Sunday, 9 February 2014

Cerita aku : Kebergantungan

01.02.2014 ( Sabtu )

Satu hari, naqibah aku post la pasal satu program Seminar Wanita & Syariah di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya... Panelnya : Pak Utih, Uz Maznah Daud & Hjh Azlina Roszy..

Maka, aku pun berazamlah untuk pergi walaupun takde kawan...sebab waktu ni cuti mid sem..

Aku bertolak dari rumah pagi2x... Sebab program start pukul 8.. Adik aku hantar sampai KTM.. Macam biasa lah perjalanan aku dr KTM, naik LRT sampai stesen U.. pastu naik bas sampai lah bus stop utama UM...

Library tutup..
Lengang...
Aku boleh kira berapa kereta yang lalu lalang.. ( menunjukkan sikitnya kereta )
Dekat bus stop takde sorang manusia pun..

Biar betul???
Fikir punya fikir...
La public holiday kan!!!
Patutlah..

Aku pun jalanlah kaki dari bus stop utama UM tu dan sentiasa berharap ada teksi atau sape2x yang baik hati nak tumpangkan....
Aku jalan lalu fak bahasa..
Jalan lagi...
Sumpah..
Sunyi..
Takde kereta atau manusia..

Aku jalan lagi...
Teringat pesan kawan aku, bile jalan sorang2x, banyakkan selawat & zikir...
Moga Allah lindung kita... Kerana hakikatnya kita tak pernah seorang..
Risau..
Cuak..
Aku terus jalan sampailah bus stop depan Foodcourt Kolej 3 serangkai ( kk3, kk4 & kk7 )


Aku sms kak naqibah aku nak bagitau aku da sampai UM tp takde transport nak ke API..
Maklumlah API fakulti paling hujung kot..
Kak naqibah aku x reply..
Aku kol..
Dia tak angkat..

Aku cuba ingat sape member aku yg ada p seminar tu..
Boleh aku mintak ambil aku kat bus stop ni...
Serius x de.. aku kan budak tahun 1..
x kenal ramai orng lagi...  ( ceh, boleh ke jadi alasan??? )

Aku tengok jam..
Dah pukul 9.15 ni...
Macam mane nie???

Allah..
takkan nak jalan??
Jauhhhhhh sngt...

Waktu tu aku fikir sama ada nak balik je rumah atau terus tunggu..
Kalau balik sia-sia la datang..
Eh, tak boleh jadi ni..
Aku kena usaha juga...

Macam2x doa aku baca...
Dan aku sedar..
Waktu ni.. Allah nak uji satu perkara pada aku..

KEBERGANTUNGAN..

pada siapa aku letakkan pergantungan aku???

deep..sngt rasa.. memang mudah untuk kata ' Aku bergantung pada Allah'...
Tapi sejauh mana kita memaknakan ungkapan itu??

Muslim yang yakin dengan Allah..
Akan sentiasa tenang,
dunia ini kecil baginya,
seolah tidak ada nilai..
Penghormatan & sanjungan manusia,
tak bawa apa-apa erti padanya..

Pernah senior aku tanya..
"kalau awak takde duit, apa perkara pertama yg awak terfikir??? "
Aku kate "mak ayah.."
Balasnya: "nah jelas adikku, pergantungan kita pada Dia masih lemah, seharusnya yang pertama sekali bermain di minda kita ialah DIA, ALLAH"

Ya benar..Allah is everything!!
Seringkali saat kita sedih,
kita cari sahabat..
Saat kita gembira,
kita cari keluarga,
Saat kita susah,
kita cari guru..
Lalu di mana ALLAH kita letakkan dalam hidup kita???

Mungkin ada yang akan mempersoal " cukupkah hanya dengan bergantung pada Allah, selesai masalah ke?"

Tak bermakna bila kita bergantung pada Allah, kita tak perlu pertolongan manusia...
Tidak2x..Tidak sama sekali...
Allah ciptakan manusia untuk saling tolong menolong..
Tapi seharusnya bila kita kata Allah tempat bergantung,
maka kita harus menjadikan Allah sebagai pergantungan yang utama & pertama..

Apa sahaja masalah atau kegembiraan yang menimpa kita,
maka yang pertama sekali bergantung pada Dia,..
Mohon pertolongan Dia,
dan kemudian mohonlah pertolongan manusia..
Namun di saat, atau pada ketika kau memohon pertolongan manusia,
tetapkan dalam hati Allah jualah yang menyelesaikannya..
Orang lain hanya menjadi wasilah atau jalan...

Macam cerita aku tadi..
Aku harap ada la sape2x yang aku kenal lalu, boleh aku tumpang..-pergantungan pd manusia
Aku harap ada la teksi lalu..-lagi!! pergantungan pada MANUSIA..
Aku kol kak nakibah aku- MANUSIA lagi!!

Hebat sangatkah manusia????

Dan pada tika itu.. aku seolah-olah merasakan Allah nak ajar aku agar jangan bergantung pada manusia...

Orang yang bergantung pada Allah ni hebat.. Dia berjaya membuktikan hanya ada SATU tuhan untuk disembah..

Bergantung pada Allah bererti kita Yakin dengan Allah...

Wallahua'lam...



