Friday, 11 December 2015

E.X.A.M ( Part 1 )

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang aku memulakan coretan ini.

Alhamdulillah, sedar tak sedar semester ini bakal melabuhkan tirai. Minggu depan, untuk saya dan kawan-kawan di Unversitas Indonesia dah akan mula UAS (Ujian Akhir Semester). Dan ya kat sini takde study week. Dan hari ini saya dah mula buat 'take home test' saya untuk subjek Hermenutika iaitu analisa video 'Europe is Kaput' perbincangan antara seorang ahli falsafah Slavoj Zizek dan Yanis Varoufakis iaitu ahli akademik ekonomi dan pernah menjawat jawatan sebagai menteri kewangan Greek. Mohon didoakan agar saya dapat memahaminya dengan baik dan meganalisanya dengan baik.

Hmm, coretan kali ini seputar tentang exam!



Nak cite ape ye??

Bila kita bicara tentang exam atau peperiksaan, pasti akan timbul pelbagai rasa. Cuak, risau, takut, happy pun ada. Risau, takut dan cuak serta rasa-rasa yang seirti dengannya sebab rasa cam persediaan tak cukup, rasa cam tak study banyak lagi dan pelbagai sebab yang diri kita je yang tahu. Happy sebab sem akan berakhir dan kita boleh meluangkan masa bersama keluarga.

Apa pun yang kita rasa, apa pun yang kita fikir, macam mana tak nak pun, macam mana nak elak pun, EXAM akan datang juga. Masanya akan tiba juga. So?

BUATLAH PERSEDIAAN!

Kawan pernah pesan, "usahalah semaksima mungkin, hingga nanti kita tak malu nak minta pada Allah untuk anugerahkan kejayaan". Semaksima itu bagaimana menurut kalian?

Menurut saya, semaksima itu adalah hingga tak ada ruang untuk kita 'berlagha-lagha'. Layan movie, lepak borak-borak dan kegiatan yang sewaktu dengannya.

Kita mengeluh, tak cukup masa. Sedang hakikat sebenarnya kita yang tak pandai mengurus masa, Makan je berapa lama. Borak dengan member macam dah takkan jumpa lagi esok. Menghadap facebook, twitter dan pelabgai laman sosial lain berjam-jam.

Dan perkara-perkara inilah yang kita akan sesalkan selepas exam berakhir. Setiap semester ia berulang. So, nak ulang lagi sem ni? Terserah~~

Kenapa kawan saya kata bila kita dah berusaha semaksima mungkin kita tak malu nak minta pada Allah? Sebabnya... Kita dah lakukan tugas kita. Soal keberkatan, soal anugerahkan kejayaan itu semua hak Allah. Kalau tugas kita pun tak settle cane nak minta Allah anugerahkan kejayaan? Keje cincai nak minta boss bagi gaji besar? Layak?

Antara yang kita boleh buat.

First, ambik kertas. Tulis jadual exam. Perhatikan jarak dari satu paper ke satu paper. Kalau saya, akan mula study subjek yang exam paling last. Dah teliti jadual exam betul-betul, buat jadual belajar bermula hari ini sampai ke paper yang terakhir. Hari ini nak belaajr apa, esok nak belajar apa, lusa nak bealajr apa. Yang mana paling berat, banyakkan, yang mana paling banyak kena menghafal,letakkan di waktu pagi. Dua hari satu subjek. Tergantung, yang penting bagi saya perancangan perlu ada, dan diri sendiri kena tahu kelemahan dan kekuatan sendiri. Dan ada masa mungkin kita terpaksa ubah jadual bile ada kawan ajak study sekali ke, tiba-tiba ada hal kecemasan kawan sakit ke, berlapang dadalah. Yang penting bukan sebab kelekaan kita, jaddual kita terpaksa diubah.

Dan, sebenarnya saya selalu berangan atau berhajat untuk selesaikan segala nota ringkas sebelum study week atau paling kurang waktu study week. Tapi apa yang terjadi, saya selalu still tak submit assignmnet waktu study week. Huhu. So, kalau kawan-kawan dapat buat selesaikan segala nota paling kurang masa study week, terbaik. Supaya lepas tu boleh fokus kepada pemahaman dan penghafalan. Pasal hafal ni pun, saya bukanlah orang yang boleh menghafal tanpa faham. Sebab tu biasanya subjek2 dalam bahasa arab memang lama sikit saya study. And perlu bantuan kawan-kawan lain.

