30 Januari 2014 ( 30.1.2014 )
Tarikh keramat bagi mereka. Bukan aku. Dah setahun berlalu. Aku kini bukan lagi pelajar STPM, tapi aku mahasiswa..
Namun sentiasa ada rasa, rasa bersama, seolah mereka sebahagian daripada diri aku..
Ingin aku mengimbau kenangan lalu, kenangan di bumi waqafan itu. Tapi, aku ingin kongsikan dahulu keputusan yang mereka perolehi.
Bukan calang-calang, Alhamdulillah,tumpang gembira buat mereka, 8 orng Mumtaz, 2 orng daripadanya Mumtaz Sofi, iaitu Mumtaz untuk kesemua subjek.. MasyaAllah, antum memang hebat.. 3 orng lagi Jayyid Jiddan dan 3 orng lagi Jayyid..14 orng semuanya..
dan macam biasalah setiap kali keluar keputusan aku menanti di televisyen untuk menyaksikan kegembiraan mereka.. waktu tahun aku, mak cik aku tolong rakamkan, smngt masuk tv..haha padahal x de pun muka aku..em, 2 gambar bawah tu gambar junior aku yang dapat mumtaz sofi..
KISAS~ Kolej Islam Sultan Alam Shah atau ade orng panggil KKJ~Kolej Kampung Jawa dah sinonim dengan kejayaan saban tahun...
Tapi aku sebagai warganya bukan ingin meninggi diri, apa lagi berasa bangga, kerana aku sedar ini semua anugerah yang Allah beri sebagai ujian..
Sebanyak mungkin aku ingin berkongsi rahsia apa yang membentuk warganya kerana aku ingin nikmatnya iman & islam itu dirasakan oleh semua muslim, dan aku ingin lebih ramai anak muda yang punya visi & misi yang jelas dalam hidup akan terlahir...
In sha Allah, post2x seterusnya akan saya kongsikan kisah saya di bumi waqafan, untuk ingatan bersama..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment