Thursday, 29 May 2014

Koleksi Status Fb saya ~ 6

Pandangan al Maududi, seorang ulama kontemporari : keharusan wanita muslim membuka aurat di hadapan wanita non-muslim adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama. Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan dengan wanita fasik ( walaupun seorang Islam ) yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya.~ 1 mei 14

Bertanya seorang sahabat : Buang masa & membazir masa itu dosa tak? Dosa kecil kan? Tapi kalau buat banyak kali.... hu, terima kasih sahabat, aku tahu kau bukan nak tanya sebenarnya, tp sebagai peringatan untuk aku & kau... ‪#‎tq ‪#‎keranaukhwahituindah ‪#‎salamRejab‪#‎MogaRejabkitadiberkati ~ 30 April 14

Semoga Allah aturkan pertemuan yang lebih baik untuk kita pada masa yang lebih baik! -pinjam ayat Bihah.. to: shbt2 Unisza, Upm, Uum~ 29 April 14

Buku2x serendah Rm 2, kamus BA khalil & kamus oxford Rm 5 je... Jom2x.. Bukan sebarang buku tau, buku2x Galeri Ilmu, Telaga Biru & banyak lagi.... Sape nak belajar & cuba tulis khat pun boleh ade brother Hafizan Halim.. #umix14 #kps~ 29 April 14

Zikir biar sampai dalam hati,
Belajar biar sampai mati,
Saat tiada manusia untuk kau kongsikan rasamu,
Keserabutan melanda mindamu,
Gundah gulana jiwamu,
Bertubi-tubi ujian menimpamu,
Bersusun 'assignment' yang ditangguhkan,
Dan segala macam masalah dunia mengujimu,
Maka bisikkan pada diri

I HAVE ALLAH! 

#lovenotesfromHim #umix14 ~ 28 April 14

Kata mantan ketua PRS saya: untung siapa tahu kekurangan diri, rugi siapa tak tahu kelebihan diri.. ~ 29 April 14

Kata ex-penolong ketua kelas saya pula : doa yang tak didengari, tak wajib meng'amin'kannye.. sebab tak jelas imam tu doa ape.. ~ 27 April 14

Kata ex-ketua kelas saya: Allah nak kita menangis kat dunia sebab Allah nak kita senyum di akhirat! Nak jadi 'alim hormat guru, nak jadi Soleh hormat Tuhan!~ 27 April 14

Do you agree that creator of gadget decide the purpose of the gadget & not the gadget itself ? Yes or No! #streetdakwah ~ 21 April 14
Tiada air, tiada wifi, atau tiada elekterik masih masalah kecil jika kita berjiwa besar tapi tiada iman itu yang parah...
Nauzubillah..~ 19 April 14

Khauf dan raja' kita: takut neraka dan harapkan syurga.
Khauf dan raja' Rabiah Al-Adawiyah seorang tokoh sufi : takut Allah tak cinta dia dan harap Allah mencintainya..
#kelastasawwuf ~ 16 April 14

Umpama Muhajirin & Ansar... 
Ada masa kolej kita ada air,
Ada masa kolej kita tiada air,
Ada masa kita perlu menumpang umpama Muhajirin,
Dan ada masa kita perlu meraikan umpama Ansar,
Indahnya Islam! 
Jangan pernah pentingkan diri! 
Kau hebat bila kau mampu menyayangi orng lain melebihi dirimu sendiri...
Ini tarbiyyah @ latihan untuk kita! ~ 15 April 14

Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin.
~terlalu banyak isme ciptaan manusia ~ 11 April 14

Bila tak solat, hati tidak ada anti virus. Maka....
- Ust Yusri Yusoff - ~ 8 April 14

Yang sering menyimpang pd wanita adalah apa yg ada dlm kepalanya, sedangkan yg paling seimbang adlh hatinya. Maka, menyikapi kaum wanita haruslah dngn kearifan & kelembutan, bukannya dngn logik.
( Hassan Al-Banna ) ~ 7 april 14


