Tidak ada solat yang lebih mulia selain solat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.
Tidak ada sujud yang lebih mulia selain sujud yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.
Tidak ada qiamullail yang lebih mulia selain qiamullail yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.
Tidak ada wudhuk, zikir, doa dan tangisan yang paling baik selain yang dilakukan pada bulan Ramadhan.
Ramadhan. Terhimpun begitu banyak kebaikan dan kemuliaan padanya. Kita yang rugi jika mempersiakannya. (17 JUn 2016)
Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian,
Kerana di saat aku sendiri hilang kepercayaan pada diri,
Kalian malah mempercayaiku sepenuh jiwa.
Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian,
Kerana di saat aku jatuh, putus asa dan kecewa.
Kalian mengubatiku dengan mengingatkan aku janji-janji Tuhan.
Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian,
Kerana di saat aku merasakan masa-masa ku sia-sia,
Tapi rupanya masih ada masa aku terisi dengan mengigati Tuhan ketika bersama dengan kalian.
Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian,
Yang menjadikan dakwah & tarbiyyah sebagai cinta & nafas,
Yang saling berlumba-lumba menambah amal,
Yang bersungguh-sungguh melakukan segala pekerjaan,
Hingga terkadang aku malu sendiri dengan pengorbanan dan istiqamahnya kalian. ^^
Kerana di saat aku sendiri hilang kepercayaan pada diri,
Kalian malah mempercayaiku sepenuh jiwa.
Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian,
Kerana di saat aku jatuh, putus asa dan kecewa.
Kalian mengubatiku dengan mengingatkan aku janji-janji Tuhan.
Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian,
Kerana di saat aku merasakan masa-masa ku sia-sia,
Tapi rupanya masih ada masa aku terisi dengan mengigati Tuhan ketika bersama dengan kalian.
Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian,
Yang menjadikan dakwah & tarbiyyah sebagai cinta & nafas,
Yang saling berlumba-lumba menambah amal,
Yang bersungguh-sungguh melakukan segala pekerjaan,
Hingga terkadang aku malu sendiri dengan pengorbanan dan istiqamahnya kalian. ^^
~maaf tak sama dgn yg malam tu, malam tu cakap spontan je.
:3

Dalam hidup ini, kita berusaha sedaya mungkin untuk tidak melakukan kesilapan.
Kesilapan pada manusia, apa lagi pada Tuhan.
Kesilapan pada manusia, apa lagi pada Tuhan.
Namun terkadang, kita gagal.
Lalu, kegagalan itu adakalanya begitu menganggu jiwa, merabak emosi, mencalar diri.
Berhari-hari, malah berbulan-bulan mempersoal segala yang berlaku.
Berhari-hari, malah berbulan-bulan mempersoal segala yang berlaku.
Pejamkan matamu, anggap sahaja apa yang kau lalui itu adalah proses untuk kau menjadi dewasa. Untuk kau lebih mengenali diri. Untuk kau lebih dicintaiNya. Berikan ruang untuk dirimu. Dan ingatlah bukan kau sorang sahaja yang pernah buat silap. ^^ ( 26 Julai 2016)
Orang yang merasakan dirinya dikasihi,
dia akan senang mengasihi.
dia akan senang mengasihi.
Rasakan kasih sayang Tuhan & Nabimu sentiasa.
Juga dalamnya kasih keluargamu.
Agar kau mudah mengasihi & menyayangi. (21 Julai 2016)
Juga dalamnya kasih keluargamu.
Agar kau mudah mengasihi & menyayangi. (21 Julai 2016)
Pesan seorang guru,
Latih dirimu untuk tidak melihat harta orang yang lebih darimu. Kereta mewah, rumah besar dan sewaktu dengannya. Saat terlihat, tundukkan pandanganmu. Agar tak timbul rasa ingin punya harta sebegitu. Belajar untuk merasa cukup dengan apa yang kita punya.
#penawardizamansemuaorngberlumbamengejardanmempamerharta (18 Julai 2016)
Hujan ITU rahmat..begitu juga persahabatan kita..terima kasih sahabat yg menyokong selama INI.. (30 Ogos 16) -hacked by zahari :p
Orang yang berjuang dalam medan dakwah tanpa kefahaman yang benar, akan membawa kerosakan daripada membawa manfaat buat umat.
