Thursday, 8 January 2015

Koleksi Statsku ( 10 )

Pembelajaran itu bukan lah penghadaman idea, tetapi mencipta dan mencipta lagi idea tersebut.
-paulo freire- 
Selamat mencipta! Jangan sekadar apa yg dapat dr nota kuliah semata. - ( 8 jan 15 )


Kerana solat itu satu amanah. Di dalamnya penuh dengan perjanjian dengan Allah. 
-saidina Ali- ( 3 jan 15 )


Yang beri kita faham-Allah
Yang beri kita ingat -Allah
Yang lapangkan hati & fikiran kita -Allah
Yang anugerahkan kejayaan juga Allah.
Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Setelah berusaha, serah semua pada Dia.
Melangkah dengan yakin.
Semoga berjaya. Selawat banyak2. ^^
— with Adibah Binti Hashim and 12 others. ( 2 jan 14 )


Kerana sabar itu perlu bukan sahaja saat kau ditimpa ujian, atau kemarahan kau teruji, tapi juga saat kau melaksanakan ketaatan, saat kau mengulangkaji pelajaran, saat kau tak memahami apa yang kau baca.. Sabarlah dlm bersabar ^^ ‪#‎selamatberexam‬ ( 31 dis 14 )


Aku cintai 3 perkara dr dunia kamu, meninggalkan kepura-puraan, melembutkan perwatakan dengan kebaikan dan mengikuti Jalan ahli tasawuf.
-imam shafi'i- ( 30 Dis 14 )



Kata ibu makin kita memahami agama, seharusnya makin kita boleh bertoleransi. Jangan gaduh2, jangan tuduh2. Allah Maha Tahu. ( 29 Dis 14 )


Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.
-WS Rendra-
Di mana pun kita, dalam situasi apa pun, selamat berjuang! Moga Allah redha. ^^ ( 26 Dis14 )



Aku suka naik kapal terbang & LRT. Kerana berada di ketinggian begitu buat aku rasa dunia ini terlalu kecil, tiada apa untuk dibanggakan. Kereta mewah yang dibanggakan terlihat hanya seperti permainan. Bangunan tinggi mancakar langit hanya kelihatan seperti kotak-kotak yang disusun. ( 22 Dis 14 )


Kerana cinta itu menggilakan. Uwais Al Qarni yang telah memakai baju perang kerana ingin turut sama berperang, tapi terhalang kerana ibunya yang sakit, lalu Uwais menjaga ibunya dengan memakai baju perang & orng lain mengatakan dia gila. Tapi gila ini membahagiakan. ^^ ( 20 Dis 14 )


Bukan student je 'sibuk' minggu 14 ni, pak cik kedai photostat juga! Tak dapat bayang macam mane kalau kedai photostat tutup.  oh pak cik kedai photostat, bertahanlah, terus kan berbakti untuk negara! ^^ ( 18 Dis 14 )


Semalam cerita semalam, hari ini cerita hari ini. Sebab yang semalam takkan sama dngn hari ini. Tak payah bersangka-sangka. Lalui saja. ( 18 Dis 14 )


Sesibuk mana pun, jadual ibadah jangan ganggu. Selamat beristiqamah! ( 17 Dis14 )


Aku belajar satu benda, kadang2 kau tak perlu terlalu banyak fikir tentang apa akan berlaku selepas ini, lalui saja, nikmati apa sahaja yang di depan mata, kawan, keluarga ia tak boleh dibeli. ( 16 Dis 14 )


Manusia ke monyet ke hanyalah penyebab. Di sebalik semua itu, kita harus lihat ada takdir Allah. Dia punye sebab yang terindah yang kita tidak pernah tau. Tersenyumlah & redhalah. Thnx awak! Farhanim Zainol
 — feeling crazy. ( 13 Dis 14 )


Seringkali kita membenci sesuatu hanya kerana kita tidak tahu kebenaran di sebalik sesuatu itu. Ambik tahu dulu. ( 10 Dis 14 )


never blame anyone in ur life.. good people give u happiness.. bad people give u experience.. worst people give u lesson.. best people give u memories.. ~kan indah begini ( 9 Dis 14 )