Terlalu banyak bukti Rahman & Rahim ALLAH dalam kehidupan seharian kita.. Dapat lecturer yg sngt pemurah markah, dpt kawan yg sngt membantu, dapat jawab soalan yang pd asalnya kita rasa kita tak mampu, dpt selesaikan hafazan 6 surah daripada juz 29.. Itu semua kerja Tuhan..Tanpa itu semua, kita takkan dapat melalui kehidupan.. Kerana kita manusia yang tidak punya apa2.. Lalu nikmat Tuhan yang manakah, yang kamu dustakan?#jgnlupabacasurahalkahfisetiaphari ~26 mei 14
Setiap kali jadi fasi untuk satu2 program ada satu perkara yang selalu bermain dlm fikiran: mampukah menjentik rasa, mencetus mahu, menuju mampu...~24 mei 14
Pesan abah hari ini: Orang yg baik dngn Allah, Allah pasti akan tolong.. 
#yakinlah #persoalannyaakubaikkedngnAllah ~23 mei 14
لو كان حبّك صادقا لأطعته فإن المحبّ لمن يحبّ مطيع
Ertinya: Seandainya cintamu sejati nescaya engkau akan mematuhinya,
sesungguhnya sang pecinta akan patuh kepada yang dicintai
~syair arab~
...Andai cintamu pada Allah sejati nescaya aku dan engkau mematuhi Dia~ 22 mei 14
Renungilah kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu dan pengalaman kerohanian yang dalam. Kata beliau:

Dalam jantung hati 
ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, 
padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, 
padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya,
padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, 
padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, 
padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

#salamrejab ~22 mei14

Banyak benda dalam hidup kita,yg pada asalnya kita tak faham & tak tahu, tapi kerana cinta pada ilmu maka kita mengambilnya.. Pesan abah, ambil saja ilmu yg ada di sekeliling kita walau kita x faham, yakinlah masa & pengalaman akan menerangkannya pada kita.. Ya, dan aku dapat rasakannnya dalam pengambaraanku kini.. Sedari kecil abah & umi menyediakan bahan bacaan yang pelbagai di rumah..Dan bila aku dah besar baru aku tahu, yang rupanya itu adalah ilmu falsafah & tasauf.. Siapa pun kita, aku yakin ia bermula dari madrasah kita di rumah, daripada seorang ayah & ibu, guru yang mencintai tanpa syarat... ~teringat aku pada syair ahmad syauqi : hampir-hampir seorang guru itu menjadi rasul.. 

terima kasih yang tak berpenghujung buat Guru sepanjang hayat: abah & umi.. juga semua guru yang ada di Malaysia & di mana sahaja di atas bumi tuhan ini..Moga terus dianugerah kekuatan & kesabaran dalam mendidik & membentuk manusia menjadi MANUSIA...
~Sui Sembulan, Sk Tanjung Aru 1, Smk A Kota Kinabalu, Kolej Islam, UM. 
( selamanya hanya Allah dapat membalas jasa-jasa kalian guru-guruku ) ~17 mei 14

kata penyair
العلم حرب للفتى المتعالي # كالسيل حرب للمكان العالي
ilmu itu menjadi musuh kepada pemuda yang angkuh

~ustz nik anwar ~ 15 mei 14

Mereka telefon tak kira masa, subuh-subuh, tengahari, petang, maghrib, tengah malam, waktu aku dalam kelas, makan..haha, tapi ia satu kegembiraan & kebahagiaan... kadang-kadang pelajar sendiri telefon, kadang-kadang 'parents' pelajar yang telefon...mereka telefon dengan harapan, untuk menjadi INDIVIDU YANG LEBIH BAIK, untuk MENGGAPAI SEBUAH KEJAYAAN.. harapan itu membuat aku terus melayan mereka dengan senyuman, walau banyak sangat soalan..  doakan projek kami berjalan dengan baik, tiada apa yang kami harapkan, melainkan moga sedikit sebanyak usaha kami ini dapat membantu masyarakat...mahasiswa untuk masyarakat! PROJEK PUSAT BIMBINGAN KOMUNITI SMART TUTOR PROJECT.. Kerjasama SEKRUM & JPLK... ~ 13 mei 14


Menjeritlah,
andai itu melegakan,
Menangislah,
andai itu meringankan, 
tapi jangan kau lupa,
sujudlah,
ceritakan pada Dia segalanya,
solatlah,
pinta pada Dia apa saja,
berzikirlah,
agar ketenangan itu hadir,
pejamlah matamu,
katakan Allah ada,
letakkan tangan dihatimu,
katakan Allah melihat usahamu,
lelah, penat,
ya dunia itu memenatkan,
kerehatan itu hanya saat kematian menjemputmu...
Tersenyumlah.. ~ 13 mei 14