Serius wa nak cakap sama luu. Musim study week dan exam adalah musim yang sangat dahsyatttttt godaan dan rintangan. Masa ni lah nak baca buku tu la, masa nilah sakit kepala, masa nilah ngantuk giller, masa nilah subahanallah masyaAllah malasnya bukan main, masa nilah tiba-tiba kawan lama nak ajak jumpa, masa nilah ada program best, masa nilah itu, masa nilah ini, senang cite macam-macamlah. So nak buat cane? UTAMAKAN APA YANG PALING UTAMA DI ANTARA SEMUA PERKARA YANG UTAMA. Kita dah besar untuk membuat penilaian. Kita muslim yang ada matlamat. Kita tahu apa yang kita perlu buat untuk capai matlamat. Bisik pada diri : sikit je lagi. Kau dah korek tanah 3/4. Dah nak nampak dah harta karun tu. Takkan nak patah balik dengan tangan kosong kat family kau?? Nak cakap apa kat parents??

Sentiasalah berdialog dengan diri, untuk tolak 'rasa-rasa' yang menganggu. Azan sikit kat telinga tu. Hehe. Kalau rasa study sorang-sorang asyik lagha, p la study bilik kawan. Tapi jangan nak bergosip atau menyembang. Minta taujihat atau nasihat dari para pensyarah, parents ke, senior ke sape-sape lah yang kita rasa boleh bersemangat dengar nasihat dia.

Tulis atas kertas besar-besar nama subjek and gred apa kita nak. Contoh : Ilmu Kalam A+
Lekat kat meja study atau almari baju atau katil. Nak lekat kat semua pun boleh. ^^

Ok, sekian dulu untuk coretan kali ini sebab saya nak sambung analisa video. Nanti agak-agak dah tepu, saya sambung tulis.

Selamat memanfaatkan masa-masa berbaki. Jangan emo-emo. Lalui dengan tenang dan positif. Kerja-kerja kumpulan siapkan cepat, tak baik aniaya kawan.




Road to imtihan,

rumaisha_aya

Puri Alamanda, Depok.
11 Disember 2015 


Thursday, 26 November 2015

Memantaskan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita hari ini. Khamis. 26 November 2015. Mencari-cari program untuk mengisi masa dan menambah ilmu, alhamdulillah ternampak poster ni. Kajian Pra Nikah oleh Ust Hilman Rosyad anjuran FPPI FIK UI. Forum Pengkajian dan Pengamalan Islam Fakulti Ilmu Keperawatan UI



Tajuknya menarik iaitu memantaskan diri,menunggu dia yang istimewa. Hmm, umur-umur begini, ya wajarlah soal ini menjadi salah satu perkara yang harus dibincangkan. :)

Dan untuk kesekian kalinya hari ini, Allah buktikan, yakinlah dengan Dia, betulkan niat, Allah akan bantu. Aku yang memang tak pernah ke FIK, tapi nekad juga nak pergi , sampai je sana,terus terserempak dengan ada sorang akak yang nak ke sana juga. Pergh mmng jalan nak ke tempat program tu berliku2, agak2 rasanya boleh sesat la kalau takde orang tunjuk. Pokoknya, jangan pernah cari alasan untuk tidak melakukan kebaikan, untuk tidak menghadiri majlis-majlis ilmu. Dan saat kita bicara soal masa, sampai bila pun kita tak akan punya masa lapang, jika kita yang tidak melapangkannya untuk ilmu dan melakukan kebaikan. Bak kata mba vivin (naqibah aku sepanjang di UI) kalau masa kita masih sebagai mahasiswa ni kita dah beri alasan sibuk dan sebagainya untuk beramal, apa lagi nanti saat kita dah punya komitmen dalam keluarga dan masyarakat.

Berbalik pada tajuk yang dibincangkan. Memantaskan diri membawa maksud bagaimana dan apa persediaan kita untuk menjadikan diri kita 'Menantu Pilihan' atau 'Calon Pilihan'. Dan saat berbicara soal perkahwinan atau alam rumahtangga, persoalan inilah yang harus menjadi kayu ukur sama ada kita telah beanar-benar bersedia atau tidak. Kata ustaz, ambil cermin untuk lihat setiap sisi dari diri kita. Pantaskah?