Nikmat setitis air. ^^ ( 5 Dis 14 )


Melihat isu Natrah tidak terbatas hanya pada Natrah malah lebih besar di sebaliknya sebenarnya soal akidah ummat yang dicabar! Jelas bukti akidah menyatukan, hingga membuat masyarakat melayu yang tika itu dianggap bodoh & lemah bangkit memperjuangkan keislaman Natrah. Hakikatnya kita telah menang, walau Natrah tidak berjaya dibawa semula ke tanah melayu.‪#‎wacananatrah‬ ‪#‎thnxyadimdanalumniapi‬ ( 3 Dis 14 )


Masa terasa begitu cepat kerana selalu kita mahu cepat-cepat dengan Tuhan bukan? Maka cuba berlama-lama dengan Tuhanmu dalam sujudmu. 
~ Hawwa Mokti ~ ( 3 Dis 14 )



Berdialog adalah satu cara untk melihat alam & kehidupan serta maknanya bukan debat untk mengalahkan & menundukkan orng lain.‪#‎subjekislamdanhubunganantaraagama‬ ( 2 Dis 14 )


Dunia ini adalah seorng janda tua yg telah bongkok & beberapa kali ditinggalkan oleh kematian suaminya.
~Kiasan Imam Hassan Al Basri ~ ( 1 Dis 14 )



Aku kira antara penyelesaian kepada masalah berpacaran ialah USRAH. Kau punya seorng murabbi yg menyantuni bukan shj fizikal & mindamu bahkan jiwamu. Dan tautannya murni atas dasar cinta pada Dia, pemilik segala cinta. Sehingga kau tak rasa perlunya perhatian dr seorng lelaki ajnabi. ^^ terima kasih kak usrah ‪#‎jomusrah‬  ( 30 Nov 14 )


Apa sahaja peluang melakukan kebaikan di depan mata, usah teragak-agak, lakukan saja! Kerana mungkin tiada peluang kedua untuk kita. (30 Nov 14)


Lelaki adalah rahsia hidup sesebuah bangsa & menjadi faktor utama kejayaan negara... ( Hassan Al-Banna ) ( 29 Nov 14 )


Ketagihan pujian ialah mukaddimah kebinasaan.
- Pesan Murabbi- ( 28 Nov 14 )



Kadang-kadang kita lupa untuk menerima diri sendiri. Menerima apa yang kita punya. Menerima siapa kita. ( 25 Nov 14 )


Berdoalah dengan rasa keHAMBAan, bukan dengan rasa keTUANan. ( 24 Nov 14 )


Berfikiran jauhlah, berjiwa besarlah, ia dapat mengatasi kerja yang banyak! ( 23 Nov 14 )


Aku punya seorang teman. Setiap Kali Ku Tanya 
"Tak penat ke?"
Dia pasti akan senyum dan kata "orang Islam kena kuat!"
^^  ( 21 Nov 14 )



Apa pun yang berlaku. Pejam Mata. Syukur dulu. ^^ ( 20 Nov 14 )


Bukan sebanyak mana masa yang kita ada, tapi sebanyak mana ia diberkati. 
-kak usrah- ( 19 Nov 14 )



Duhai diri, jangan cakap apa yang kau DAH buat, tapi cakap apa yang kau BELUM buat! ^^ ( 17 Nov 14 )


Jangan letih menapaki kehidupan! Kerana kita punya Allah!‪#‎terseyumlahsahabat‬ ^^ (4 Nov 14 )


9 & 10 Muharram ( 2 & 3 Nov )
10 & 11 Muharram ( 3 & 4 Nov )
9,10 & 11 Muharram ( 2,3 & 4 Nov )
10 Muharram ( 3 Nov )
Jom puasa, pilihlah nak buat yang mana.
Kata nabi puasa pada Hari Asyura itu menghapus dosa setahun yang lalu. ( Muslim )
‪#‎sayalahir14muharram‬ ^^  ( 1 Nov 14 )



Jangan takut untuk susah.
Jangan asyik nak senang je.