Bila dia buat SMS, macam whatsapp..  sila padatkan ayat & pertanyaan anda dalam satu SMS.. sekian & terima kasih.. barakallahufik! ^^ ~11 mei 14

Seringkali perkara-perkara dunia menakutkan kita, merisaukan kita... Takut disakiti, takut dizalimi, takut harta dicuri, takut dimarahi, takut dikata, takut dicemuh, takut diherdik, takut dikasari, dan segala macam lagi jenis ketakutan...dan ketahuilah bahawa TAWAKKAL adalah penawar bagi segala ketakutan... Namun TAWAKKAL itu punya syarat iaitu setelah kau berusaha semampu kau... lalu, setelah kau berusaha SERAH pada Dia, maka tiada apa lagi yg perlu ditakuti selain Tuhan! ~ 11 mei 14
Seringkali bila kita kata 'ya' untuk sesebuah komitmen, kdng2 kita lupa, seringkali ia tidak hanya melibatkan masa, jadual & kepentingan kita, tapi juga masa, jadual & kepentingan orang-orang sekitar kita..roommates, coursemates, college mates & any 'mates' yg wujud.. maka, jgn jadi munafik dengan memungkiri janji-janji, ada hak 'orng' dlm masa kita...~Selamat mengatur masa dngn baik di hujung semester yang berbaki ni! ^^ Moga masa-masa kita dalam redhaNya & diberkati...~ 7 Mei 14

Alhamdulillah, setelah beberapa jam mencari dalilnya..
الضرورات تبيح المحظورات 
( Darurat mengharuskan yang haram )
Contoh : Apabila darurat ( tidak ada lagi doktor wanita & terpaksa mendapatkan khidmat doktor lelaki ) maka, aurat boleh dibuka

Berdasarkan firman Allah 
.......وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ ۗ.....
maksudnya: .......padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya..... ( Al-Ana'm :119 )

~ni kaedah asas .
kaedah seterusnya الضَّرُوْرَةُ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا 
darurat hanya diambil sekadarnya
Contoh : Membuka aurat bagi tujuan perubatan hanya pada kawasan yang sakit atau perlu dirawat

#tqshbt2ygmembantu #barakallahufikum! ~ 6 Mei 14

Teringat pesan abah: jgn anggap semua orng faham apa yg ada dlm fikiran kita, semua orng faham apa kita cakap sebagaimana yang kita fikirkan & cuba gambarkan selagi KITA TAK SEBUT ATAU CAKAP DENGAN JELAS... ~ 6 mei 14

Apabila kerja diberi pada yang bukan ahlinya dengan ruang masa yang terhad..Ia tetap proses pembelajaran tapi rasa keterbatasan yang amat sngt! kerana ia amanah, bismillah, maka teruskan...Finish what u have started!~ 4 mei 14








Saturday, 10 May 2014

Teks Majlis Penutupan JM JAPI API UM 2014

Alhamdulillah selesai juga projek Jalinan Masyarakat kami. Bersempana dengan saya & sahabat saya diberi peluang menjadi pengerusi majlis, saja nak share teksnya sebagai panduan & rujukan di masa akan datang.. :)  pantun-pantun tu saya ambil dari : http://faizuddinhashim.blogspot.com/2012/11/contoh-teks-pengerusi-majlis.html



MASA
TEKS PENGACARA
10.00-10.30 am
Ketibaan para tetamu

Bismillahirrahmanirrahim..
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita membuka majlis kita dengan ummuz zikru, Al-Fatihah.
Yang saya hormati,
Dr Faizuri Abdul Latif, selaku Ketua Jabatan Akidah & Pemikiran Islam,
Dr wan Adli bin Wan Ramli, selaku penyelaras Projek Jalinan Masyarakat ,
Haji Nik Rahmat bin Nik A.Rashid, selaku pengerusi PERKIM Cawangan USJ,
barisan para pensyarah Jabatan Akidah & Pemikiran islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
wakil-wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia serta rakan-rakan tahun 1 jabatn Akidah & pemikiran islam.