Friday, 7 February 2014

Alhamdulillah ^^ ~ Sem 1 Tahun 1 Saya budak baru belajar!

Akhirnya, setelah menanti sekian lama.. Banyak betul ura2x.. Ade yang kate result keluar 3 Feb la, 5 feb la, 6 Feb la..akhirnya 7 februari 2014.

Result pertama aku untuk semester 1 aku.. First time exam di alam Universiti.. serius x tau mcm ne rentaknya,..tp redah je..pesan kawan aku, just do it..

Dan aku rasa sem ni mmng aku banyak main, banyak buang masa, sedar2x je da kalut kene buat assignment & exam..

Jadual belajar mmng x de..

Buat latihan???

Baca buku pun x habis...

Allah..

Tapi ade hati nak Allah anugerah kejayaan..

Memang kalau nak banding persediaan aku waktu nak STPM dngn kat U ni mmng sngt2x jauh..

Dari sudut notanya, latihannya, ibadat & pengaharapan / pergantungan pada Allah, cara belajarnya, & semua la...

Tapi ada satu yg seingat aku, aku cuba betul2x jaga.. Adab dengan guru.. Aku cuba untuk x miss class, siapkan assignment on time, fokus waktu kuliah..

Ah, sikit sngt..

Em, balik pd result aku.. ingt lagi setiap kali habis jawab paper kat exam hall Um yg besar tu, seiring dengan aku tutupnya krtas jawapan tu, aku serahkan sepenuhnya pd Dia, aku redha. apa pun yang bakal aku dapat. "bismillahitawakkaltu a'lallah". aku cuba untuk tidak cakap apa2x tentang kertas2x yg telah aku lalui..

hinggalah pagi tadi aku x fikir2x apa2x atau expect apa2x tntng result aku..

taraaa..













dan ini hasilnya... aku terkejut... aku x sangka sebaik ini.. terutama untuk subjek Reading Text On Islamic Creed ( Nusus Al-A'qaid ) & Introduction to Islamic Philosophy ( Madkhal ila Al-Falsafah Islamiyyah ).. 2 subjek ni belajar & exam dlm Bahasa Arab..

Allah..

Terdetik dalam hati aku..
Ni mesti ustaz2x tolong..
Ustaz x stirct sngt kot..
Ni mesti Allah tolong..
Usaha aku rasa x layak dapat nie..

Dan x seronoknya aku x tau berape result kawan2x aku.
Nak tanya x berani..
Apa yang pasti aku harap kalian semua berjaya.
Aku x suka nak senyum atau sedih sorang2x tengok keputusan..

Tunjuk result aku kat umi..
Nak dapat dekan berapa???
Ha, member kate 3.75..
Aku pun kire....Allah
0.06 lagi nie....

Sayangnye subjek Uni- TITAS aku dapat B..
KALAU tak boleh dapat DL...
ceh berangan..
petanda x syukur..

Lalu aku ambil masa merenung & berfikir..
Allah x nak kau dapat DL..
Nanti kau rasa puas hati..
Alah, apa sangat usaha kau???

Kalau tengok balik pun,
subjek tu aku study last minute.. (em tapi semua subjek pun last minute..)
ntah..
mungkin ade benda yg Allah nak aku lihat..
dosa apa yg aku lakukan..

Ok lah cukup pasal result sem 1..
Teringat waktu dapat temuduga untuk masuk UM..
Kiteorng berenam. Enam2x perempuan.
Dan waktu tu aku rasa mcm Ya Allah, ujian apa, anugerah apa yang kau beri ini..
Aku yang banyak dosa, yg tinggal dhuha, yang tinggal tahajud, yang jarang tilawah ni kau beri..
Allah..

Dan perasaan itulah juga aku rasakan kini..
Moga Allah redha..
Dan aku tahu..
Secepat mungkin aku perlu capai plannerku,
mengatur langkah seterusnya..
Agar kesilapan lalu tidak berulang..
Kejayaan bersama nilai sebagai seorang muslim yang aku inginkan

Aku sedar.
Pointer ini ukuran dunia semata.
Apa yang penting sejauh mana ilmu itu aku amalkan..
Perjalanan aku masih jauh & panjang.
Ini langkah pertama..
Usaha & amal perlu dipertingkat..
FOKUS..

Buat sahabat yang dapat DL, 4 flat..
TAHNIAH.. MABRUK A'lAIKUM!
Terus cipta kejayaan demi kejayaan..
Kejayaan ni juga tanda kita berterima kasih pd guru2x, ibu bapa juga Allah..

Buat sahabat2x yg x dapat DL, 4 flat.. ( sama lah kita.. ^^ )
TAHNIAH.. MABRUK A'LAIKUM!
x pe usaha lagi..
analisa diri..
sesuatu perlu dilakukan..
kesilapan perlu diakui..
dan sesuatu perlu diubah....

Buat sahabat2x yg dapat atau x dapat DL ,
mohon doa & tunjuk ajar antum..
hikmah itu boleh berad pada sesiapa sahaja..
dan jangan lupa yang membezakan kita takwa..

Jangan takbur! Siapa Takbur pasti lebur.
Jangan rendah diri kerana kejayaan itu subjektif..








 Wallahua'lam...