Kan Allah dah kata "Inna ma'al usri yusra "
Bersama kesusahan PASTI ad kesenangan.
Yakinilah!
‪#‎kahfitime‬   ( 31 oct 14 )

Kata prof, hampir semua agama yang ada mengetengahkan soal kasih sayang, berbuat baik pd orng lain, menyayangi orng lain sebagaimana kita ingin disayangi tapi bezanya Islam menekankan soal mengasihani. Kerana tanpa mengasihani takkan ada kasih sayang. Rasa kasihan hadir dulu. Sebagaimana sabda nabi, tidak sempurna iman seseorng itu sehingga dia MENGASIHANI orng lain melebihi dirinya sendiri.. 
‪#‎masihtakberapajelasbezakasihandankasihsayang‬
‪#‎anyidea‬  ( 23 Oct 14 )

Dua malu yang Allah tak suka.
Malu tuntut ilmu.
Malu tuntut hutang. ( 15 Oct 14 )

Harapan membuat kita terus hidup. Terus bertahan. Terus memberi. Terus melangkah, walau bertatih. Dan satu kebahagiaan bagiku melihat harapan2 orang lain. Pesan murobbiku, tunaikan harapan orang semampumu, jadikan memberi sebagai kebahagiaanmu, kerana kita semua bawah langit yang sama, punya Tuhan yang sama. ^^ ( 13 Oct 14 )

Idea. kadang2 kite nampak idea orng tu simple gile. tapi kita tak tau di sebalik idea die tu, punya susah dia nak dapat. maka hargai & raikan setiap idea yang ada. raikan tak bermakna kita perlu terima. cukup sekadar kita meraikan usaha dia. ^^ ( 11 Oct 14 )


Kesalahan kita waktu solat biasanya disebabkan tubuh & fikiran kita diberi tugas, tetapi hati tidak diberi kerja.
-Ahmad Tafsir- ( 7 Oct 14 )


Jam 4 petang dalam perjalanan ke Perak.
Adik aku darjah 4 tiba2 tanye
"Umi, Kalau puasa separuh hari je waktu hari arafah Allah ampunkan dosa2 kita sebulan je la ye?"
Aku: ha, kenapa pulak?
Ye la, Kalau puasa satu hari penuh kan Allah ampunkan dosa tahun lepas & tahun akan dtng "
Haha,pon boleh.
Salaam idul adha.
Moga Allah terima amalan2 kita.
Moga ketaatan, pengorbanan, keikhlasan, penyerahan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail mampu kita hayati & amalkan. ^^ ( 4 Oct 14 )


Berdakwahlah kerana mahu berkongsi, kerana berkongsi adalah simbol kepedulian!
Novel Nian Hati Salsabila. Ust Zahiruddin Zabidi. ( 1 Oct 14 )


Akak, bile saya boleh pinjam buku akak?
Em,hari ni kita jumpa kat cafe ye.
Ok!
Eh, akak pakai baju warna apa hari ni?
Err, Tak pe, dah sampai nanti call je tau.
 Haha, macam blind date pulak. kerana ukhwah itu indah. Saling percaya & berbaik sangka wp tak kenal. ( 30 Sept 14 )


lagi latihan terus dari Allah. latihan membuang dunia dari dalam hati. maka tidakkah kau mengambil pelajaran? lalu bagaimana kau mendefinisikan redha itu? ( 28 Sept 14 )


