Tuesday, 21 June 2016

Seloka 5 Bukhari SMAKK 2010

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA


Assalamualaikum pembuka bicara,
Ikhlas dari kami 5 Bukhari,
Pelbagai ragam lawak jenaka,
Nak tau ke? Marilah baca sekali.


Lembut orangnya berbudi bahasa,
Berbadan kecil, cute pun ada,
Ustazah Andi Kaswia inilah gerangannya,
Guru kelas yang tercinta.


Kejap penari, kejap ustaz,
Ada-ada je otak gilernya,
Suka tengok orang gembira itu sebenarnya,
Bukan nak minta puji si Ag.Sharizal.


Arif Arham diberi nama,
Orang kata rupa macam Pasha,
Pandai bertarannum itu kelebihannya,
Namun bila ketawa, fuh! bergegar dunia.


Pria SMAKK terer bola tampar,
Alif Akriah, emm..bulila kacak,
Tinggi lampai orangnya pintar,
Tidur-tidur pun, result..uish! gilak!


Putra tunggal harapan famili,
Dalam kelas, wakaka...dialah penyeri,
Ish..gerangan sepa ba ni??,
Alaa..Amin ba.. si tuan aji.


Hafizuddin Kamarudin empunya diri,
Dalam kelas sentiasa serius,
Nampak dari jauh macho sekali,
Sekali senyum..terpikat buss.


Rambut terpacak hensem sekali,
Main bola sukan kegemaranyya,
Amiezal Afandi pemuda berani,
Kalo berani, bersuntuk ba kita.


Taknak makan dietlah konon,
Sentiasa ceria tak kira masa,
Teliti kemas itu prinsipnya,
Afiqah Ramli penolong berbakti.


Marah merajuk jarang sekali,
Ratu senyum kelas kami,
Senyuman ayu memikat hati,
Najwa Ahmad Basir nama diberi.


Pergi ke pasar jual terung,
Orang membeli berduyun-duyun,
Orang kampung tanam jagung,
Itulah dia Shofia A'yun.


Pensyarah universiti impian dihatinyer,
Nur Hidayah Abdul Hamid itu yang jelas,
Kesimpulan PQS serah kat dier,
Konfom ada madah penghias.


Mukanya manis bijak sekali,
Tetapi lucu bila berbicara,
Ada waktu macam tuli,
Filzah Hasanah idaman putra.


Gadis manis labuh bertudung,
Lima tahun di sekolah sudah pun genap,
Peperiksaan besar bakal menjelang,
Farhanah Jeman pula suka bercakap.


Orangnya kecil ber'IQ' tinggi,
Kaler pink menjadi trademarknya,
Syakila Saif nama diberi,
Si adik manis berkaca mata.


Jangan disangka belum berpunya,
Tinggi lampai bolehlah cute,
Jomo Tuaran riang orangnya,
Tersenyum selalu itulah Yute.




~ mengemas kertas-kertas lama, terjumpa seloka ini. Antara kenangan bersama kawan-kawan SMK Agama Kota Kinabalu Sabah. :) Satu persatu kenangan datang menerpa di ruang fikiran, membuat aku tersenyum. Beginilah cara Tuhan mengajar kami untuk menajdi dewasa. Beginilah cara Tuhan mempertemukan kami dari pelbagai latar belakang. Dan hari ini, aku tersenyum bangga melihat pencapaian sahabat-sahabatku dalam bidang masing-masing. Sentiasa memasang niat ingin bertemu kalian, moga tiba waktunya. In sha Allah akan ziarah Sabah semula satu hari nanti. Wallahi, datang KL, let me know  ok.









tak banyak simpanan gambar yang ada. padahal selalu amik gambar gak pinjam kamera abah, tp tak tahu simpan di mana. waktu tu tak tahu lagi kewujudan google photos, google drive, dropbox dan sewaktu dengannya. hehe




Yang merindui kalian,

Hidayah Hamid


Petaling Jaya.

Sunday, 29 May 2016

Koleksi Status FB Nur Hidayah Bintu Khauf (14)

Beza Nasihat dan Bebelan
Nasihat= memberi sesuatu yang baik, kepada orang yang kita sayang dengan cara yang baik, pada waktu yang sesuai.
Bebel=memberi nasihat yang sama berulang-ulang dalam keadaan emosi
~seronok kelas dgn Dr Faisal sbb selalu terpaksa untuk berfikir di luar kotak & melihat sirah dr sudut yang berbeza & definisi2 baru pd term2 yg ada. ^^

Antara tanda memuliakan kitab:
-menyentuhnya dalam keadaan berwudhuk
-tidak menjulurkan kaki ke arahnya
-tidak meletakkan benda lain di atas kitab

لا يستطاع العلم براحة الجسم
"Seseorang itu tidak mampu menguasai ilmu dengan kerehatan tubuh badan."
-Abu Nasr Yahya Bin Abi Kathir al-Yamani-
(Ulama tabiin)

Satu ayat ini yg dulu seringkali ketua kami ucapkan. Dan bg aku ayat ini sudah cukup menggambarkan ketinggian martabat seorang guru.
"HAMPIR-HAMPIR SEORANG GURU ITU MENJADI RASUL"
Selamat hari pendidik pd semua para guru, pensyarah & ibu bapa. ^^ (16 Mei 16)


Hari ni bangun pagi dengan hati yang berbunga2 dan senyuman yang panjang. ^^
Dah janji dengan ummi supaya hari2 ummi akan kol kejut pagi. So hari2 akan dngr suara ummi pagi2. Semangat sikit!

اللهم سلمنا الى رمضان وسلم لنا رمضان وتسلمه منا متقبلا يا ربالعالمين
“ Ya Allah sejahterakanlah kami sehingga datangnya bulan Ramadhan. Sejahterlah Ramadhan itu bagi kami & terimalah dari kami Wahai Tuhan Sekalian Alam”

Bahagia itu bila kau masuk kelas Dr Wan Adli dan sepatutnya giliran kau kene terjemah petikan dari kitab farqu bainal firaq, tapi kau tak terjemah lagi, dan kau nak bagi giliran kau pada kawan sebelah supaya dapat cukupkan 7x baca untuk dapat A subjek Aliran Pemikiran Semasa tp tiba2 kawan sebelah kau tu hulur helaiannya yg dah diterjemah. Ditambah dengan kawan2 kat belakang bantu terjemahkan juga + bagi ruang untuk kau supaya sempat juga baca sebelum kelas berakhir. T_T
Thnx awak2. ^^


Allah ada, ada & ada.
Manusia asalnya tiada kepada ada Dan akhirnya tiada. ^^


Islam ialah penyerahan diri.
Penyerahan diri ialah keyakinan.
Keyakinan adalah pembenaran.
Pembenaran ialah ikrar.
Ikrar ialah perlaksanaan.
Dan perlaksanaan ialah amal perbuatan.
-Muhammad Al Baqir- (16 April 16)

Entah untuk kali ke berapa mendapat persoalan tentang jodoh & perkahwinan dr adik2 lepasan SPM 15. ^^
Persoalan nak kahwin awal sbb risau x jumpe dah perempuan or lelaki yg perangai or peribadi yg mcm die tngh minat sekarang.
And jawapan saya adalah satu ayat yg kak Fadhilah Jumidey pesan kat saya dulu : Jauh perjalanan, awak akan jumpa lagi ramai orang yg lebih baik & sesuai untuk awak, sabarlah. ^^

Yakinlah ada keberkatan dalam kelas yang kamu hadiri. Datanglah walaupun mengantuk. Datanglah walaupun penat. Datanglah walau dalam keadan apa sekali pun. Yg penting jasad kamu mesti di kelas. ^^
-Prof Madya Dr Khadijah- ( 14 Mac 16)


Kejayaan itu adalah bagaimana kejayaan kita dalam membahagiakan orang tua kita.
-Dr Fauzi Hamat (8 Mac 16)

Saban hari.
Kau berkata tentang sabar dan redha.
Tentang tawakkal dan pasrah.
Tentang syukur dan baiknya Tuhan.
Dan percayalah kau takkan benar-benar memaknakannya, selagi kau tak rasa jatuh, yang tika itu kau tak punya apa-apa tempat berharap, tempat berpaut, selain Tuhan. ( 4 Mac 16)


Sabar itu tak bermakna pasif. Menerima apa saja yang menimpa diri tanpa usaha mengatasi atau menegakkan hak.
Tapi sabar itu kata nabi,
Menahan diri daripada bertindak dalam emosi.
Sabarlah. Ambillah masamu, rationalkan mindamu, tenangkan hatimu. ^^ ( 23 Feb 16)

Monday, 22 February 2016

Koleksi Status Fb Nur Hidayah Bintu Khauf ( 13 )

Senyuman di jiwa itu mendahului senyuman di wajah. Musibah & kesusahan berasa segan & takjub kepada jiwa yang sentiasa tersenyum. ^^
-Syed Alwi- (20 Feb 16)


One become a legend only when he could feel the happiness and pain equally.
If I were to say "God, why me?" about the bad things, then I should have said "God, why me?" about the good things that happened to me in my life. ^^ ~Arthur Ashe~ (17 Feb 16)


Kesusahan itu ada dua. Satu ada di luar diri kita iaitu di saat ia hadir dalam kehidupan kita. Kedua ialah kesusahan yg ada dalam diri kita iaitu kesusahan yang kita rasakan.
Keduanya berbeza. Yg mampu kita kawal adaah kesusahan yg kita rasakan. Didiklah jiwa
 (13 Feb 16)


Berapa banyak hubungan yang retak dapat diselamatkan dengan ungkapan 'maaf'.
Berapa banyak keegoan dapat ditundukkan dengan kata 'maaf'.
Berapa banyak kemarahan berjaya disejukkan dengan kata 'maaf'.
Berapa banyak kecil hati & terasa hati dapat diubati dengan kata 'maaf'.
Maafkan aku. ( 12 Feb 16)


Berapa banyak salah faham terjadi kerana prasangka.
Berapa banyak niat baik disalah tafsir kerana prasangka.
Jujurlah dalam hidup ini. Bercakap benarlah. Jangan bersangka2. Manusia itu beza2. (11 Feb 16)


Haha when my lil bro, mujahid keep repeat " terima aja takdirnya" for everything even when we ask him to find the lost key. Fening hakak.
Huhu. Usaha perlu semaksima dulu dek. (2 Feb 16)


Aku tidak merasa terhina bila aku dihina, tapi aku merasa terhina bila aku menghina.
(Imam Syafie) (2 Feb 16)


Cinta itu datang dari banyaknya interaksi. Keberadaan bersama. Mengenalinya lewat luangan masa.
Bagaimana mungkin kita bisa mencintai Allah sedang kita jarang berlama-lama denganNya 
(25 Jan 16)


Kerana memahami kanak2 juga satu seni.
Seringkali niat mereka ingin 'membantu', disalah tafsir oleh kita, orang dewasa.
Buat aku & kita semua yg selalu berurusan dengan anak kecil,
Jangan terus marah, ajar & terangkan cara yang betul. ^^
Selalu ingat, bhw kanak2 ini ahli syurga, sampai hati ke kita nak marah2? 😂
‪#‎diarihakakbileadiksemuacuti‬ (24 Jan 16)


Dalam perjalanan untuk program bersama akhawat....
Perjalanan yg mashaAllah begitu membahagiakan.
Sepanjang perjalanan, melintasi satu demi satu kedai.
Kedai pertama, bapaknya lagi baca AlQuran.
Kedai kedua, ibunya juga baca Alquran.
Mas jual kuih apam pakai gerobak juga baca Alquran.

Sampai2 di tempat program akhawat juga masing2 sedang tilawah.
Allah~~~
Teguran untk kita2 yg belum memulakan hari dengan Al-Quran. (19 Dec 15)


Hidayah, kamu sudah mahu pulang ke Malaysia kan?
~Aku hanya mampu tersenyum.
Apa pun yang kamu pilih nanti,
Jangan memilih berdiam diri.
Setiap orang memiliki mutiara dalam dirinya.
Ingat bahawa kita sentiasa perlukan Islam,
Untuk menjadikan kita sosok yang tak pernah kita bayangkan sebelumnya,
untuk membentuk keberanian kita menghadapi apa pun,
yang memberi kekutan pada kita untuk menggapai segala hal yang kita inginkan,
mengantarkan kita pada kebahagiaan,
dan perasaan cinta yang dengannya tak kau butuhkan apa pun lagi,
islam akan membuatmu terus tumbuh dan tumbuh,
hingga kelak di masa depan,
setiap ceritamu membuat putrimu bercita-cita menjadi sosok sepertimu.
Hidup ini begitu singkat.
Mari membuat banyak cerita... ^^

‪#‎melangkahdenganlebihbersemangat‬
‪#‎keranamuslimbersaudaratanpabatasangeografi‬
‪#‎minggudepandahexam‬ (13 DEc 15)


Ketika kita melalaikan atau mula longgar pada amalan-amalan sunat yaumiyyah (harian) kita, perkara yang sama akan terjadi pada amalan-amalan fardhu kita. Maka, latihlah diri berdisiplin terhadap amalan-amalan sunat kita.
-Mba Vivin- ( 9 Dec 15 )