Antara pesan ustaz, yang pertama adalah antara kriteria si gadis yang telah bersedia untuk membina rumahtangga adalah MAMPU MERAWAT DIRI. Maksudnya, menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Banyak kes-kes ibu-ibu muda yang mengalami masalah rahim dan sebagainya berpunca dari pemakanan atau kesihatan si ibu yang tidak dijaga ketika remaja. Oleh itu, pesan ustaz, amalkan pemakanan sunnah, kurangkan makanan-makanan segera, makan pada waktunya, pengambilan makanan yang seimbang dan paling penting makan makanan yang halalan tayyiban ( halal lagi baik ). Untuk aku yang tak berapa kerap makan sayur dan buah, nah ini sebagai teguran.

Kedua, pesan ustaz MILIKI SIFAT TANGGUNGJAWAB. Kerana perkahwinan adalah sebuah komitmen yang makan masa seumur hidup. Ia tanggungjawab yang sangat besar. Maka antara persediaan yang terpenting adalah belajar bertanggungjawab. Bertanggungjawab pada diri, dengan menimba ilmu untuk meningkatkan pengetahuan dan amal, bertanggungjawab pada keluarga dengan menjadi penyejuk mata ibu dan ayah, mengambil tahu perkembangan ahli keluarga serta tidak lokek membantu dan memberi nasihat, bertanggungjawab pada Tuhan dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi maksiat. Termasuklah dalam mentaati perintah Allah adalah dengan solat di awal waktu. Antara amal yang aku kira untuk melaksanakannya perlu mujahadah yang tinggi. Dan kalau bicara soal tanggungjawab, banyak sekali sebenarnya. Tanggungjawab sebagai pelajar, sahabat, anak, jiran, pemimpin dan sebagainya. Semua tanggungjawab ini perlu dilaksanakan serentak. Nah, kalau diri sendiri aja, belum mampu bertanggungjawab, bagaimana saat sudah mendirikan rumahtangga?

Ketiga, pesan ustaz BINA PERIBADI YANG BOLEH MEMBUAT IBU DAN AYAH MEMPERCAYAI KITA. Nah kalau untuk point ini menurut aku, jadi anak yang soleh dan bertanggugjawab sudah cukup membuat ibu dan ayah kita percaya pada kita untuk maju setapak ke arah pembinaan baitul muslim. Ibu dan ayah, bukan insan yang boleh kita bohongi. Gerak geri kita mampu ditafsirkan. Apa yang dalam hati mampu ditebak.

Keempat, pesan ustaz, KITA HARUS MEMILIH MENJADI YANG BAIK DAHULU KEMUDIAN BARU BERHARAP MENDAPAT YANG BAIK. Soal siapa jodoh kita? adalah soal yang tak perlu dirisaukan. Itu kerja Tuhan. Soal bilakah masa yang sesuai? Itu juga kerja Tuhan. Tugas kita memantaskan diri. Berusaha menjadi baik dari hari ke hari demi Tuhan.

Sekian, sebab ustaz nak cepat ada pengajian ditempat lain, ini antara point-point yang sempat ustaz kongsikan.

Terakhir untuk entri kali ini.




Kesimpulannya, memantaskan diri adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal. Pantaskan diri menjadi hamba Tuhan yang mulia. Didik diri untuk menjadikan cinta Allah melebihi segala apa pun. Jangan ada kerinduan yang melebihi kerinduan bertemu Tuhan di akhirat kelak. Pengawalan emosi, pembahagian masa, sifat tolak ansur, bersederhana, berlapang dada, saling memahami, menaruh kepercayann, kesetiaan, tidak mementingkan diri, menjadikan kebahagiaan orang lain adalah juga kebahagiaan kita dan banyak lagi seni-seni rumahtangga yang perlu kita pelajari dari sekarang. Sifat-sifat ini takkan datang terus tanpa pelatihan. Selamat memantaskan diri ikhwah dan akhawat fillah!

Percayalah.
Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Kalau dah jodoh, pasti bertemu.