Ada yang minta saya review hari tu. Dah selesai baca Antithesis. Buku ini himpunan tulisan2 Benz Ali mengenai isu semasa & pergolakan minda dia. Sape follow FB die, same je la gaya penulisan dia. Banyak menghentam golongan agamawan & 'academician'. Dia komen pasal aktivis2, economists. Menyatakan kekecewaannya pada institusi2 pendidikan, institusi2 masyarakat, kakitangan kerajaan, sistem2 yg wujud kat Malaysia. Menyeru muslim terutama remaja atau belia untuk baca, baca & baca juga fikir, fikir & fikir, mengadakan perbincangan2. Menyeru pembaca untuk tidak menjadi pemalas. Dia banyak timbulkan persoalan2 sama ada berkait kepercayaan, kebenaran, pegangan, sunnatullah & etc. Mengetuk minda pembaca & membiarkan begitu sahaja tanpa jawapan. Part ni saya cadangkan siapa yg serius nak cari jawapan, x pe baca, kalau tak, takyahlah baca buku ni, sebab banyak persoalan yang bukan mudah untuk dijawab & mungkin ada yang tak perlu dipersoalkan pun. Mencabar agamawan, academician untuk berhujah. Idea dia yang saya suka pasal usrah buku. Antara usaha penjenamaan semula usrah agar tidak kaku & lesu. Setiap ahli usrah hadam satu buku & melihat dari perspektif yg berbeza2. Contoh si A baca buku tu dan melihat dari aspek dakwah & tarbiyyah. Si B baca buku yang same dan melihat dari aspek sejarah. Si c pula melihat dari aspek politik. Dan seterusnya. Sebulan satu buku untk dibincangkan.
Wallahua'lam.
Sudi2kan berkongsi pandangan antum & penjernihan. ( 23 Sept 14 )


Aku melihat banyak masalah selesai & penyesalan kemudian hari dapat di atasi dengan sikap TIDAK BERTANGGUH! 


Lambakan cerita, lagu, novel cinta manusia semata. 
Cinta pada berlainan jantina.
Ku kira ia penghakis semangat juang anak muda, 
pembunuh jiwa perjuangan remaja, 
mengganggu fokus perjuangan akademik mahasiswa, 
pembantut cita & visi anak muda.
Hidup atas dunia khayalan, terbuai indah, seolah hidup hanya untuk itu.
Berpadalah atau jiwa kau lemah! ( 19 Sept 14 )


Kata Dr Faizuri pagi tadi:
Akidah itu menyusun nilai hidup.
Akidah itu menjadikan kita positif & produktif.
Akidah itu penyelamat umat.
Akidah itu pembentuk akhlak.
Masalah akhlak berpunca dari masalah akidah.
Lalu sahabat, pelajarilah soal akidah agar orientasi hidup kita jelas, agar hati mampu dijinakkan.
Buat sahabat2 jabatan akidah, ini amanah buat kita, yang terlebih dahulu belajar maka terlebih dulu perlu amalkan.
Kata ustaz, kalau Tak sungguh2 menuntut ilmu, dtng kelas lambat, pointer exam turun & sewaktu dngnnya, itu petanda akidah kita ada masalah.
‪#‎muhasabahsebagaipenuntutilmu‬
‪#‎kahfitime‬


Wujudku cinta Allah,
wujudku dari Allah,
wujudku hamba Allah,
Isbat pada Allah.
Wujud maujud, wujud Allah.
Hanya Allah ( 17 Sept 14 )


Aku memang begini kata seorang aku.
kau harus faham.
kau perlu faham.
kau kena faham.
Aku memang dah macam ni.
~ Tidak cuba memahami orng lain, membuat kita tidak akan difahami.
itu sifirnya.
SELAMAT MEMAHAMI.
Selamat Hari Malaysia. ^^ ( 16 Sept 14 )


Dunia ini sementara. Sifatnya rapuh, menanti masa untuk musnah.
Lalu apa yang ingin kau banggakan dengan dunia?
Apa yang kau harapkan yang dunia ini mampu memberimu?
Selagi kau tak mampu buang dunia ini dari dalam hati,
selagi itu kau akan punya banyak tuhan.
Nauzubillah.. Bantu kami Allah. ( 13 Sept 14 )



Monday, 3 November 2014

.RENDAH DIRI.

Bismillahirrahmanirrahim..