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat datang saya ucapkan ke Majlis Perasmian Penutupan Projek Jalinan Masyarakat 2014. Pertama dan selama-lamanya Alhamdulillah kerana dengan izin Allah hari ni kita sama-sama dapat berkumpul di dalam Bilik seminar 2  bagi menjayakan majlis ini, seterusnya selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana berkat jerih payah baginda dan sayangnya baginda pada kita, hari ini kita mampu merasakan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam juga dua nikmat yang sering dilupakan iaitu nikmat masa lapang & kesihatan.
Dayung sampan dulu-duluan,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati

10.35 am
Ucapan Pengarah Projek ( Wakil Pelajar )
Oleh itu, tanpa membuang masa saya persilakan pengarah projek jalinan masyarakat , saudara Muhammad izad bin Md Sakri bagi menyampaikan sedikit ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
………………………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan atas ucapan sebantar tadi.
10.50 am
Ucapan Penyelaras Projek ( Dr Wan Adli Wan Ramli )
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan daripada penyelaras projek
Dengan itu, saya mempersilakan Dr wan Adli bagi menyampaikan sedikit ucapan.
………………………………………………………………………………………..

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Dr Wan Adli atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
11.15 am
Ucapan Wakil Pihak PERKIM
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias di tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Wan Mohd Rafi bin Wan Husin selaku setiausaha Perkim cawangan USJ untuk menyampaikan sedikit ucapan.
…………………………………………………………………………………….

Ribuan terima kasih saya ucapkan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
11.30 am
Penyampaian sijil & cenderamata
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada pihak PERKIM sebagai tanda kenang-kenangan.
Untuk itu majlis menjemput ___________________________bagi mengiringi _________________________________bagi menyampaikan cenderamata  kepada En Wan Mohd Rafi.

Seterusnya dijemput __________________________________bagi mengiringi _______________________________________________ bagi menyampaikan sijil kepada wakil pelajar. Majlis menjemput pengarah program bagi menerima sijil penghargaan.

Akhir sekali, majlis diteruskan dengan menjemput_________________________  bagi mengiringi _______________________________ bagi menyampaikan cenderamata kepada Dr Wan Adli.

11.40 am
Tayangan Video & Bacaan Doa

Hadirin hadirat yang drahmati Allah sekalian,
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh para pelajar bersama pihak PERKIM. Bagi mengimbas kembali semua kenangan tersebut, pihak ahli jawatan kuasa telah menyediakan satu tayangan video buat tatapan hadirin sekalian.

Untuk itu, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video.
…………………………………………………………..
Demikian tadi tayangan video yang telah disediakan.

Hadirin sekalian,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, saya menjemput
Saudara muhamamd Nizam bin Awang untuk memimpin bacaan doa.
Fal ya tafaddhal masykura.

Syukran jazilan buat Saudara Nizam atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Dengan bacaan doa itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Saya mewalkili ahli jawatankuasa majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi menghadiri majlis ini. Pihak majlis juga memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian daripada saya, ________________________________,
wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum
Kita tangguh majlis kita dengan tasbih kafarah & surah al-asr.

Para tetamu dijemput menjamu selera di bilik kakitangan

11.50 am
Jamuan Makan







Saturday, 5 April 2014

Koleksi Statusku 5

Otak manusia macam belon. Kalau dah biasa ditiup, ia akan mudah jadi besar. Otak manusia perlu dibiasakan digunakan @ dilatih untuk berfikir perkara2x besar & berat. Latih diri menghadiri seminar-seminar ilmiah, kelas-kelas pengajian kitab, memang berat tp mudah2x an tradisi keilmuan menjadi budaya kita. Kerana nak dunia atau akhirat kedua-duanya mesti dngn ILMU. Jom jadi pencinta & pengamal ilmu..
~analogi belon Professor Emeritus Datuk Paduka Dr.Mahmood Zuhdi bin Hj Kamil.. ( 4 April 14 )

20 tahun tak pernah makan, kecuali sekali dalam seminggu.
Solat sunat 400 rakaat di malam hari.
Solat sunat 300 rakaat + 30 ribu bacaan tasbih di siang hari.
Inilah insan hebat Syeikh Al-Junaid Al-Baghdadi..
Dunia ini takde ape baginya jika dibandingkan dngn asyiknya rindu & cinta pd Dia.. jom jadi pencinta.. ( 2 April 14)