Adakalanya hidup bukan soal perlumbaan dan perbandingan. Aku lagi cepat. Aku lagi pandai. Aku lagi banyak tolong orang. Aku paling rajin tau. Nah kan aku betul. Aku dah tahu dari dulu....
Kau salah. Kau khilaf. Kau lambat.
Hal2 dunia yg remeh.
Tenanglah. Dunia itu tiada apa untuk dibangga-banggakan. Sifatnya semua sementara. Yang lagi pentingnya Allah sayang kita kan. Dan kita tak pernah tahu ap sebenarnya yang dilalui orang sekeliling kita, ap pergolakan dalam hatinya. Maka jangan pernah membandingkan.
‪#‎tapidalamberamalharusfastabiqalkhairat‬ ^^ (4 Dec 15)


Penyakit bila almathurat dan quran dalam hp, asal ade noti naik walaupun silent mesti nak tengok. Ibadahnya jadi terganggu. Nah, budayakan semula membaca alquran dan al mathurat langsung dari kitabnya.
-Mba Vivin- (2 Dec 15)


Cinta itu menjaga, tergesa-gesa itu nafsu belaka
-Asma'- (30 Nov 15)


Kau bertanya kenapa doa-doa kau tidak dimakbulkan?
Bisa jadi Allah tunda doa-doa kita, kerana di saat kita meminta pada Tuhan, dalam masa yang sama kita masih meminta-minta pada manusia.Penyerahan dan pengharapan kita tidak total.
Usahakan agar manusia lain tidak mengetahui masalah-masalah kita. Bicarakan aja pada Tuhan.
~Ustad Yusuf Mansur~ (26 Nov 15)


Di saat aku mengadu lelah dan kerisauan pada abah.
Abah jawab satu ayat je. Kata abah: kelelahan dan kesedihan itu hanya ilusi.
Dan setelah berminggu, baru aku mampu mncerna maksud abah. 😏
Kembali positif.

‪#‎terusbersemangat‬
‪#‎Allahbersamakita‬
‪#‎2minggulagi‬ (24 Nov 15)


Masa akan terus berdetik. Dunia akan terus berputar. Sama ada kita di dalamnya atau tidak. Sama ada kita bersedia atau tidak.
WALASHR (23 Nov 15)


Seringkali yang melerai kekusutanku, yang membuat aku kembali tenang adalah saat aku mengetahui dan meyakini ada doa-doa ummi abah, guru2, keluarga dan kawan2 yang sentiasa mengiringiku. Dan saat aku mengimani bahawa Allah melihat setiap usaha-usaha aku dan ingin aku mempelajari banyak hal dalam jatuh dan bangun aku. Dan saat aku menyedari 3 minggu je lagi sebelum Ujian Akhir Semester. Haha. 😂😂 (19 Nov 15)



Bila kawan sebut tentang tangan panjang, teringat kisah bagaimana isteri-isteri Nabi Muhammad mengukur tangan mereka dengan mengulurkan tangan mereka kedinding untuk mengetahui tangan siapa yang paling panjang setiap kali mereka berkumpul. Sebab nabi kata yang pertama akan menyusuli aku di antara kalian adalah yang paling panjang tangannya. Dan sampai masanya Zainab Binti Jahsy yang wafat dahulu.
Dan saat itu barulah isteri-isteri nabi memahami sabda Nabi tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan tangan yang panjang adalah yang paling pemurah,yang suka memberi sedekah. Dan memang terbukti kemurahan hati dan kemuliaan Zainab, sehingga waktu Zainab wafat, Aisyah berkata"sudah pergi wanita yang terpuji dan rajin beribadah, tempat mengadu anak-anak yatim dan janda"
Demikianlah Zainab BInti Jahsy, wanita mulia yang dinikahi Rasulullah atas perintah Allah dalam Al-Quran. Yang asalnya Rasulullah menjodohkan Zainab buat anak angkat baginda iaitu Zaid. Dan pernikahan ini sebagai hikmah bahawa anak angkat itu bukan anak sendiri, tak boleh berbinkan ayah angkatnya dan bekas isterinya boleh dikahwini.
‪#‎itsjumuuah‬
‪#‎salamkahfi‬
‪#‎ulangkajisirahsikit‬ (13 Nov 15)


Kok kamu kelihatan sedih?
Hmmm.(berkira-kira menyusun ayat)
Tinggal tahajud ya hari ini? Sapanya sambil tersenyum.
T_T *dush *kene sebiji
Asalnya sedih kerana hal dunia, malah jadi tambah sedih selepas diingatkan soal tahajud. Huhu
Itulah muslim seharusnya, urusan-urusannya yang tertunggak dengan Tuhan yang pantas ditangisi.
Pesan Morobbi SMAKK, Ust Nik Anwar Ibn Zakaria yang sentiasa bermain di fikiran, "Simpanlah air matamu di siang hari, untuk kau tumpahkanyya kala dini hari saat kau berdua sama Tuhanmu"
(11 Nov 15)


Dan hari ini menjadi saksi untuk kesekian kalinya betapa dalam dakapan ukhuwwah begitu membahagiakan.
Betapa kedudukan geografi itu tidak membataskan.
Betapa rasa percaya dan selamat bersama hanya kerana kita punya akidah yang sama.
Betapa bantuan-bantuan yang dihulur begitu menyenangkan.
Dahsyatnya menjadi muslim.
Hanya kenal lewat sms tapi bisa begitu mempercayai, ditraktir sepanjang perjalanan dan dihantar hingga hilang di bayangan mata.
Tidak cukup dengan itu dikonfirmasikan keselamatannya lewat sms.
‪#‎jzkkkakhawatsekalian‬
‪#‎liqaituserubangettt‬
‪#‎jomusrah‬ ^^ (8 Nov 15)


Pada satu cita-cita kemanusiaan yang dialami oleh seluruh manusia iaitu menjadi makhluk yang bahagia di planet ini. Dan kalau cinta sudah hilang atau dibuang, jangan anggap keadilan akan datang!
~Bapak PKS~ (8 Nov 15)


Menjadi wanita muslim yang berhijab.
Ketahuilah hijab itu bukan membatasi tapi membentengi.
Bukan sekadar menutupi tapi menundukkan hati.
Bukan sekadar sehelai kain tapi lambang ketaatan.
Bukan sebuah fesyen semata tapi menjadi mahkota malumu.
Moga kau dan aku terus kukuh di jalan ini. Menjadi muslim itu satu kebanggan. Dan menjadi wanita muslim itu juga harus disyukuri. Istimewanya penciptaanmu.
‪#‎hijabmakesyoubeautiful‬ ( 3 Nov 15 )