Tawadhuknya dia,
rendah diri pakaiannya,
aku terlalu mencemburuinya,
aku juga ingin jadi begitu,
menabur tanah di atas kepala,
menunduk hati,
merendah jiwa,
biar tinggi ilmunya,
biar banyak jasanya,
dia tetap dia,,
walau layak dipuji,
walau berhak disebut-sebut baktinya,
tapi itulah dia,
terus menunduk menafi diri,
aku cuba untuk jadi sepertinya,
tapi aku tertanya bagaimana caranya,
ah pergi kau syaitan,
berambuslah rasa bangga, 'ujub' sum'ah, riya',
dunia ini tiada apa untuk kau banggakan,
khayalan semata,
saat kau cuba genggam ia, kau jadi kecewa,
kerana ternyata ia palsu,
tak mampu kau gapai,
jangan kau tertipu wahai diri,
apa yang kau ada semua milik Dia,
syukurlah kau diberi pinjam,
maka adat meminjam bagaimana?


Rumaisha_aya
1.26 am
4 Nov 2014
c209


Saturday, 18 October 2014

AKU BENCI DIRI AKU!

Dengan namaMu aku menulis.
Menulis tentang kebencian aku terhadap diri aku.

Aku benci diri aku
saat aku tak mampu menahan amarahku,
menutur kata yang meghiris jiwa mereka,
melukakan hati-hati insan yang aku sayangi,
membiar rajuk mereka tanpa kupujuk,
egonya aku.

Aku benci diri aku
saat aku membuang waktuku,
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah,
membuat maksiat seolah tiada tuhan melihatku,
malah terasa seronok dan nikmat dengan 'kesalahan2' itu,
seolah aku tidak punya apa-apa tanggungjawab,
seolah hari esok aku pasti yang aku masih hidup.

Aku benci diri aku,
saat aku berprasangka buruk pada insan sekitarku,
saat aku mementingkan diri sendiri,
saat aku tidak ambil kisah pada tangisan insan sekitarku,
saat aku tidak mempedulikan kegusaran sahabatku,
saat aku membalas sapaanmu dengan jelingan,
saat aku menjawab pertanyaanmu dengan herdikan,
saat aku membentak menzahirkan ketidak puasan hati.

Aku benci diri aku,
tika aku diam membatu melihat kejahilan berleluasa,
tika aku diam membatu tidak melakukan apa-apa,
tika aku pejamkan mata, pekakkan telinga membiar kejahilan beraja,
tika aku hanya mampu melakukan selemah-lemah iman,
hanya membenci di dalam hati.

Aku benci diri aku,
saat aku terlalu meletak harapan pada manusia,
saat aku meletakkan pergantungan pada manusia,
saat aku menjadi begitu pemarah,
saat aku menjadi begitu pemalas,
saat aku tidak mampu sabar,
saat aku menjadi begitu penakut,pengecut.

Aku benci diri aku,
tika aku lupa dari mana asalku,
tika aku alpa akan tujuan hidupku,
tika aku leka dengan kilauan palsu dunia,
tika aku lupa siapa Tuhanku,
tika aku lupa penat lelah nabiku,
tika aku lupa pada kasih sayang ibubapaku.


Kerana aku sedar aku manusia yang tidak terlepas dari kesalahan, kesilapan juga kekhilafan.
Maka kebencian ini untuk aku bermuhasabah, agar tidak melakukan perkara-perkara yang aku benci pada diriku.
Kebencian seringkali menghancurkan, tapi kebencian yang ini aku mahu kau ingat.
Saat kau kata benci, sanggup kau lakukan lagi???


wallahua'lam.







Tuesday, 16 September 2014

Koleksi Status FB saya ( 9 )

Berkata seorang salafussoleh:
Kaum salaf biasa berdoa selama 6 bulan agar sempat bertemu dngn Ramadhan. Kemudian mereka berdoa selama 6 bulan pula agar amalan mereka pd bulan Ramadhan diterima.Itu yg mereka lakukan.
~semuanya tentang Ramadhan~ ( 1 ogos 14 )


Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:
Keperluan manusia kepada ilmu jauh lebih besar berbanding keperluan makanan & minuman. Sebab makanan & minuman diperlukan manusia sekali atau 2 Kali dalam sehari. Sedangkan ilmu diperlukan manusia setiap tarikan nafasnya.