-Umar bin Abdul 'Aziz-
Menjadi mahasiswa yang mengaku berjuang, perlu jelas dan faham apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan.
Untuk apa masa, tenaga, wang & jiwa ini dikerahkan.
Ke mana akhirnya perjuangan ini kita bawa.
Dan saat tujuan kita jelas, kita akan mudah untuk bertahan dan bangkit tiap kali jatuh.
Moga Allah menyertai tiap langkah kita!
Moga Rukun Pertama dalam Rukun Janji Setia kita iaitu faham menjadi asas perjuangan kita.
Moga Rukun Pertama dalam Rukun Janji Setia kita iaitu faham menjadi asas perjuangan kita.
Jangan ada urusan yang lagi penting dalam hidup kamu berbanding urusan memperbaiki diri kamu.
Umar bin Abdul Aziz
#islahdiri
#MenujuKampusHarmoni (24 Ogos 16)
#MenujuKampusHarmoni (24 Ogos 16)
Dan akhirnya kemana ingin kita bawa ummat ini?
Saban hari kita bicara tentang kepimpinan.
Kita bicara tentang meluaskan pengaruh.
Kita bicara tentang ke mana hala tuju yang ingin kita sampai.
Kita bicara tentang meluaskan pengaruh.
Kita bicara tentang ke mana hala tuju yang ingin kita sampai.
Satu demi satu langkah kita susun.
Dan kita sedar, hakikatnya kita ingin mengajak ummat kembali kepada Allah.
Dan kita sedar, hakikatnya kita ingin mengajak ummat kembali kepada Allah.
Lalu, untuk tugas yang besar itu, seorang pemimpin haruslah terlebih dahulu mengenali siapa Allah sebenarnya. Mengenali bukan pada akal semata tapi lewat amal dan jiwa.
BEGITULAH KEPIMPINAN YANG SEBENAR. YANG MENJADIKAN MANUSIA YANG DIPIMPINNYA LEBIH LUNAK & AKRAB DENGAN DIA.
#MenujuKampusHarmoni (23 Ogos 16 )
Diri diibaratkan seperti sebuah kerajaan.
Terdiri dari hati yang diumpamakan seperti Perdana Menteri.
Akal yang diumpamakan seperti Raja.
Tangan umpama Kementerian Kesihatan.
Manakala kaki umpama Jabatan Kerjaraya.
Atau apa sahaja yang ingin kita umpamakan.
Akal yang diumpamakan seperti Raja.
Tangan umpama Kementerian Kesihatan.
Manakala kaki umpama Jabatan Kerjaraya.
Atau apa sahaja yang ingin kita umpamakan.
Mentadbir diri dengan baik adalah peranan kita sepenuhnya.
Jangan bicara tentang mentadbir sebuah empayar yang besar, andai diri sendiri gagal dilatih untuk mentadbir dan ditadbir.
Selamat mentadbir!
#MenujuKampusHarmoni (22 Ogos 16)
Kita selalu tertanya-tanya bagaimana pandangan orang lain pada kita.
Sedang hakikatnya bagaimana kita memandang diri kita iaitu bagaimana kita meletakkan nilai pada diri kita, begitu lah juga diri kita yang akan dilihat oleh orang lain.
Menjadi mahasiswa. Memimpin diri & masyarakat. Kita lah yang pertama dan utama perlu meletakkan nilai yang tinggi pada diri.
Mahasiswa yang percaya diri, optimis dengan apa sahaja yang dihadapi akan terus berusaha mempertingkatkan diri dari hari ke hari.
Mahasiswa yang percaya diri, optimis dengan apa sahaja yang dihadapi akan terus berusaha mempertingkatkan diri dari hari ke hari.
Selamat membina diri!
#MenujuKampusHarmoni (21 Ogos 16)
Siapa tu orang Islam?
Muslim itu siapa?
Muslim itu siapa?
Orng Islam itu adalah yang orang lain tak sakit melalui tangan & lidahnya.
#berakhlaksepertimuslim ( 20 Ogos 16)
Mahu kau tahu di mana tempat mu di sisi Tuhan?
Tanyakan dirimu, di mana Tuhan kau letakkan di hatimu.
#salamkahfi
#Allahituyangpertamadanutama ( 19 Ogos 16)
#Allahituyangpertamadanutama ( 19 Ogos 16)
Ketakutan adalah hal yang kau rasakan.