= Anniversary Abah & Umi =
1 Nov 1992. Hari ni Ulangtahun perkahwinan abah n umi yang ke23. Abah dan umi dipertemukan melalui naqib n naqibah masing2. Abah beriya tak nak dapat isteri yang pakai cermin mata tp akhirnya itu yang Allah takdirkan buat abah. ^^ Abah yang janjinya dengan nenek nak bawak umi duduk sabah 2 tahun je akhirnya jadi berpuluh tahun. Hehe. Demi kerja dan dakwah. Umi yang ambil keputusan untuk bekerja sebagai ibu rumah tangga sepenuh masa ketika anak keempat, demi memastikan anak2nya membesar dalam biah dan didikan yang baik. Umi korbankan keseronokan berkerjayanya. Masa kecil abah selalu bawak aku p cari hadiah untuk umi. Tapi aku selalu tak pandai simpan rahsia, awal dah bagitahu umi abah belikan ape. Haha. Sepanjang proses pertunangan dan pernikahan abah, abah catat semua jadual kehidupan seharian abah, termasuk catatan prestasi ibadah dan prestasi iman juga perasaan abah sehari2. Ada part tu abah tulis, eh aku belum balas surat tunang akulah. Hehe. Dan ad satu lagi part yg paling aku ingat bila ada satu hari tu prestasi ibadah abah menurun, abah kate macam mana lah nak didik isteri nanti, kalau aku camnie. Hehe. Aku baca semuanya catatan abah seawal usia sekolah rendah. Abah yang bagi baca. Umi juga suka tulis catatan dalam bentuk puisi. Dan ya aku juga baca semuanya. Dan sedikit sebanyak bacaan catatan mereka, membentuk prinsipku bagaimana memilih pasangan, bagaimana melalui masa2 awal perkahwinan, bagaimana untuk melalui segala kesusahan dan kesenangan bersama dan yang paling penting bagaimna memanfaatkan masa bujang dan pembinaan diri.
Abah dan umi,
moga terus tabah dan redha dalam melayari bahtera rumahtangga.
Moga semakin intim dari hari ke hari.
Mohon doa dan tunjuk ajar selalu.
Dayah
( Otw back to Jakarta ) ^^ ~ 1 Nov 15


Kita selalu mengadu badan kita letih, sakit.
Kita selalu mengadu perit dan payahnya belajar.
Mahu tahu punca sebenar masalah2 ini berlaku???
kerana ibadah kita bermasalah, banyak cacat celanya.
Kalau ibadah kita mantap, badan yg sakit terasa kuat, hal yg susah, terasa mudah, krn Tuhan telah menjadi keutamaan.
~Ustaz Dr Ali Saged~
Tausiyah dr jauh. Jzkk ustz. (28 Okt 15)