Saat banyaknya aturan janji, kadang2x kita terlupa 'in sha Allah' yg kita ungkapkan adalah membenarkan janji, lalu kenapa ia dimungkiri??? Maka, jgn mudah berkata in sha Allah, saat diri meyakini janji itu x mampu dilaksanakan... ( 31 Mac 14 )

Jalinan masyarakat... saya suka2x... ^^ akan berjalinan bersama masyarakat 3 hari di kuala selangor... pesan kak usrah, anggap ia sbgi salah satu sumbangan kita untuk islam & ummat... moga ada nilai disisiNya... mencari hikmah aturanNya.. teruslahm berjalan mencari Tuhan dlm setiap ap yg kita lakukan... Jom berJM.. ( 28 Mac 14 )

Zina itu ada banyak.. zina mata, zina tangan, zina kaki, zina akal, zina hati & sebagainya...lalu bagaimana anggota2x itu berzina??? Alhamdulillah hari sabtu baru ni sempat berprogram 'kempen bijak jauhi zina' bersama adik2x comel di Sentul... 
Seawal darjah 5, tingktn 1, 2, 3,4 & 5 mereka diajar tntng cinta & pengurusannya... dan aku sedar satu perkara, kita sering mengharapkan mereka mampu menjaga diri dngn baik, tdk terlibat dngn jalan2x yg menghampiri zina, tdk terlibat dngn budaya2x kuning, tdk terikut budaya2x bebas barat, tp apa pendedahan yg kita berikan? Adakah kita meluangkan masa mendengar cerita mereka? Mendengar Soal perasaan mereka? Sedang media massa sngt 'efektif & proaktif' dlm memberi contoh pd mereka... mereka sngt perlu didikan kita.... lalu, di mana shj kita jumpa remaja2x ini, berkongsilah 'rasa' bersama mereka, moga sedikit sebanyak dpt memandu mereka... ( 24 Mac 14 )

6 tahun berturut-turut kecemerlangan itu.... STPM KISAS.. kdng2x kegagalan jelas kita nampak ia sebagai ujian, tp muslim yg sebenar melihat kejayaan itu juga sebagai ujian... kejayaan itu sebagai amanah, bagaimana ilmu itu diaplikasikan... bagaimana ilmu itu disampaikan, dikongsi bersama sahabat, keluarga & masyarakat... bagaimana adab dengan ilmu & murobbi itu dititikberatkan... bagaimana rendah diri, lapang dada, tawddhuk itu dipraktikkan.... ilmu itu menjadi bernilai pd ap yg kita amalkan, bukan tulis dan hafalkan... TAHNIAH guru2x yg disayangi & adik-adik STPM 13'.. ^^ Moga berjaya di dunia dan akhirat! kakak2x & abng2x f6 12' jom buat sujud syukur.... ( 20 Mac 14 )

19 Mac 2014... Esok... keputusan STPM 2013... yakinlah Allah takkan pernah silap dalam mengatur segala sesuatu...Dia punya sebab & perancangan... Tersenyumlah kalian... pastikan kalimah pertama yg kau ucap ialah alhamdulillah... krn itu petanda syukurmu... 4 flet tu mudah je bg Allah kalau Allah nak bagi.. tp ad perkara yg Allah nak kita belajar... ^^ ( 18 Mac 14 )


siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu nescaya Allah akan beri ilmu yang dia tidak tahu
( hadis nabi )
apa lagi ayuh beramal !!! 
#fastabiqulkhoirat

Aku bukanlah orng yg paling beradab.. mungkin akulah paling jahil tntng adab...cuma aku rasa menjawab atau memberi respon kpd sms atau message orng adlh salah satu adab...
~mmng boleh kita berbaik sangka, mngkin dia x de kredit, mngkin dia sibuk, mngkin dia.... dan pelbagai kemungkinan...cuma mgkin juga kita para daie perlu lebih peka & beradab... ^^ ( 12 Mac 14 )