~ilmu bukan saja dr buku dan ceramah, tp juga dr pengalaman & alam
#jomjadiberilmu ( 2 Ogos 14 )


Kau pakai la tudung jenis apa pun, fesyen apa pun, belit la macam mana pun, jenama apa pun, muka kau tetap akan sama takkan berubah. Kau adalah kau, maka tersenyumlah dan tenanglah mengetahui hakikat itu. Bersederhanalah dlm berfesyen.( 3 ogos 14 )


Dulu waktu nak SPM & STPM, ada satu ruang kat belakang diari aku, aku akan tulis DENDAM SPM & DENDAM STPM. Semua benda yg aku nak buat, tp Tak boleh buat sebab kena study, aku akan tulis kat situ. Sekecil-kecil perkara macam nak baca semua novel & buku, nak download lagu, nak tengok movie. Hehe  So bila rasa nak lalai je, aku tengok balik list dendam aku. Aku bayangkan saat dah habis exam & aku boleh lunaskan satu persatu dendam aku.

~All the best adik2 yg bakal menduduki UPSR, PSRA, PT3, Azhari Tingkatan 4 ( SMA kot namanya ) SPM, STPM, STAM dan apa sahaja exam dunia, namakan saja. Usaha semaksima, jaga hubungan dgn Allah. Aku boleh ckp kejayaan pasti milik kau. Bergantung pd definisi kejayaan kau la.. ^^ ( 5 Ogos 14 )


Tiada iman bagi orang yang tidak amanah,
Tiada agama bagi orang yang tidak memegang janji. ( 7 Ogos 14 )


Hijab.
Memakainya.
Tanda sayang pada diri.
Tanda kasih pada walid.
Tanda cinta pada suami.
Tanda taat & akur pada Tuhan.

Hijab.
Buat kau nampak indah.
Lembut sopan menutur bicara.
Halus budi bahasa.
Menunduk hati, merendah diri

Biar bidadari mencemburuimu.
Kau sungguh istimewa dengan hijab & akhlakmu.
Nabi menyayangimu.
Allah malah bangga denganmu.

#HijabMakesYouBeautiful

~hari terakhir di Bukit Tinggi. Semoga projek ni berjalan lancar & mencapai tujuan. Tahniah MTAS & HAS. juga team akhawat. ^^ hijab mempertemukan kita ( 12 Ogos 14 )


Akak, dngr cite 'cheers' UM dahsyat 'sangat' ( kata ganti bagi gilerrr ) !

Em, dahsyat Tak dahsyat lebam jugalah. He. ^^
Tapi bukan itu persoalannya.
Kadang2 ada perkara yang kita Tak mampu nak ubah, maka belajar hidup dengannya.
Tapi Tak bermakna ia Tak perlu diubah, tapi perubahan sering memakan masa.
Lakukan ia dngn cara kita.
Dalam soal ini, rasanya siswa takde masalah sangat kot, anggap je macam bersorak untk rumah sukan macam Kat sekolah dulu2..
Yang siswi sy suka cadangkan carilah ruang yg depan, belakang tepi kita semuanye siswi juga.
Seronok juga buat cheers sbnrnya.
Aku yakin selagi kau punya prinsip diri, kau tahu batasannya.

Tapi bab tiba2 buat cheers potong VIP tngh berucap, em yang ni aku masih cuba cari sudut positifnya. Adab kot bagi aku.

#selamatmasukuni ( 21 ogos14 )


Kita seringkali dengar tips nak cemerlang peperiksaan kena buat soalan2 lepas, paling kurang tengok atau belek pun jadilah. Sifirnya sama dengan hidup ini, nak berjaya, lihat sirah Nabi2, lihat sirah para sahabat. Takkan berjaya ummat di zaman ini melainkan apa yang telah membuatkan umat zaman terdahulu berjaya.
#ohmysirah
#belekbukusirahjanganmalas ( 25 ogos 14)


Belajar Bible sebelum mahir Al-Quran,
Belajar Syiah sebelum mahir Sunni,
Belajar khilafiyyat sebelum mahir fiqh,
Malah belajar mencabut 'skru-skru' agama sebelum mahir beragama.