Kamu mahu tahu Hidayah, aku nggak pernah sihh beli buku motivasi.
Oh iya? Kenapa? Emangnya kamu nggak pernah rasa lemah?
Ya pernah aja rasa lemah. Tapi kan muslim punya Al-Quran, dalamnya ada segala macam kisah termasuk hal-hal yang bisa memotivasikan. Apa lagi yang bisa mengubat kedukaan, kekecewaan, kerinduan, dan rasa keseorangan kalau bukan Al-Qurannn.
Al Quraan itu seru bangett kok kalau dihayati. ^^
~~~~Terima kasih mba. (27 Okt 15)




Tuesday, 2 February 2016

Aku & Kefasilitatoran (1)

Dengan namaMu Tuhan aku memulakan catatan ini.

Alhamdulillah berkesempatan juga menjadi fasi untuk program Gerbang Pra Siswa anjuran YADIM bagi negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.




Perasaan?

Macam-macam. Gembira sebab dapat share ilmu dan pengalaman. Puas sebab dah 1 sem tak jadi fasi program. Sebak gak nak berpisah. Seronok dapat kenal kawan dan adik-adik baru. Cuma terkilan sikit sebab tak puas dengar cerita adik-adik and ada beberapa part tak beri yang terbaik. Huhu



Dan kali ini aku ingin berkongsi kenapa aku suka sangat bidang kefasilitatoran dan sejarah aku dalam bidang ini. Cehhh.hehe.

Seingat aku, kali pertama jadi fasi adalah waktu zaman sekolah menengah, tak silap tingkatan 3, bile ust Amir minta kiteorng jadi fasi untuk program-program kem solat untuk pelajar sekolah rendah. Dan waktu tu, takyah fikir modul bagai, sebab pihak sekolah dah siap sediakan modul, kiteorang kene jadi fasi je. Dan mungkin kerana aku kak long yang ade ramai adik, jadi berinteraksi dengan budak-budak tak pernah membosankan. Dan seingat aku, pernah ade kes budak kencing waktu tengah program la, sekolah yang kiteorng p tu minoriti muslim la, pastu kene solat kat bilik kecil dan macam-macam. Banyak jenis sekolah rendah jugak lah tapi tak silap semua temanya solat.

Seterusnya naik tingkatan 4, aku dilantik sebagai naqibah untuk kumpulan usrah. Dan di sini sebenarnya ruang aku menggilap lagi kemahiran sebagai fasilitator. Latihan memahami manusia, menyelami hati, menjadi pendengar setia dan melontar idea serta berkongsi ibrah-ibrah kehidupan. Dan dalam tahun itu juga, aku merupakan PRS sekolah. Bukan power rangers atau perosak seperti yang selalu diguraukan oleh budak-budak sekolah tapi Pembimbing Rakan Sebaya. Menjadi PRS memberi kelebihan kepada aku, bila kami disediakan kursus-kursus kepimpinan dan kemahiran-kemahiran berinteraksi dan memahami orang lain. (saya ingat lagi tau lagu PRS sampai hari ni. ^^)
Dan dalam masa yang sama juga aku memegang jawatan sebagai ahli Badan Dakwan& Rohani atau BADAR. Menjadi ahli BADAR yang perlu mengurus dan mentarbiyyah adik-adik juga banyak membentuk peribadiku sebagai seorang pendidik atau fasilitator. Aku masih ingat sampai aku akan bahagikan jadual aku kepada beberapa bahagian, ada masa aku akan luangkan masa dengan junior, ziarah bilik dorang ke, makan dengan dorang ke, ada masa aku akan luangkan masa untuk bersama senior, dan sebahagian masa lagi bersama kawan-kawan sebaya. Semua ini aku lakukan bagi membina hubungan yang erat sesama semua pelajar. Kerana aku memegang konsep setiap hati manusia itu punya kunci yang tersendiri, dan untuk membuka hati kunci manusia itu, kita perlu kunci yang tepat. Dan bila dah ada hubungan yang erat, atau dengan kata lain dia tahu yang kita sayang dia dan hormat dia, dia akan mudah untuk terima teguran-teguran kita. ( I kakak Badar yang garang juga tau kadang2, hehe) Lagipun rukun usrah kan Taaruf ( kenal-mengenal), Tafahum ( Faham-memahami) dan Takaful (saling bantu-membantu) .Dan inilah yang aku pegang kenal-mengenal. Melatih diri membuang ego dan kepentingan diri, berkenal-kenal dengan semua orang disekeliling aku. Serius kalau ingat balik, proses-proses ini semua bukan senang. Banyak perasaan dan kepentingan yang perlu dikorbankan.

Emmm, ape lagi ye waktu form 4.. Oh ya sebagai senior, menjadi trend atau kebiasaannya kena buat satu program untuk adik-adik form 1. Dan ya waktu ni kami buat kem solat dan aku kene merangka beberapa modul antaranya yang paling aku ingat modul eksplorasi alam. Dan ya ini first time rasenye aku kene buat modul sendiri. Alhamdulillah hasil perbincangan dan idea dari kawan-kawan juga junior waktu tu Rahmi nama die, ( hehe, jenuh perah kepala otak nak ingat nama awak) modul ni terhasil. Modul ni pasal peralihan 7 alam manusia iaitu dari alam ruh sampai alam barzakh. Antara modul yang aku rase best tp aku tak pernah guna lagi semula sampai sekarang.



Pastu lebih kurang la waktu form 5 pun. Jadi fasi untuk orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1. Waktu ni pun aku dah start berjinak-jinak dengan keje-keje merangka modul. Act, sebenarnya thnx to KRUKK atau panjangnye Kelab Remaja Ukhwah Kota Kinabalu dan PSS iaitu Persatuan Siswazah Sabah yang banyak mengajar dan mengenalkan aku kepada bagaimana merangka modul dan mengasah skill sebagai seorang fasilitator. Dua persatuan ini adalah NGO luar bukan bawah pihak sekolah. Seingat aku, waktu form 4 aku dah start join program-program dorang bila waktu cuti sekolah. Antara program-program dorang yang aku ingat adalah Kem Remaja Islam dan Qiamullail bulanan.

Dan sejarah kefasilitatoran aku bersambung dan semakin terasah waktu selepas SPM. Disebabkan sebab-sebab tertentu, aku tak kerja dan hanya fokus kepada mengambil lesen kereta waktu tu. Dan disebabkan kelapangan waktu itu, aku menyibukkan diri dengan KRUKK. Mengadakan program-program untuk anak-anak muda sekitar KK. Dan waktu ini aku mengasah bakat kefasilitatoran aku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu bukan sekadar menjadi fasi sahaja malah perlu merangka modul untuk program-program besar dan melatih fasi-fasi lain.Waktu ni memang ke sana ke sini, join program sana, program sini, dapat jemputan buat program kat sekolah la, kene berbakti semula kat sekolah lama lah masa induksi BADAR adik2 sampai lah 2 hari sebelum aku nak terbang ke KL untuk sambung STPM. Dan aku masih ingat program terakhir aku waktu tu adalah kem hafazan untuk adik-adik sekolah rendah dekat Sek Tahfiz bandar Siera. Dan ingat lagi waktu ni memang taktau pun yang bidang ni sebenarnya bidang yang kita boleh dapat duit. Sebab kebanyakannya kiteorang jadi fasi tanpa sebarang bayaran.




Seterusnya melangkah ke STPM. Aku merindui masa-masa 'memberi'. Masa-masa aku berinteraksi dengan jiwa-jiwa muda, jiwa-jiwa yang dahagakan nasihat dan perhatian. Dan Allah ubat kerinduan  tu, bila senior pilih aku dan beberapa orang kawan 6 rendah untuk handle kem solat untuk adik-adik sekolah rendah. Dan waktu ni aku belajar dari kawan-kawan baru ni bagaimana mereka merangka modul dan menjadi fasilitator.