Seingat aku dari form 4 aku bercita-cita nak jadi pendiam... saban tahun, pasang cita-cita yg sama, tp saban tahun juga misi ni gagal...
~moga satu hari misi ini berjaya.. doakan.. ( 12 Mac 14 )

sifirnya tetap sama...
TANGGUNGJAWAB...
Tanggung di DUNIA, Jawab di AKHIRAT...
apa pun tanggungjawab kita, jangan lupa tanggungjawab hakiki kita...
sebagai HAMBA, ANAK, PELAJAR, KAKAK, SAHABAT, SAUDARA..
~Moga Allah redha ^^ ( 12 Mac 14 )

Apa beza sombong & berlagak?
Kata ustaz: sombong tu maksudnya orng tu sebenarnya takde pape tp dia persan bagus...
Berlagak pulak maksudnya dia ada kelebihan & dia perasan bagus...
Apa tanda sombong?
1) tolak kebenaran
2) rasa diri bagus
3) pandang orng lain rendah/hina
~siapa kita nak sombong & berlagak...semua kita ada hanya pinjaman...ianya milik DIA...maka adab meminjam bagaimana??? ( 6 Mac 14 )

Peringtn awal dari tutor : plagiat assignment tu satu pendustaan terhadap ilmu! ( 4 Mac 14 )

3 sebab Saidina Umar cintakan dunia...
~ berpuasa di hari panas terik
~ qiam pd waktu malam yg sejuk
~ bersama shbt2x di majlis ilmu
#fixmetalk #kafaum ( 26 Feb 14 )

Dalam ketenangan ada kekuatan,
orang yg tenang, jiwa dia menang,
orng yg ikhlas, hati dia bebas,
orang yg terpaksa, hati dia tersiksa....

Maka, belajar untuk ikhlas, ia rahsia Allah, tp ia usaha kita..
~ustz Elyas Ismail 
#resetminda #permas #pmapium ( 25 Feb 14 )

Dia berkopiah.
Dia berserban.
Dia berjubah.
Dia bertudng labuh.
Dia berpurdah.

Tak bermakna dia tak perlu ditegur...

Hakikatnya...
Aku.
Kau.
Dia.
Kita.
Mereka.
Semua hamba yang masih bertatih dalam membina diri, yang berusaha merebut cinta Dia, yang setiap saat berusaha menjadi lebih baik... 
Krn syurga milik semua... maka, kesilapan & kesalahan yg dilakukan saudara2x kita, tegurlah dngn hikmah sbgi tanda syng kita... ( 25 Feb 14 )

Memberi di saat kau punya banyak benda atau perkara untuk diberi~ itu biasa... tp
Memberi di saat kau kesempitan atau kekurangan~ kau hebat! Dan ia tarbiyyah... in sha Allah ad keberkatan di situ, jika itu yg kau cari... ( 25 Feb 14 )

Memberi, tp tidak membuatkan orng yg diberi itu rasa hina,
Mengajar, tp tidak membuatkan orng yg diajar itu rasa bodoh, 
Mengkritik, tp tidak membuatkan orng dikritik rasa lemah... krn hakikatnya kita semua sama shj..aku.kau.dia.mereka, HAMBA pd ALLAH! ( 23 Feb 14 )

Alhamdulillah3x! Dia pemilik hati2x manusia... Dia yg menghimpunkan hati2x itu... Aku gembira. Mereka gembira. Bukan ramainya mereka semata yg membuatku gembira tp apbl ade shbt india yg turut sama mndngr, ade pak cik & mak cik cafe turut same mendengar.. satu rahmat bgku.. Jelas prog ilmu & zikir perlu dibudayakan, bkn shj di Universiti malah di seluruh negara, juga di ceruk2x kampung... agar masyrkat terdidik & terbina dngn islam.. Cara hidup ap lagi yg ingin kita banggakan kalau bukan islam??? 
P/s: shbt2x KEP jgn lupa buat sujud syukur... ( 21 Feb 14 )

Malam ini! Moga berjalan lancar. Moga mendidik diri. Moga menyentuh hati. Moga membuka minda. Moga membersih jiwa. Moga terubat rindu. Moga menaut ukhwah. Pling penting moga diredhai DIA! #malamcintarasul #kk7um ( 20 Feb 14 0

Bagaimana kita bermula sering menentukan bagaimana kita berakhir... Lalu, corakkan pengakhiran kita.. Mulakan dngn diri yg baru.. Ini satu peluang... ~ selamat memasuki sem baru! ^^ ( 17 Feb 14 )