Yup, kelemahan sistem pembelajaran hari ini.
Benarlah kerisauan ust hasrizal ini.
Ayuh anak muda dalami ilmu sedalam2nya, terutama dalam bidang masing2, ia amanah masyarakat buatmu. ( 26 oGOS 14 )


Aku jumpa ramai orng yg mudah 'kongsi' apa yg dia tahu atau jumpa, tapi aku Tak jumpa ramai orng yg mudah 'amal' apa yg dia tahu atau jumpa.
Eh, aku la orang tu. ( 27 oGOS 14 )

Lakukan apa sahaja perkerjaan 'lillah', kerana Allah, jika tidak pasti lelah!
#kahfitime ( 29 oGOS 14 )


Adakah terbabas itu bebas?
Bebas yang kau canangkan, pastikan membawa kau pada redhaNya. Agar hidup tidak sia-sia.
Salam Kemerdekaan! ^^
#disinilahirnyasebuahcinta ( 30 Ogos 14 )


Merdeka bila kau rasa cukup dengan satu tuhan. Satu yang perlu disembah. Allah Ahad!
Salam kemerdekaan! ( 31 0g0s 14 )


"Tak kira dari mana asal awak yang penting apa yang awak nak jadi."
- Smurfette-
The Smurf 2  ( 31 Ogos 14 )


Seringkali menilai orang lain, hingga lupa menilai diri. Sedang nilaian terhadap diri lah yang lebih utama. Melihat yang jauh, hingga buta pada yang dekat. ( 1 sept 14 )


"Masukkanlah gurauan dalam ucapan sebanyak garam dalam makanan" 
~Saidina Ali ~
Moga Allah pelihara kita dari berlebihan dalam bergurau. Ah, aku Tak dapat bayang bagaimana rasanya makanan yang ditumpahkan garam ke atasnya. ( 2 sept14 )


Bila umi dah keluarkan bagasi besar & kata "umi bukan nak halau, tapi macam dah kena start kemas barang je" ^^
Haha, Baik! Fuh, selamat menyediakan hati & Minda untuk menempuh semester baru! 
Pepatah Arab Kate, kalau awal2 pun Tak semangat, apa lagi di hujung nanti. 
#semangat2 ( 3sept 14 )


Ade orang kate "aku Tak nak berdoa sebab aku malu dngn Allah, amalan aku sikit je".
Maka apa nabi kata tentang orang2 begini.
~orang2 begini malu2 kucing. Maka Allah akan buat perkara yg sama, Allah akan lengahkan permintaan orang itu, kerana Allah suka diminta2.

Maka berdoalah, minta lah apa sahaja. ( 3 sept 14 )


Ade orang kate "aku Tak nak berdoa sebab aku malu dngn Allah, amalan aku sikit je".
Maka apa nabi kata tentang orang2 begini.
~orang2 begini malu2 kucing. Maka Allah akan buat perkara yg sama, Allah akan lengahkan permintaan orang itu, kerana Allah suka diminta2.

Maka berdoalah, minta lah apa sahaja. ( 4 sept 14 )


Singa itu diketahui hebat atau tidaknya ia, daripada rupa tempat tidurnya.
-Pepatah Turki-
#jelingjaptempattidurkite
#kiasanibu2turkibuatanakremajanya ^^ ( 4 sept 14 )


Tidak dimuliakan diri yang tidak pernah merasa terhina.
-imam syafie-
#memecahkeakuan
#menafidiri
#mogamuliadimataTuhan ( 4 sept 14 )


Sejauh mana pun kita rasa diri kita hebat,
Masih ada ketakutan dalam diri,
Sedalam mana pun kita merasakan diri kita gah,
Masih ada yang lebih mengagumkan dari diri kita,
Manusia tetap manusia.
Hanya ciptaan kerdil yang sentiasa menagih ihsan Allah.