Kisah ini diteruskan dengan perkara yang sama. Lebih kurang seperti aku di tingkatan 4 dan 5. Ditugaskan menjadi naqibah dan ketua pelajar, mengasah kemahiran aku menyantuni manusia. Melihat dan belajar mengerti apa yang dalam hati manusia. Dengan pelbagai rutin harian di sekolah yang memang secara tidak langsung menyubur jiwa pendidik dan pemimpin. Ditambah dengan kursus dan seminar yang disusun oleh guru-guru memang terbaik. Antara yang paling aku ingat seminar bercakap dengan Abang Bad ( mudir rancangan adik-adikku TV1). AKu semakin cinta bidang ini. Dan aku makin menyedari aku adalah insan yang puas dan seronok bila perlu bekerja dengan manusia, bukan dengan komputer dan lain-lain. Kerana memahami manusia adalah satu seni, dan ia bukan satu kemahiran yang boleh diperolehi dengan sekali kursus atau sekali pengalaman tapi ia perlu pengalaman berkali-kali dan ilmu yang benar serta hati yang ikhlas ingin berkongsi.

Selepas tamat STPM, aku bekerja sebagai seorang guru tadika di Tadika Khalifah Bestari Bangi. Mengajar anak-anak kecil yang berusia 4-6 tahun. Pengalaman yang indah walaupun memenatkan. Di sini aku melatih diri untuk bercakap atau berkata selaras dengan pemikiran orang yang ingin disampaikan. Kerana sasaranku kanak-kanak, maka aku belajar untuk menyampaikan sesuatu dengan gaya yang sangat-sangat simple. Perkara yang sama apabila ku kongsikan dengan orang dewasa, ku kongsikan juga dengan anak-anak ini tapi dengan gaya yang sangat-sangat ringan. Antaranya cerita-cerita tentang kelebihan Ramadhan, perintah solat dan sebagainya. Dan apa yang best jugak, di sini aku diberikan kursus-kursus berkaitan ilmu psikologi diajar bagaimana mengenali karakter kanak-kanak dan bagaimana mengetahui kecenderungan mereka dan seterusnya bagaiamana cara yang sesuai mendekati setiap dari mereka. Perghhhh. Sebab aku guru pusing, means kene ajar semua kelas, maka aku perlu menganalisa dan mengenali setiap dari mereka. Seingat aku pelajar yang umur 5 tahun ada 4 kelas, pelajar 6 tahun ada 4 kelas. Setiap kelas dalam 20 lebih pelajar. But what I can say is I really love this work. Sampai hari terakhir aku kerja, aku paling ingat bila pengurus tadika aku cerita ada sorang budak laki yang agak 'nakal' yang aku rasa kehadiran aku tak beri kesan pun dalam hidup dia, moody taknak keluar kereta, taknak buat apa-apa dan tanya mak dia "mak kalau masuk universiti ni lama ke?" sebab dia sedih aku nak berhenti sambung belajar kat U. T_T




Dan seterusnya melangkah ke alam Universiti, pucuk dicita ulam mendatang la bile senior PMAPIUM, jemput jadi fasilitator untuk program Syoknya Solat. itu yang pertama dan alhamdulillah seterus2nya dapat peluang untuk join beberapa consultant dengan modul yang pelbagai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Plus bebrapa persatuan yang aku join juga sering mengadakan program-program yang memerlukan khidmat fasilitator. Hampir setiap bulan ada program. Dan hingga hari ini aku akan terus berusaha untuk menjadi fasilitator yang baik. Dan doakan aku semoga cita-cita aku untuk punya consultant sendiri terlaksana.




Em kenapa aku suka bidang ini dan faedah yang aku dapat lain kali aku kongsikan ye. Dah panjang pulak. Kali ini cuma sebatas sejarah dan suka duka aku dalam bidang ini. Moga sedikit sebanyak menginspirasi kalian. Cuma pesan aku untuk kawan-kawan yang rasa rendah diri dan takde ilmu nak jadi fasi, ketahuilah kawan, takde orang lahir terus pandai dan takde orang lahir untuk jadi tak pandai. Menjadi fasilitator memerlukan kemahiran. Ia memerlukan ilmu dan pengalaman. Bacalah buku atau artikel ilmu-ilmu memahami manusia. Kalau target kanak-kanak baca buku memahami kanak-kanak, kalau untuk remaja baca buku tentang remaja. Letakkan diri kita di tempat mereka, fasi bagaimana yang kita inginkan. Dan joinlah apa-apa program yang boleh menambah kemahiran diri. Untuk adik-adik sekolah yang baca tulisan akak ni, don't ever skip any program pembentukan diri yang sekolah sediakan. Masa sekolah je dapat join program best free, dah besar ni semua bebayar. Buat kawan-kawan, jangan rasa rugi untuk melabur seratus dua untuk gilap kemahiran diri dan act banyak jugak program-program percuma yang dianjurkan oleh pihak universiti dan persatuan-persatuan yang ada, rebutlah peluang-peluang itu. Seringkali yang membezakan kita dengan orang lain adalah kita ambil peluang yang di depan mata atau membiarkan ia begitu sahaja.











Wallahua'lam.

Rumaisha_aya

12.16 am
3 Februari 2016
Riching Hilir







Friday, 11 December 2015

E.X.A.M ( Part 1 )

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang aku memulakan coretan ini.

Alhamdulillah, sedar tak sedar semester ini bakal melabuhkan tirai. Minggu depan, untuk saya dan kawan-kawan di Unversitas Indonesia dah akan mula UAS (Ujian Akhir Semester). Dan ya kat sini takde study week. Dan hari ini saya dah mula buat 'take home test' saya untuk subjek Hermenutika iaitu analisa video 'Europe is Kaput' perbincangan antara seorang ahli falsafah Slavoj Zizek dan Yanis Varoufakis iaitu ahli akademik ekonomi dan pernah menjawat jawatan sebagai menteri kewangan Greek. Mohon didoakan agar saya dapat memahaminya dengan baik dan meganalisanya dengan baik.

Hmm, coretan kali ini seputar tentang exam!



Nak cite ape ye??

Bila kita bicara tentang exam atau peperiksaan, pasti akan timbul pelbagai rasa. Cuak, risau, takut, happy pun ada. Risau, takut dan cuak serta rasa-rasa yang seirti dengannya sebab rasa cam persediaan tak cukup, rasa cam tak study banyak lagi dan pelbagai sebab yang diri kita je yang tahu. Happy sebab sem akan berakhir dan kita boleh meluangkan masa bersama keluarga.

Apa pun yang kita rasa, apa pun yang kita fikir, macam mana tak nak pun, macam mana nak elak pun, EXAM akan datang juga. Masanya akan tiba juga. So?

BUATLAH PERSEDIAAN!

Kawan pernah pesan, "usahalah semaksima mungkin, hingga nanti kita tak malu nak minta pada Allah untuk anugerahkan kejayaan". Semaksima itu bagaimana menurut kalian?

Menurut saya, semaksima itu adalah hingga tak ada ruang untuk kita 'berlagha-lagha'. Layan movie, lepak borak-borak dan kegiatan yang sewaktu dengannya.

Kita mengeluh, tak cukup masa. Sedang hakikat sebenarnya kita yang tak pandai mengurus masa, Makan je berapa lama. Borak dengan member macam dah takkan jumpa lagi esok. Menghadap facebook, twitter dan pelabgai laman sosial lain berjam-jam.

Dan perkara-perkara inilah yang kita akan sesalkan selepas exam berakhir. Setiap semester ia berulang. So, nak ulang lagi sem ni? Terserah~~

Kenapa kawan saya kata bila kita dah berusaha semaksima mungkin kita tak malu nak minta pada Allah? Sebabnya... Kita dah lakukan tugas kita. Soal keberkatan, soal anugerahkan kejayaan itu semua hak Allah. Kalau tugas kita pun tak settle cane nak minta Allah anugerahkan kejayaan? Keje cincai nak minta boss bagi gaji besar? Layak?