Tidak akan kau capai ilmu melainkan dngn 6 perkara :
1) cerdik
2) keinginan tinggi
3) bersungguh-sungguh
4) bekalan yg secukupnya
5) sentiasa mendampingi guru
6) masa yg pajang tempohnya
-imam syafie- ( 12 Feb 14 )

Berikan lah aku 10 bukti keburukannya, aku akan tetap mencari 70 kebaikan dia untk aku berbaik sangka...~syumaila #akuadawali #tvalhijrah ( 11 Feb 14 )

Kejayaan sebagai tanda terima kasih pd guru, ibu bapa, sahabat & semua orng sekitar kita.... ( 9 Feb 14 )

Apa reaksi kita saat pertama kali melihat keputusan??
Kata ustazah kalimah pertama yg keluar itulah sebagai petanda iman kita saat diuji...
maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH...
A'la kulli hal... dalam keadaan apa pun.. 
ramai orng mampu bersyukur & gembira saat beroleh kejayaan, tp x ramai orng mampu bersyukur dngn kegagalan.. maka, kau insan terpilih..
namun kelemahan, kegagalan itu harus kau sandarkan pada dirimu..
dan muslim itu takkan jatuh ke lubang yang sama buat kali kedua..
lalu, sujud syukur walau apa pun kau dapat..^^
~mmng duduk U ni kite tau result kite sorng je ye??? ( 7 Feb 14 )

--selagi mana kita pegang erat pada tali Allah, selagi itulah rabithah kita masih serupa... 
ayuh sedekahkan al fatihah buat keluarga & shbt kita.. 
#jumuaahbarakah #kahfi
~ syukran 
Fatin Fatini Binti Ismadi ( 7 Feb 14 )

Kamu ialah kamu sekarang ini, bukan pada masa akn dtng..
Kerana siapa kamu akn dtng bergantung kpd siapa kamu sekarang... ~hafizul faiz
~krn bagaimana kamu yg akan dtng tu akn wujud tanpa kamu berusaha menciptanya hari ini....bina diri.bina jiwa. ( 5 Feb 14 )

Andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih,
Andai inginkan kebahagiaan 10 tahun, tanamlah pokok,
Andai ingin kebahagiaan 100 tahun, didiklah manusia...
~pepatah cina ( 4 Feb 14 )

Kenapa iblis dinamakan iblis?
~krn dia putus asa drpd rahmat Allah... 
Lalu kita?? 
Damaikanlah jiwa dngn menyedari rahmat & ksh syng Allah itu terlalu luas... jauhi dr berputus asa.. krn Dia selalu punya sebab atas setiap aturanNya.. ~x nak jadi iblis kan?? ( 3 Feb 14 )

10 dosa dlm berbahasa/bercakap/berinteraksi..
1) memaki/melaknat
2) sindir
3) membanding2xkan
4) mengungkit
5) dusta/bohong
6) tempelak
7) menghina
8) menuduh
9) bhs bisu
10) bebel
~pn hjh azlina roszy
Elakkan mengguna 10 bhs di atas dlm berkomunikasi terutama dngn ibu/ayah, isteri/suami, anak2x...
#seminarwanitadansyariah
 — at Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). ( 1 Feb 14 )






Sunday, 9 February 2014

Cerita aku : Kebergantungan

01.02.2014 ( Sabtu )

Satu hari, naqibah aku post la pasal satu program Seminar Wanita & Syariah di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya... Panelnya : Pak Utih, Uz Maznah Daud & Hjh Azlina Roszy..

Maka, aku pun berazamlah untuk pergi walaupun takde kawan...sebab waktu ni cuti mid sem..

Aku bertolak dari rumah pagi2x... Sebab program start pukul 8.. Adik aku hantar sampai KTM.. Macam biasa lah perjalanan aku dr KTM, naik LRT sampai stesen U.. pastu naik bas sampai lah bus stop utama UM...

Library tutup..
Lengang...
Aku boleh kira berapa kereta yang lalu lalang.. ( menunjukkan sikitnya kereta )
Dekat bus stop takde sorang manusia pun..

Biar betul???
Fikir punya fikir...
La public holiday kan!!!
Patutlah..