Keberanian adalah hal yang kau lakukan.
Keberanian adalah hal yang kau lakukan.
Sultan (2016) ( 9 Ogos 16)
Ayat yg paling ingat bila tengok Rancangan Daie tv3 adalah:
"Penghulu segala produk!"
:p

#naseblahbileadapenaja ( 7 Ogos 16)
Hmm, kena fikir balik jugak tabiat membaca buku sambil tunggu bas ni. Minggu ni saja dah 2 kali tertinggal bas. Pak cik bas lalu je. Sebab tak tahan pakai tangan (ayat lain: lambai2), mungkin pak cik bas ingat kite saja duduk kat bus stop nak baca buku.
:p

Yang fardhu atas kita adalah MENCARI & MENUNTUT Ilmu.
Faham itu Allah yang beri.
-Dr Wan Adli. JAPI. 2016-
Sabarlah. ^^
#subjekepistemologi ( 27 Sept 16)
Kesedihan mengajar kita untuk lebih menghargai orang- orang yang membuat kita tersenyum & ketawa wp untuk sekecil-kecil perkara. Terima kasih.
Senyum dalam tangis. ^^
#salamkahfi ( 23 Sept 16 )
Ilmu itu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak, tetapi saat rasa hati ingin untuk belajar.
Selamat kembali ke kampus semua! Moga lepas berehat, lagi bersemangat untuk bersungguh-sungguh dlm menuntut Ilmu. ^^ ( 30 Okt 2016)
Uzlah yg sering kita faham adalah mengasingkan diri. Menjauhkan diri dari manusia.
Nak tak saya kongsikan maksud uzlah yang lebih praktikal? ( tanpa menafikan definisi yg telah kita fahami) ^^
Iaitu uzlah adalah seseorang itu tidak terkesan atas sebarang tindak balas manusia wp masih bergaul bersama mereka.
Kita memilih rasa apa yang kita nak rasakan. Apa yg dalam minda kita, membentuk keputusan dan ia menentukan apa yg kita rasa.
Kita memilih untuk marah atau sakit hati atau benci dan sebagainya.
Kita memilih untuk marah atau sakit hati atau benci dan sebagainya.
Jangan kerana tingkah laku orang sekitar kita menjadi penghalang kepada usaha kita nak lebih dekat dengan Dia. Abaikan yg buruk2 di sekitarmu! ^^ ( 25 Okt 16)
Bila orang buat perkara-perkara yang kita tak suka pada kita, itu antara peringatan dari Allah agar kita tak buat perkara-perkara yang kita tak suka pada orang. (20 Okt 16)
Kita yang pilih untuk biarkan rasa apa yang akan masuk ke dalam hati. Kita yang pilih rasa apa yang kita nak rasakan. ^^ (13 Okt 16)
Terkadang kita perlu menerima seseorang itu pada siapa dan apa dirinya. Itu lebih menenangkan. Daripada kita berharap atau meminta dia yg berubah, lebih baik kita yang berubah.
Fesyen, medium penyatuan wanita. ^^
Waktu lunch tadi, tiba-tiba disapa oleh seorang student api. "Boleh tak nak pegang tudung awak? Nak rasa jenis kain."
Selepas itu, datang seorang lagi dan kata "awak beli bile? ......" Dan bermula lah perbualan sekitar tudung tersebut. ^^
Haha, tak sangka. Tak pernah bertegur sapa, tapi kerana sehelai tudung ukhuwwah bertaut.
#yangnamanyawanitaperempuanakhawat ( 5 Okt 16)
Bila nak komen sesuatu, jangan sekadar komen, datangkan solusi atau pandangan.