Antara yang kita boleh buat.

First, ambik kertas. Tulis jadual exam. Perhatikan jarak dari satu paper ke satu paper. Kalau saya, akan mula study subjek yang exam paling last. Dah teliti jadual exam betul-betul, buat jadual belajar bermula hari ini sampai ke paper yang terakhir. Hari ini nak belaajr apa, esok nak belajar apa, lusa nak bealajr apa. Yang mana paling berat, banyakkan, yang mana paling banyak kena menghafal,letakkan di waktu pagi. Dua hari satu subjek. Tergantung, yang penting bagi saya perancangan perlu ada, dan diri sendiri kena tahu kelemahan dan kekuatan sendiri. Dan ada masa mungkin kita terpaksa ubah jadual bile ada kawan ajak study sekali ke, tiba-tiba ada hal kecemasan kawan sakit ke, berlapang dadalah. Yang penting bukan sebab kelekaan kita, jaddual kita terpaksa diubah.

Dan, sebenarnya saya selalu berangan atau berhajat untuk selesaikan segala nota ringkas sebelum study week atau paling kurang waktu study week. Tapi apa yang terjadi, saya selalu still tak submit assignmnet waktu study week. Huhu. So, kalau kawan-kawan dapat buat selesaikan segala nota paling kurang masa study week, terbaik. Supaya lepas tu boleh fokus kepada pemahaman dan penghafalan. Pasal hafal ni pun, saya bukanlah orang yang boleh menghafal tanpa faham. Sebab tu biasanya subjek2 dalam bahasa arab memang lama sikit saya study. And perlu bantuan kawan-kawan lain.

Serius wa nak cakap sama luu. Musim study week dan exam adalah musim yang sangat dahsyatttttt godaan dan rintangan. Masa ni lah nak baca buku tu la, masa nilah sakit kepala, masa nilah ngantuk giller, masa nilah subahanallah masyaAllah malasnya bukan main, masa nilah tiba-tiba kawan lama nak ajak jumpa, masa nilah ada program best, masa nilah itu, masa nilah ini, senang cite macam-macamlah. So nak buat cane? UTAMAKAN APA YANG PALING UTAMA DI ANTARA SEMUA PERKARA YANG UTAMA. Kita dah besar untuk membuat penilaian. Kita muslim yang ada matlamat. Kita tahu apa yang kita perlu buat untuk capai matlamat. Bisik pada diri : sikit je lagi. Kau dah korek tanah 3/4. Dah nak nampak dah harta karun tu. Takkan nak patah balik dengan tangan kosong kat family kau?? Nak cakap apa kat parents??

Sentiasalah berdialog dengan diri, untuk tolak 'rasa-rasa' yang menganggu. Azan sikit kat telinga tu. Hehe. Kalau rasa study sorang-sorang asyik lagha, p la study bilik kawan. Tapi jangan nak bergosip atau menyembang. Minta taujihat atau nasihat dari para pensyarah, parents ke, senior ke sape-sape lah yang kita rasa boleh bersemangat dengar nasihat dia.

Tulis atas kertas besar-besar nama subjek and gred apa kita nak. Contoh : Ilmu Kalam A+
Lekat kat meja study atau almari baju atau katil. Nak lekat kat semua pun boleh. ^^

Ok, sekian dulu untuk coretan kali ini sebab saya nak sambung analisa video. Nanti agak-agak dah tepu, saya sambung tulis.

Selamat memanfaatkan masa-masa berbaki. Jangan emo-emo. Lalui dengan tenang dan positif. Kerja-kerja kumpulan siapkan cepat, tak baik aniaya kawan.




Road to imtihan,

rumaisha_aya

Puri Alamanda, Depok.
11 Disember 2015 


Thursday, 26 November 2015

Memantaskan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita hari ini. Khamis. 26 November 2015. Mencari-cari program untuk mengisi masa dan menambah ilmu, alhamdulillah ternampak poster ni. Kajian Pra Nikah oleh Ust Hilman Rosyad anjuran FPPI FIK UI. Forum Pengkajian dan Pengamalan Islam Fakulti Ilmu Keperawatan UI



Tajuknya menarik iaitu memantaskan diri,menunggu dia yang istimewa. Hmm, umur-umur begini, ya wajarlah soal ini menjadi salah satu perkara yang harus dibincangkan. :)

Dan untuk kesekian kalinya hari ini, Allah buktikan, yakinlah dengan Dia, betulkan niat, Allah akan bantu. Aku yang memang tak pernah ke FIK, tapi nekad juga nak pergi , sampai je sana,terus terserempak dengan ada sorang akak yang nak ke sana juga. Pergh mmng jalan nak ke tempat program tu berliku2, agak2 rasanya boleh sesat la kalau takde orang tunjuk. Pokoknya, jangan pernah cari alasan untuk tidak melakukan kebaikan, untuk tidak menghadiri majlis-majlis ilmu. Dan saat kita bicara soal masa, sampai bila pun kita tak akan punya masa lapang, jika kita yang tidak melapangkannya untuk ilmu dan melakukan kebaikan. Bak kata mba vivin (naqibah aku sepanjang di UI) kalau masa kita masih sebagai mahasiswa ni kita dah beri alasan sibuk dan sebagainya untuk beramal, apa lagi nanti saat kita dah punya komitmen dalam keluarga dan masyarakat.

Berbalik pada tajuk yang dibincangkan. Memantaskan diri membawa maksud bagaimana dan apa persediaan kita untuk menjadikan diri kita 'Menantu Pilihan' atau 'Calon Pilihan'. Dan saat berbicara soal perkahwinan atau alam rumahtangga, persoalan inilah yang harus menjadi kayu ukur sama ada kita telah beanar-benar bersedia atau tidak. Kata ustaz, ambil cermin untuk lihat setiap sisi dari diri kita. Pantaskah?

Antara pesan ustaz, yang pertama adalah antara kriteria si gadis yang telah bersedia untuk membina rumahtangga adalah MAMPU MERAWAT DIRI. Maksudnya, menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Banyak kes-kes ibu-ibu muda yang mengalami masalah rahim dan sebagainya berpunca dari pemakanan atau kesihatan si ibu yang tidak dijaga ketika remaja. Oleh itu, pesan ustaz, amalkan pemakanan sunnah, kurangkan makanan-makanan segera, makan pada waktunya, pengambilan makanan yang seimbang dan paling penting makan makanan yang halalan tayyiban ( halal lagi baik ). Untuk aku yang tak berapa kerap makan sayur dan buah, nah ini sebagai teguran.

Kedua, pesan ustaz MILIKI SIFAT TANGGUNGJAWAB. Kerana perkahwinan adalah sebuah komitmen yang makan masa seumur hidup. Ia tanggungjawab yang sangat besar. Maka antara persediaan yang terpenting adalah belajar bertanggungjawab. Bertanggungjawab pada diri, dengan menimba ilmu untuk meningkatkan pengetahuan dan amal, bertanggungjawab pada keluarga dengan menjadi penyejuk mata ibu dan ayah, mengambil tahu perkembangan ahli keluarga serta tidak lokek membantu dan memberi nasihat, bertanggungjawab pada Tuhan dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi maksiat. Termasuklah dalam mentaati perintah Allah adalah dengan solat di awal waktu. Antara amal yang aku kira untuk melaksanakannya perlu mujahadah yang tinggi. Dan kalau bicara soal tanggungjawab, banyak sekali sebenarnya. Tanggungjawab sebagai pelajar, sahabat, anak, jiran, pemimpin dan sebagainya. Semua tanggungjawab ini perlu dilaksanakan serentak. Nah, kalau diri sendiri aja, belum mampu bertanggungjawab, bagaimana saat sudah mendirikan rumahtangga?