Aku pun jalanlah kaki dari bus stop utama UM tu dan sentiasa berharap ada teksi atau sape2x yang baik hati nak tumpangkan....
Aku jalan lalu fak bahasa..
Jalan lagi...
Sumpah..
Sunyi..
Takde kereta atau manusia..

Aku jalan lagi...
Teringat pesan kawan aku, bile jalan sorang2x, banyakkan selawat & zikir...
Moga Allah lindung kita... Kerana hakikatnya kita tak pernah seorang..
Risau..
Cuak..
Aku terus jalan sampailah bus stop depan Foodcourt Kolej 3 serangkai ( kk3, kk4 & kk7 )


Aku sms kak naqibah aku nak bagitau aku da sampai UM tp takde transport nak ke API..
Maklumlah API fakulti paling hujung kot..
Kak naqibah aku x reply..
Aku kol..
Dia tak angkat..

Aku cuba ingat sape member aku yg ada p seminar tu..
Boleh aku mintak ambil aku kat bus stop ni...
Serius x de.. aku kan budak tahun 1..
x kenal ramai orng lagi...  ( ceh, boleh ke jadi alasan??? )

Aku tengok jam..
Dah pukul 9.15 ni...
Macam mane nie???

Allah..
takkan nak jalan??
Jauhhhhhh sngt...

Waktu tu aku fikir sama ada nak balik je rumah atau terus tunggu..
Kalau balik sia-sia la datang..
Eh, tak boleh jadi ni..
Aku kena usaha juga...

Macam2x doa aku baca...
Dan aku sedar..
Waktu ni.. Allah nak uji satu perkara pada aku..

KEBERGANTUNGAN..

pada siapa aku letakkan pergantungan aku???

deep..sngt rasa.. memang mudah untuk kata ' Aku bergantung pada Allah'...
Tapi sejauh mana kita memaknakan ungkapan itu??

Muslim yang yakin dengan Allah..
Akan sentiasa tenang,
dunia ini kecil baginya,
seolah tidak ada nilai..
Penghormatan & sanjungan manusia,
tak bawa apa-apa erti padanya..

Pernah senior aku tanya..
"kalau awak takde duit, apa perkara pertama yg awak terfikir??? "
Aku kate "mak ayah.."
Balasnya: "nah jelas adikku, pergantungan kita pada Dia masih lemah, seharusnya yang pertama sekali bermain di minda kita ialah DIA, ALLAH"

Ya benar..Allah is everything!!
Seringkali saat kita sedih,
kita cari sahabat..
Saat kita gembira,
kita cari keluarga,
Saat kita susah,
kita cari guru..
Lalu di mana ALLAH kita letakkan dalam hidup kita???

Mungkin ada yang akan mempersoal " cukupkah hanya dengan bergantung pada Allah, selesai masalah ke?"

Tak bermakna bila kita bergantung pada Allah, kita tak perlu pertolongan manusia...
Tidak2x..Tidak sama sekali...
Allah ciptakan manusia untuk saling tolong menolong..
Tapi seharusnya bila kita kata Allah tempat bergantung,
maka kita harus menjadikan Allah sebagai pergantungan yang utama & pertama..

Apa sahaja masalah atau kegembiraan yang menimpa kita,
maka yang pertama sekali bergantung pada Dia,..
Mohon pertolongan Dia,
dan kemudian mohonlah pertolongan manusia..
Namun di saat, atau pada ketika kau memohon pertolongan manusia,
tetapkan dalam hati Allah jualah yang menyelesaikannya..
Orang lain hanya menjadi wasilah atau jalan...

Macam cerita aku tadi..
Aku harap ada la sape2x yang aku kenal lalu, boleh aku tumpang..-pergantungan pd manusia
Aku harap ada la teksi lalu..-lagi!! pergantungan pada MANUSIA..
Aku kol kak nakibah aku- MANUSIA lagi!!

Hebat sangatkah manusia????

Dan pada tika itu.. aku seolah-olah merasakan Allah nak ajar aku agar jangan bergantung pada manusia...

Orang yang bergantung pada Allah ni hebat.. Dia berjaya membuktikan hanya ada SATU tuhan untuk disembah..

Bergantung pada Allah bererti kita Yakin dengan Allah...

Wallahua'lam...