Ia ciri orang budiman. ^^ ( 4 Okt 16)
Hari ni ke sana ke mari interview orang untuk assignment subjek Psikologi Agama. Membincangkan persoalan "Apakah cabaran terbesar anda sebagai ibu bapa dalam mendidik anak2 pada hari ini?". Banyak sangat tips yg dapat. Tapi apa yg benar2 menarik perhatian saya, adalah apabila iv seorang ayah yg berusia 33 tahun, ayah kepada 3 orang anak menjawab soalan tersebut dengan jawapan
" bagi saya x de cabaran. Bende2 ni macam rutin. Kita buat je lah tugas kita sebagai ibu bapa. Apa yg nak jadi cabarannya, pagi2 van yg hantar anak saya pergi sekolah"
Haha. Memang x puas hati dgn jawapan dia. Kiteorng tanye balik macam2, komitmen kerja ke, luangan masa dgn keluarga ke, kerisauan biah anak2 membesar ke, pengurusan kewangan keluarga ke, pemilihan sekolah anak2 ke, takkan x de masalah.Ke memang begitu seorang ayah menilai situasi. Positif sngt! Hmmm (16 Nov 16)
Esok nak iv kakak tu. Hehe. Kan kak Fiesha Aziz
:p ( (

Awal keikhlasan adalah membetulkan niat.
Dan ketika kita terbiasa dengan lafaz niat, apa niat kita sebenarnya?
Terkadang kita terlupa untuk menetapkan niat atau tujuan pada perkara-perkara kebiasaan kita.
#salamkahfi ( 4 Nov 16 )
الإسناد من الدين ولو لا الإسناد لقال من شاء ما شاء
Jika bukan kerana sanad-sanad, maka akan berkata sesiapa sahaja sesuka hatinya (khasnya perihal agama)
-Imam Abdullah Bin Al-Mubarak ( 30 Dec 16 )
Islam memahami 'keadilan' adalah sebgai taklif atau beban yang dikenakan bagi setiap manusia.
Tugas setiap manusia adalah mengenali taklif masing-masing sebab setiap orng mempunyai taklif yang berbeza mengikut kedudukan dan kemampuan masing-masing.
Again. Bukan kesamaan. ^^
#hmmfeminis ( 30 Dec 16)
Kesamaan dalam banyak keadaan adalah kezaliman. Sebab tu dalam Al-Quran tiada perintah agar 'menyamakan' tapi ada perintah agar berlaku adil (16:90).
Sifirnya begitu.
Logiknya begitu.
Logiknya begitu.
Kau sedar adik-beradik kau cuti bila kalau sebelum ni kau boleh kol & sembang dengan mak kau 3 kali sehari, tapi bila dorang cuti 3 kali seminggu pun susah. Apa korang buat ha kat rumah???? Haha.
bagi can la kat kite....nak cakap bende penting ni. ( 30 Dec 16 )
:3 (e

-Murabbi- ( 29 Dec 16 )
Latih diri. Raikan orang lain. Bila dia sedang cerita cerita dia. Dengar tanpa menyampuk untuk cerita cerita kita juga. ^^
#itsnotjustaboutusallthetime ( 27 Dec 16)
Berhari2 malah bertahun2 Allah beri nikmat. Baru beberapa hari je Allah tarik nikmat. Sabarlah ~~~ ^^ ( 21 dec 16 )
Aku hairan aliran masa yg berlalu terlalu laju, tp aku lbh hairan manusia yg melalaikannya.
(I.Syafi'i)
-last pesan sis gojes-( 17 dec 16)
(I.Syafi'i)
-last pesan sis gojes-( 17 dec 16)
Sape kate muda ni sekali! Muda ni 2 kali. Sekali sekarang, sekali lagi kene usaha dapat kan muda di akhirat.
-sis gojes lagi- ( 17 dec 16 )
-sis gojes lagi- ( 17 dec 16 )
Bermimpilah. Mimpi kan free.
-sis gojes- ( 17 dec 16 )
-sis gojes- ( 17 dec 16 )
Life is all about learning, adapting and converting all the experiences into positive learning. ( 8 Feb 17 )
Paling tak boleh terima orang merokok kat kedai makan. Kesian kat budak kecik & orng lain. ( 28 Jan 17 )
Bila kita cuba membuka hati dan telinga untuk memahami orang lain, bahagia itu akan kita rasakan.
Belajarlah untuk memahami. ( 27 Jan 17)
Belajarlah untuk memahami. ( 27 Jan 17)
Seringkali nada suara yang kurang tepat membawa kepada salah faham. Hati-hati. ( 27 Jan 17 )
ركود المأ يفسده فراع الشاب يقتله
" Air yang tenang tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang akan dibunuh oleh masa lapangnya itu"
-syair arab - ( 26 Jan 17 )
Memberi adalah satu kenikmatan. Dan ketika kau mampu merasakannya, itulah cinta. Memberi bererti kita perlu mengorbankan sesuatu.
Memberilah sehingga kita terlupa untuk meminta.
Moga semakin cinta! ( 23 Jan 17)
Saya bukan dari nilam puri!
Selalu kene terangkan kenapa saya x faham dorng sembang pasal apa, atau bila ada yg tanya awak majmuah berapa ye dulu, asal rasa tak pernah nampak. Haha.
Menjadi student api yang bukan dari np punya cabaran yang tersendiri. I admit it! Yang bukan np mesti faham bagaimana rasanya. Macam kite dtng menganggu dlm sebuah family yg dah bahagia.
:p that's how I feel.

Tapi pada saya, rasa itu seharusnya ia hanya pada semester pertama sahaja.
Masa berlalu seiring peningkatan kematangan. Berlapang dada dan berukhuwwahlah atas nama Tuhan. Dari mana pun kita bermula, akhirnya kita akan berada dlm kelas yg sama dgn cita2 yg sama. Nak keluar dari kejahilan! ^^
Np, tidak dapat tidak ia tempat permulaan ramai tokoh2 hebat. Tempat ramai manusia2 langit dibina. Semua orng dr situ terer Arab. Tempat kawan2 api saya membesar dan mengenali realiti kehidupan. Haha. That's how I define np.
Sekian dr saya yg bukan dr np, tp berusaha mengenali dan memahami np untuk kenal kawan2 dan kelangsungan dakwah di bumi UM.
4 tahun jadi student api, tak sah kalau tak hampir stiap hari dngr orng sebut pasal np. ^^
#untuksesuatuyglebihbesar ( 22 Jan 17)
Macam mana antum boleh tidur lena sedangkan antum berada dalam firaq (ummat yang berpecah), sedangkan nabi cela pada perpecahan ummatnya?
Kalau ana, ana jawab ana boleh tidur lena kerana kita tak pernah abaikan firman Allah " واعتصموا بحبل الله".
Moga dalam peliharaan Allah sentiasa!
Kenapa orng Malaysia suka buat majlis khatam Quran?
Sebab kita jarang baca & khatam Quran. Huhu
#jilsahakhawat ( 12 Jan 17 )
Sebab kita jarang baca & khatam Quran. Huhu
#jilsahakhawat ( 12 Jan 17 )
" اذا اشتدت بك البلوى
ففكر في الم نشرح
ففكر في الم نشرح
فعسرٌ بين يسرين
إذا فكرته تفرح "
إذا فكرته تفرح "
Tatkala engkau dihimpit ujian, maka renung-renungkanlah ayat @ surah 'ألم نشرح'
Maka kesusahan terletak antara 2 kesenangan (maksudnya senang sebelum dan selepas ujian)...
Apabila kau menghayatinya, kau akan gembira.
Apabila kau menghayatinya, kau akan gembira.
Translated by : Shobariah Abd Rahman
Bila kau dan semua housemate kau tengah pulun prepare untuk exam esok, tiba2 ada sorang housemate kau dekat ruang solat cakap "sape nak A jom solat!". Gulpp ^^
All the best semua! ( 4 Jan 17 )
First time dengar orng merayu supaya suruh housemate jangan masak. Haha. Apakah? ( 3 Jan 17 )
Bila tengah tilawah dan sampai pada ayat-ayat yang tak familiar (sebab ulang2 baca surah sama je) mesti teringat zaman masa belajar dengan ustaz Amir Hussin Baaddul Amir kat SMAKK dulu.
Setiap weekend akan tilawah depan ustaz dengan beberapa orang kawan. Tengah2 baca tiba2 ustaz kata "ni lama dah tak baca quran ye" . ustaz boleh detect kalau kami lama tak mengaji. Sentap jugak. Pastu semenjak tu mmng akan disiplin baca quran hari2 sebab x nak nanti weekend masa ngaji depan ustaz, ustaz perasan yg kte tak baca quran hari2. (Hehe, teruk betul niat mcm tu
:3)

Ustaz kata, orang kalau biasa baca quran, ayat quraan tu keluar ringan je dari mulut die. ^^
Rindunye nak belajar taranum n qiraat dgn ustaz. Terima kasih ustaz. Mohon doa & tunjuk ajar terus.
Hidayah
SPM SMAKK 2010
SPM SMAKK 2010
#apaazamtilawahkita ( 1 Jan 17 )