Ketiga, pesan ustaz BINA PERIBADI YANG BOLEH MEMBUAT IBU DAN AYAH MEMPERCAYAI KITA. Nah kalau untuk point ini menurut aku, jadi anak yang soleh dan bertanggugjawab sudah cukup membuat ibu dan ayah kita percaya pada kita untuk maju setapak ke arah pembinaan baitul muslim. Ibu dan ayah, bukan insan yang boleh kita bohongi. Gerak geri kita mampu ditafsirkan. Apa yang dalam hati mampu ditebak.

Keempat, pesan ustaz, KITA HARUS MEMILIH MENJADI YANG BAIK DAHULU KEMUDIAN BARU BERHARAP MENDAPAT YANG BAIK. Soal siapa jodoh kita? adalah soal yang tak perlu dirisaukan. Itu kerja Tuhan. Soal bilakah masa yang sesuai? Itu juga kerja Tuhan. Tugas kita memantaskan diri. Berusaha menjadi baik dari hari ke hari demi Tuhan.

Sekian, sebab ustaz nak cepat ada pengajian ditempat lain, ini antara point-point yang sempat ustaz kongsikan.

Terakhir untuk entri kali ini.




Kesimpulannya, memantaskan diri adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal. Pantaskan diri menjadi hamba Tuhan yang mulia. Didik diri untuk menjadikan cinta Allah melebihi segala apa pun. Jangan ada kerinduan yang melebihi kerinduan bertemu Tuhan di akhirat kelak. Pengawalan emosi, pembahagian masa, sifat tolak ansur, bersederhana, berlapang dada, saling memahami, menaruh kepercayann, kesetiaan, tidak mementingkan diri, menjadikan kebahagiaan orang lain adalah juga kebahagiaan kita dan banyak lagi seni-seni rumahtangga yang perlu kita pelajari dari sekarang. Sifat-sifat ini takkan datang terus tanpa pelatihan. Selamat memantaskan diri ikhwah dan akhawat fillah!

Percayalah.
Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Kalau dah jodoh, pasti bertemu.

Pada masa yang tepat, 'si dia' yang tepat akan hadir dalam hidupmu. ^^






Sunday, 15 November 2015

Menjadi Pemberani

Si pemberani.
Iaitu dia yang hanya takut pada Tuhannya.
Yang takutnya pada hal-hal dunia sentiasa di bawah rasa takut pada Tuhan.
Nah, kerana takut pada Tuhannya menjadi yang pertama,
tiada apa yang bisa menggugahnya.

Si pemberani.
Adalah karakter seorang muslim.
Ia merupakan tuntutan iman.
Kerana yang membezakan muslim dengan yang lainnya adalah di saat dia menghadapi kesulitan.
Lalu bagaimana reaksi awalnya?
Bagaimana dia menerima kesulitan tersebut?
Bagaimana dia mendepani kesulitan tersebut?
Allah sebut dalam Surah Ali-Imran, ayat 139

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
 
Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.

Ya si pengecut, yang begitu berseni dalam membuat alasan untuk menutupi kemalasan diri.
Tapi si pemberani.
Berani mengaku kesilapannya.
Malah berterima kasih pada yang menegurnya.
Berani berkata benar.
Kerana tidak ada yang benar mealainkan perkara yang benar.

Kau mahu tahu?
Kata Nabi, wanita terbaik adalah wanita Quraisy.
Kerana mereka si pemberani yang pintar mengendali kuda dan anak-anak.
Wanita ansar juga tidak kurangnya.
Pemberani dalam menuntut ilmu.
Tanpa segan silu bertanya pada Rasulullah apa-apa yang tidak diketahui

Kau pernah dengar penyakit 'wahn'?
Penyakit yang menimpa ummat kita pada hari ini.
Iaitu cinta pada dunia dan takut akan mati.
Dan ketika kita punya perasaan takut mati, itu petanda kita terlalu cinta pada dunia.

Ketahuilah.
Keberanian itu milik si dia yang istiqamah.
Memegang teguh pada sesuatu hingga akhirnya.
Istiqamah, tuntutan yang membuat rambut nabi langsung beruban selepas ayat itu diturunkan.
Betapa beratnya tuntutan disebaliknya.

Si pemberani itu, islamnya pada amalan.
Dan amalannya berdasarkan ilmu.
Kerana tanpa ilmu, istiqamah itu mustahil.

Si pemberani.
Adalah dia yang kuat menanggung beban.
Kuat mendepani apa yang di hadapan.
Dia muslim yang mengimani Allah dan Rasul sebagai tujuan.
Ada masa dia kelihatan seolah tidak penat.
Kerana dia yakin rehatnya nanti di Syurga.
Maka dia belumba melakukan amal.

Si pemberani.
Adalah dia yang teliti menyimpan rahsia.
Kau ingat kisah Huzaifah Bin Yaman?
Bagaimana teliti Huzaifah menjaga amanah Rasul.
Atas perintah Rasul, Huzaifah mencatit nama-nama ummat yang Rasulullah kategorikan munafik.
Hingga saat Abu Bakar bertanya "Adakah aku dalam kategori itu?"
Huzaifah tetap teguh menyimpan rahsia.


Si Pemberani.
Adalah dia yang menahan marahnya.
Dia mengimani bahawa muslim yang paling kuat adalah yang mampu menahan amarahnya.
Kau masih ingat kisah Ali bin Abi Talib dengan yahudi yang meludahnya?
Iaitu ketika ada satu saat semasa Saidina Ali hampir membunuh yahudi itu,
lantas si yahudi meludahnya.
Langsung Saidina Ali membatalkan hasrat membunuh Yahudi itu.
Kerana bimbang niatnya bukan lagi membunuh kerana Tuhan.
Tapi membunuh kerana rasa amarah.


Pemberani.
Iaitu dia yang teguh menjaga ke'izzah'an agamanya.
Mentaati perintah Tuhannya.
Tetap teguh mengamalkan sunnah Rasulnya.
Menjadi 'guhuraba' di akhir zaman.
Dia yang menyeru pada kebaikan.
Mencegah kemungkaran. 
Sensitif dengan kemaksiatan.

Wallahua'lam.

Sekian catatan mengenai Menjadi Pemberani. Tulisan ini adalah hasil catatan dari Jalasah Ruhiyah Muslimah Univeristas Indonesia dengan tajuk "Asy-Syaja'ah, Jadikan Dirimu Muslimah Pemberani oleh Ustzah Rufidah.

14 Nov 2015
Lantai 2
Masjid Ukhuwwah Islamiah (MUI), Kampus UI Depok

Moga kitalah si pemberani itu. Betapa hebatnya peribadi insan-insan yang mampu merasakan ketakutan hanya pada Allah. Kebergantungan hanya pada Allah. Sifir yang mudah disebut dibibir, berulang-ulang kali, tapi pengaplikasiannya mengambil seluruh masa kehidupan. Berapa ramai yang mampu menjadi pemberani yang berani menegur kemaksiatan di hadapan mata??

Menyeru kepada kebaikan itu masih mudah, kita masih mampu bermanis wajah, saat ajakan ditolak tapi mengatakan tidak, mencegah, menegur kemaksiatan yang dilakukan diri dan orang sekitar apa lagi ahli keluarga atau kenalan rapat adalah sesuatu yang amat payah. Tapi si pemberani,  rasa takutnya pada Allah sudah cukup menjadikan dia optimis, sentiasa tenang dan yakin.

Dan pesan ustazah, menjadi pelik bukan matlamat kita yang sebenar. Tapi dalam pada usaha kita menjalankan perintah Tuhan dan kita terlihat pelik maka itu wajar. Bisa saja orang terlihat pelik kerana melakukan perkara-perkara yang luar biasa atau menyalahi adat setempat. Tapi ya, itu bukan 'pelik' yang kita inginkan.

Pesan ustazah lagi, untuk menjadi pemberani amalan-amalanya perlu mantap. Hubungan baiknya dengan Allah perlu dibina. Minima kata Nabi kalau ingin tergolong dalam golongan yang tidak lalai, harus tilawah Al-Quran 50 ayat sehari. Ustazah sarankan jadikan tilawah Surah Ar-Rahman, Al-Waqiaah, Ad-Dukhan, Muhammad, Yaasin, Al-Mulk dan As-Sajdah sebagai surah bacaan harian. Dan sebagaimana Nabi yang Allah janjikan syurga istighfarnya tidak kurang 70 kali sehari, maka kita seharusnya menjadikan itu contoh.

Salam ingatan,

rumaisha_aya,
Puri Alamanda, Depok.