Mr London, Ms Langkawi
#kahfitime (5 sept 14 )


10 adab utama penuntut ilmu : Pesan Kiyai Hashim Asy'ari dalam kitabnya Adabul 'Alim wa al-Muta'allim.

1) Membersihkan hati dari segala penyakit hati
2) Membangun niat yang luhur
3) Bersegera & tidak menunda2 waktu
4) Redha & sabar dalam mencari ilmu
5) Menyusun & memanfaatkan waktu
6) Tidak berlebihan dalam makan & minum
7) Bersikap waspada & berhati2 dalam setiap tindakan
8) Tidak mengambil makanan yg menumpulkan kecerdasan akal serta melemahkan organ2 tubuh
9) Tidak tidur terlalu lama
10) Menjauhkan diri daripada pergaulan yg tidak baik

#semesterbaru
#semangatbaru
#pesankawanakubiarbodohilmujanganbodohadab  ( 6 sept 14 )


Bismillah! Dengan namaMu kami melangkah.

Terngiang2 pesanan Dr Azmil ketika di semester 1.
~Ada 2 sebab yang kamu boleh jadikan sebagai niat kamu menuntut ilmu:
1) menghapus kejahilan
2) menegak Islam
#UMkamidatang ^^ ( 7 sept14 )


Adab pelajar terhadap guru:
12 Pesan Kiyai Hasyim Asya'ari dalam kitabnya Adabul 'Alim wa Al-Muta'alim :

1) Memohon petunjuk Allah tentang siapa yg paling baik & sesuai untk menjadi gurunya.
2) Bersungguh2 dlm mencari seorng guru yang diyakini memiliki kefahaman syariat Islam yang mendalam.
3) Patuh kepada gurunya umpama seorng pesakit kepada seorng doktor pakar yang merawatnya. Meminta nasihat gurunya, berusaha mendapat restu gurunya, wajib hormat & berbakti kpd guru dgn sepenuh hati dgn niat mendekatkan diri kpd Allah.

....akan bersambung.

Selamat beramal!
#mogakitatidakbodohadab
#mohoningatkanaku ( 9 Sept 14 )


Kehinaan seorang pelajar dihadapan gurunya adalah suatu kemuliaan,
Kepatuhannya adalah suatu kebanggan,
Kerendahan hati terhadapnya adalah suatu keluhuran.

~ Kiyai Hasyim Asy'ari ~ ( 10sept14 )


Kata-kata adalah bayangan akal, menentukan dalam & dangkalnya.
- HAMKA -  ( 11 Sept 14 )


Meletakkan diri di tempat adik2 UPSR 2014. Sekelip mata, mimpi2 & angan2 yang dipasang bertahun lamanya hancur berkecai umpama kaca yang dicampak ke atas batu. Sedih. Kecewa. Hampa. 472 853 pelajar. Hati2lah dengan doa anak2 ini. Teringat lagi kata Umi pada adikku "UPSR sekali je, give ur best, korban sikit !" Tak kurang usikan kami adik beradik " ala lepas UPSR tengok la tv pagi petang, siang malam, berhenti solat je la, tak makan pun x pe.." Lalu kita muslim, saat ini berlaku, apa yang kita mampu bisikkan pada mereka, adik2 ini?

Terus beri galakan, rawat emosi mereka, mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk, mungkin bukan pada kita, mungkin pada orang2 'cerdik' di atas sana. Mohon & moga celik. ( 11 Sept 14 )



Niqab bukanlah tentang menyembunyikan wajah semata, tapi sebenarnya tentang menyembunyikan hati.
-Acie Wawa-
#kahfitime ( 12 Sept14 )


Di saat kau lelah melihat banyaknya 'kejahatan2' di atas muka bumi ini, pejam matamu, alih pada sisi yang lain, agar kau sedar satu hakikat, masih banyak 'kebaikan2' yang tersisa. Lalu,kau pilih, corak apa yang kau inginkan pada dunia! ( 12Sept 14 )