertama,
Saya amat tertarik dengan kata-kata yang dikongsikan oleh saudara panel pertama sebentar tadi, iaitu merdeka bukan sekadar laungan tapi perjuangan menentang segala perkara yang merosakka bangsa. Kita perlu bangga dengan identiti kita sendiri. Tak perlu menciplak budaya luar, kerana kita punya acuan kita sendiri. Kita punya warisan yang tersendiri. Kita punya keistimewaan sendiri. Kita lihat Jepun yang begitu bangga dengan negaranya. Ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan menggunakan bahasa mereka, hatta dalam persidangan PBB sekalipun, Presedin Jepun menggunakan bahsa kebangsaan mereka. Tapi cuba kita lihat di Malaysia, artis-artis hatta pemimpin kita sendiri menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu ditemu ramah, mahupun dalam ucapan mereka. Hadiri yang bervisi, ayuh kita singkap tirai sejarah dalam perlembangaan menyatakan antara erti Melayu ialah orang yang menaganut agama Islam. Islam mengajar kita untuk berpakaian sopan sebagai tanda kita menghargai diri kita, Islam mengajar kita untuk menajga pergaulan sebgai cara untuk memelihara diri kita. Tidakkah ini sama dengan budaya ketimuran kita? Untuk itu, saya seru warga dewan sekalian, banggalah kita kerana lahir sebagai anak Malaysia. Kukuhkan jatidiri kerana di situlah letak harga diri. Tanpa jati diri, binasalah kita. Ayuh, jadilah remaja yang ori bukan fotokopi!
SEKIAN
Saja suka salin semula sebagai kenangan. Oh begini aku befikir dahulu. Oh begini aku menulis dahulu. Dah lama tak berforum. dah lupa dah penggunaan perkataan, intonasi. susunan ayat yang sesuai. hehe. kenangan