Dengan namaMu aku menulis.
Hijab. Tudung. Cadar. Kerudung. Jilbab.
Namakan apa sahaja. Fungsi & tujuannya tetap sama.
Asasnya tuntutan berhijab :
Kalau kita nak lihat dari sudut faedah dari segi sains, kesihatan terlalulah banyak. Tapi bukan itu yang ingin saya bincangkan.
Saya hanya ingin berkongsi kenapa saya memilih untuk berhijab.
Pada saya sebab yang pertama & utama adalah kerana tuntutan syariat itu sendiri. Allah yang cipta kita, maka Allah tahu apa yang terbaik, maka kita selaku yang dicipta, ikut saja. Sebagai tanda kepatuhan & kecintaan pada yang mencipta kita. Pencipta kereta, pasti mengetahui setiap inci dalam ciptaanya, penulis buku pasti mengetahui setiap perkataan dalam tulisannya dan begitu juga sifirnya pada setiap penciptaan & pencipta.
Aku bukanlah seorang yang baik akhlaknya, tinggi peribadi, maka aku memilih untuk berhijab, agar peribadi aku juga terhijab indah. Aku menjadikan ia sebagai latihan aku untuk berbuat baik. Agar tidak timbul fitnah pada muslimah berhijab.
Aku berhijab untuk aku membentuk rasa malu dalam diri. Malu untuk berbuat jahat. Malu untuk sewenangnya bergaul dengan lelaki bukan mahram tanpa batasan. Malu untuk bergelak ketawa dengan lelaki bukan mahram. Malu untuk menjadikan bukan mahram sebagai tempat luahan perasaan. Malu untuk memandang2 lelaki ajnabi. Malu untuk berkata yang keji. Malu untuk mempamerkan diri pada umum. Malu untuk keluar rumah tanpa tujuan yang pasti.
Aku sedar dengan memilih untuk berhijab maka secara rasminya aku menjadi agen pada Islam. Aku membawa imej Islam kemana sahaja aku pergi. Buruknya akhlakku, buruklah imej Islam yang kulihatkan.
Aku berhijab kerana aku tidak mahu di akhirat nanti ayahku diseksa, tidak dapat masuk ke syurga kerana aku yang tidak berhijab. Kerana ayah aku tidak mampu mendidik aku. Oh tidak, bukan salah ayah aku.
Aku memilih untuk berhijab agar jiwaku lebih tenang & damai, kerana kembali kepada Islam adalah suatu fitrah bagi setiap manusia.
Berhijab buat aku rasa lebih dihargai, dihormati, rasa selamat.
Aku memlih untuk berhijab kerana aku melihat wanita2 berhijab itu begitu cantik. Cantik pada fizikal & akhlak. Mereka punya aura yang tersendiri. Aku selalu tersenyum melihat mereka. Rasa bahagia. Aku ingin jadi cantik seperti mereka.
Kerana aku cinta, suka, sayang pada wanita bertudung, tak bermakna aku tidak suka, sayang & cinta pada sahabat2 perempuanku yang tidak bertudung. Wallahi ( demi Allah ), setiap dari kita berhak dihargai, disayangi & dicintai. Tiada sebab untuk kita saling membenci. Maka atas dasar sayang itulah aku merayu sahabat2 wanitaku yang muslim,berjinak2lah dengan tudung.
Aku tahu ada kisah di sebalik dirimu yang menyebabkan kau tidak berhijab, dan maka itu aku kisahkan mengapa aku memlih untuk berhijab.
Aku tahu mungkin kau masih tak sedia untuk berhijab, tapi sahabat cukuplah kau tahu, mati itu bila2 sahaja. Aku akan jadi sahabatmu yang sedih & pilu jika aku tak mampu mengajakmu berhijab sebelum pemergianmu ke Dunia Abadi.
Apa pun alasanmu sahabat, tidak akan pernah menandingi tuntutan Tuhan agar kita berhijab. Pasti ada jalan.
Kau perlu mula untuk cuba berhijab, aku pasti KAU AKAN JATUH CINTA dengan HIJAB itu. <3
Nah, aku hadiahkan lagu Parody Hijab Makes You Beautiful dari Mr The All Shared. Cuba tengok sahabat2 wanita kita yang berhijab dalam video tu. Cantikkan mereka, comelkan mereka, ada ketenangan dan keredupan dari wajah mereka. Sedikit sebanyak lagu ini membuat aku rasa dihargai menjadi seorang wanita muslim yang berhijab. Aku mahu kau sahabatku juga merasakannya. Salam sayang dari aku buatmu.
Wallahua'lam.
Nak jadi orang baik, maka kita harus ikut perbuatan orang2 baik dan aku melihat ramai orang2 baik itu berhijab.
JOM sama-sama berusaha!
Moga Allah redha. ^^
No comments:
Post a Comment