Pada masa yang tepat, 'si dia' yang tepat akan hadir dalam hidupmu. ^^






Sunday, 15 November 2015

Menjadi Pemberani

Si pemberani.
Iaitu dia yang hanya takut pada Tuhannya.
Yang takutnya pada hal-hal dunia sentiasa di bawah rasa takut pada Tuhan.
Nah, kerana takut pada Tuhannya menjadi yang pertama,
tiada apa yang bisa menggugahnya.

Si pemberani.
Adalah karakter seorang muslim.
Ia merupakan tuntutan iman.
Kerana yang membezakan muslim dengan yang lainnya adalah di saat dia menghadapi kesulitan.
Lalu bagaimana reaksi awalnya?
Bagaimana dia menerima kesulitan tersebut?
Bagaimana dia mendepani kesulitan tersebut?
Allah sebut dalam Surah Ali-Imran, ayat 139

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
 
Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.

Ya si pengecut, yang begitu berseni dalam membuat alasan untuk menutupi kemalasan diri.
Tapi si pemberani.
Berani mengaku kesilapannya.
Malah berterima kasih pada yang menegurnya.
Berani berkata benar.
Kerana tidak ada yang benar mealainkan perkara yang benar.

Kau mahu tahu?
Kata Nabi, wanita terbaik adalah wanita Quraisy.
Kerana mereka si pemberani yang pintar mengendali kuda dan anak-anak.
Wanita ansar juga tidak kurangnya.
Pemberani dalam menuntut ilmu.
Tanpa segan silu bertanya pada Rasulullah apa-apa yang tidak diketahui

Kau pernah dengar penyakit 'wahn'?
Penyakit yang menimpa ummat kita pada hari ini.
Iaitu cinta pada dunia dan takut akan mati.
Dan ketika kita punya perasaan takut mati, itu petanda kita terlalu cinta pada dunia.

Ketahuilah.
Keberanian itu milik si dia yang istiqamah.
Memegang teguh pada sesuatu hingga akhirnya.
Istiqamah, tuntutan yang membuat rambut nabi langsung beruban selepas ayat itu diturunkan.
Betapa beratnya tuntutan disebaliknya.

Si pemberani itu, islamnya pada amalan.
Dan amalannya berdasarkan ilmu.
Kerana tanpa ilmu, istiqamah itu mustahil.

Si pemberani.
Adalah dia yang kuat menanggung beban.
Kuat mendepani apa yang di hadapan.
Dia muslim yang mengimani Allah dan Rasul sebagai tujuan.
Ada masa dia kelihatan seolah tidak penat.
Kerana dia yakin rehatnya nanti di Syurga.
Maka dia belumba melakukan amal.

Si pemberani.
Adalah dia yang teliti menyimpan rahsia.
Kau ingat kisah Huzaifah Bin Yaman?
Bagaimana teliti Huzaifah menjaga amanah Rasul.
Atas perintah Rasul, Huzaifah mencatit nama-nama ummat yang Rasulullah kategorikan munafik.
Hingga saat Abu Bakar bertanya "Adakah aku dalam kategori itu?"
Huzaifah tetap teguh menyimpan rahsia.


Si Pemberani.
Adalah dia yang menahan marahnya.
Dia mengimani bahawa muslim yang paling kuat adalah yang mampu menahan amarahnya.
Kau masih ingat kisah Ali bin Abi Talib dengan yahudi yang meludahnya?
Iaitu ketika ada satu saat semasa Saidina Ali hampir membunuh yahudi itu,
lantas si yahudi meludahnya.
Langsung Saidina Ali membatalkan hasrat membunuh Yahudi itu.
Kerana bimbang niatnya bukan lagi membunuh kerana Tuhan.
Tapi membunuh kerana rasa amarah.


Pemberani.
Iaitu dia yang teguh menjaga ke'izzah'an agamanya.
Mentaati perintah Tuhannya.
Tetap teguh mengamalkan sunnah Rasulnya.
Menjadi 'guhuraba' di akhir zaman.
Dia yang menyeru pada kebaikan.
Mencegah kemungkaran. 
Sensitif dengan kemaksiatan.

Wallahua'lam.

Sekian catatan mengenai Menjadi Pemberani. Tulisan ini adalah hasil catatan dari Jalasah Ruhiyah Muslimah Univeristas Indonesia dengan tajuk "Asy-Syaja'ah, Jadikan Dirimu Muslimah Pemberani oleh Ustzah Rufidah.

14 Nov 2015
Lantai 2
Masjid Ukhuwwah Islamiah (MUI), Kampus UI Depok

Moga kitalah si pemberani itu. Betapa hebatnya peribadi insan-insan yang mampu merasakan ketakutan hanya pada Allah. Kebergantungan hanya pada Allah. Sifir yang mudah disebut dibibir, berulang-ulang kali, tapi pengaplikasiannya mengambil seluruh masa kehidupan. Berapa ramai yang mampu menjadi pemberani yang berani menegur kemaksiatan di hadapan mata??

Menyeru kepada kebaikan itu masih mudah, kita masih mampu bermanis wajah, saat ajakan ditolak tapi mengatakan tidak, mencegah, menegur kemaksiatan yang dilakukan diri dan orang sekitar apa lagi ahli keluarga atau kenalan rapat adalah sesuatu yang amat payah. Tapi si pemberani,  rasa takutnya pada Allah sudah cukup menjadikan dia optimis, sentiasa tenang dan yakin.

Dan pesan ustazah, menjadi pelik bukan matlamat kita yang sebenar. Tapi dalam pada usaha kita menjalankan perintah Tuhan dan kita terlihat pelik maka itu wajar. Bisa saja orang terlihat pelik kerana melakukan perkara-perkara yang luar biasa atau menyalahi adat setempat. Tapi ya, itu bukan 'pelik' yang kita inginkan.

Pesan ustazah lagi, untuk menjadi pemberani amalan-amalanya perlu mantap. Hubungan baiknya dengan Allah perlu dibina. Minima kata Nabi kalau ingin tergolong dalam golongan yang tidak lalai, harus tilawah Al-Quran 50 ayat sehari. Ustazah sarankan jadikan tilawah Surah Ar-Rahman, Al-Waqiaah, Ad-Dukhan, Muhammad, Yaasin, Al-Mulk dan As-Sajdah sebagai surah bacaan harian. Dan sebagaimana Nabi yang Allah janjikan syurga istighfarnya tidak kurang 70 kali sehari, maka kita seharusnya menjadikan itu contoh.

Salam ingatan,

rumaisha_aya,
Puri Alamanda, Depok.




Saturday, 17 October 2015

Koleksi Status FB Nur Hidayah Bintu Khauf ( 12 )

Sifir kehidupan. Dapat satu, hilang satu. Atau mungkin dapat banyak, hilang satu. Atau dapat satu, hilang banyak. Apa yang pasti rasa syukur harus mendahului. Redhakan ( 10 Okt 15 )

Semalam dlm kelas ad siswa tertidur, mungkin kerana kelas petang dan agak kepenatan.
Lecturer pun kata:
Setahu saya, yang tidur di siang hari itu hanya dua golongan.
Bayi kecil atau orang tua.
Kok mahasiswa pemuda kaya kalian bisa tidur di siang hari??????
@_@
‪#‎ceritadayahdiui‬ ( 6 Okt 15 )


Jadi orang. Jangan tamak. Buat satu-satu. Dan di setiap yang satu itu, lakukan sebaik mungkin. Berfungsi sebanyaknya. Dan dalam pada yang melakukan yang satu itu juga, chill bro. Tak perlu terlalu inginkan keideallan. Sediakan diri untuk sebuah kesilapan sama ada dari kita sendiri atau orang lain. Itu cara kita menjadi dewasa. ( 30 Sept 15 )


Tak tahu dorang tahu dr mana, tapi masuk ini dah 4 orang kawan indonesia tanya. "Betul ke bilik bersalin kat Malaysia dipanggil rumah korban lelaki?"
Huhu.
‪#‎ceritadayahdiUI‬ ^^ ( 12 Sept 15 )


Universitas Indonesia & Orientasi
Setiba kami di sini pertengahan bulan Ogos, terlihat ramai siswa siswi yang memakai pakaian formal berwarna putih. Setelah diterangkan, rupanya mereka pelajar angkatan 2015. Dengan nama lain adik2 tahun 1. Apa yang menarik tentang orientasinya adalah prngisian didalamnya. Orientasi dorng 2 minggu. Seminggu dari pihak universiti dan seminggu lagi dari fakulti. Dan ad 2 hari di dalamnya diadakan OKK (orientasi kehidupan kampus) .Dan sepanjang minggu orientasi mereka diberikan tugasan yang berkaitan dengan bidang yang diambil cnthnya mcm budak2 engineering kene buat satu model untuk selesaikan masalah yang diberi. Dan pengisian lain adalah mereka diajar cara membuat assignment, pengenalan subjek yang bakal dipelajari, menggunakan rujukan, library, kemudahan2 di kampus, pembentangan dalam kelas dan sebagainya. Ya seperti namanya orientasi kehidupan kampus. Sekadar penilitianku, ku kira lebih matang orientasi sebegini. Pensyarah dan juga staf2 atau pegawai di ui juga turut sama terlibat dalam minggu orientasi.Sama seperti kita, pengisian seperti forum, seminar dan talkshow juga diadakan dengan tujuan untuk menaikkan semangat mahasiswa untuk mencapai kecemerlangan.
Antara banyak2, yg plng menarik bagiku adlh orientasi fakulti di mana diajar untuk buat assignment dan pembentangan. Sebab hingga hari ini aku dah semester ke 4, tapi aku tak tahu cara yang betul, hanya ikut contoh dari senior dan kawan.
~selamat berMHS adik2 UM ^^
‪#‎ceritadayahdiUI‬ ^^  ( 25 Ogos 15 )


Kita semua tak suka apa yang berlaku pd negara kita hari ini. Tapi budaya menghina, menyindir, gurau kasar dan segala yang sewaktu dengannya, tidakkah ia suatu yang harus dipertikaikan juga? ( 13 Ogos 15 )


Cerita arnab dan kura2 versi maksu Siti Hajar Alias
Kite ni klu boleh nak Allah bg ap yg kita nak secepat mcm arnab bergerak.
Tapi...
Kita bergerak menuju Tuhan lambat kalah kura2.
Insaf bersama Farah Khalid T_T  ( 12 Ogos 15 )


Benarlah kata abah, kewajaran memanggil bulan ini bulan Ramadhan, bukan bulan puasa. Apabila disebut bulan puasa, kita cenderung untuk memikirkan mknn apa yg harus dimasak atau dibeli ketika berbuka. Belum zohor dah bicara soal makanan. Nak buka apa? Nak beli apa di bazar? Tngok rncngn memasak di tv. Hampir semuanya ad kaitan dgn mknn. Kejut pagi pun kate, bangun makan sahur, berbanding bangun tahajud kejap. Kerana puasa itu sering difahami menahan lapar dan dahaga. Sedangkan hakikat Ramadhan lebih luas dari itu. Ia bulan kita memaknakan amalan, membersihkan hati, bulan kita menginsafi diri, bulan melipatgandakan kecintaan dan segala macam kebaikan.
Hmm, penat tngok bnyk sngt makanan. T_T  ( 13 Julai 15 )


Kerana Al-Quran bukan sekadar satu rutin untk dibaca dan dihafaz tanpa usaha memahami tuntutannya. Ia harus direnung, diteliti dan dikaji. Antara surah utama yg harus dilteliti saranan Ust Syaari adalah Surah Al-Qasas, Taha dan As-Syuaraa.
Bengkel Ibrah Kisah Nabi musa
Akademi Sinergi
Perkongsian lanjut, jemput like page Akademi Sinergi.  ( 11 Julai 15 )

Asusku jatuh.
Retak 20.
Sangkaku abah umi akan bising.
Kerana tak sampai satu sem usianya.
Puas ku berusaha menyorokkannya.
Tapi tatkala umi ternampak, umi hanya senyum dan kata, jatuh ye?
Tatkaka abah pula ternampak, abah ketawa dan kata haha, dunia macam tu lah. Sifatnya sementara.

Salam 10 akhir ramadhan. Jgn perkara2 dunia memberi kesan pd hatimu. ( 9 Julai 15 )

Kawan, kau tahu apa itu redha?
Bila kau tak sebut2, tak mengeluh langsung pasal exam kau tadi. ^^
‪#‎2subjeklagi‬ ( 23 Jun 15 )


بما عرفة الله؟
Dengan apa @ bagaimana kamu mengenal Allah?
~ Aku mengenal Allah, saat keazaman orng yg hebat, tak dapat dilaksanakan.
Bincangkan. ^^
Moga Ramadhan ini membuat kita lebih kenal, jatuh cinta dan akrab dengan Dia, pemilik cinta abadi ( 20 Jun 15 )
Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Tapi juga proses mengawal kemahuan dan keinginan diri, bljr membuat pilihn yg tepat, belajar bertindak mengikut keperluan dan bukannya rangsangan.
‪#‎ramadhankareem‬ ( 20 Jun 15 )

Latih tinggalkan apa yang Allah larang.
Allah akan gantikan kepayahan itu dengan apa yg Allah redha.
Jahiliyyah dalam diri itu kita kikis sikit2 ya.
‪#‎ramadhankareem‬ ( 19 Jun 15 )


Ad kwn sblm study, baca kisah shbt, ambik ruh katanya.
Ad kwn sblm study, dngr lagu2 smngt mcm shoutul harakah, siap buat gaya, nak bangkitkan smngt katanya.
Ad kwn sblm study, solat taubat dulu, rasa bnyk dosa katanya, ilmu tak masuk.
Ad kwn sblm study, kemas meja bg kosong, tak nak bagi serabut katanya.
Ad kwn sblm study, off hp, elak gangguan katanya.
Ad kwn sblm study, tngok gambar mak ayah, bg tak lupa diri katanya.
^^

Apa pun cara, yg pntng study, jgn x study.
1001 orng, 1001 cara yg berbeza.
‪#‎salamimtihan‬
‪#‎esokfirstpaper‬ ( 16 Jun 15 )


Kawan, betul tak betul itu belakang kira. Yakin diri dulu. ^^
‪#‎salamimtihan‬  ( 15 Jun 15 )


Kerana setiap orang punya titik kelemahan yang berbeza-beza.
Maka ujian dan godaan syaitan itu pd kelemahan masing-masing.
Kenali titik-titik itu.
Atasi dan elakannya.
‪#‎semogakitasampaipdramadhan‬ ( 10 Jun 15 )


Menjadi diri sendiri.
Ia saat terindah.
Kerana saat itu kau tak perlu mengawal apa yg kau fikir dan rasa.
Dan aku masih tertanya-tanya kenapa hanya ketika bersama orng tertentu sahaja aku mampu menjadi diri sendiri?  ( 9 Jun 15 )


Bukankah orng yg mencintai apa yg dilakukannya, takkan mengharap apa-apa balasan kecuali kepuasan? ( 7 Jun 15 )

Kita membayangkan Ramadhan kita dipenuhi tilawah AlQuran berjuzuk-juzuk setiap hari.
Dipenuhi solat2 sunat pada banyak waktu.
Bangun malam setiap hari.
Tapi,
Kalau kita tak start buat dr sekarang.
Percayalah ia hanya akan jadi perancangan, bayangan dan mimpi.
‪#‎salam18syaaban‬ ( 5 Jun 15 )



Melahirkan sokongan pd kepimpinan melalui partisipasi.
-AGM PERMAS-
‪#‎yukbersamapermas‬ ^^ ( 2 Jun 15 )


Kawan, jgn rasa kita beza sngt. Kita duduk bawah langit yg sama apa. Kita sama2 ad mata, tngn, kaki, mulut. ^^ Tuhan kita sama. Tersenyumlah mengetahui hakikat itu. Jgn rasa rendah diri sngt. ( 2 Jun 15 )

Kawan, nak selamat dalam hidup ni, jgn lebih-lebih dalam apa jua perlakuan dan tutur bicara.
‪#‎ahlanramadhan‬ ‪#‎18harilagi‬ ( 31 Mei 15 )


Akhirnya kita beramal hari ini, bukan sekadar ingin mengumpulkan amal, kerana amal kita takkan pernah cukup pun untuk menjadi timbangan ke syurga.
Tapi akhirnya, apa yang kita harapkan hanyalah redhaNya dan cintaNya.
‪#‎salam10syaaban‬ ( 28 Mei 15 )


Cer cite sikit pasal 'crush' kau?
Em, die penuh warna warni.
Ha? Cane tu?
Candy crush =_=  ( 26 Mei 15 )


Menjadi thalabul 'ilm atau penuntut ilmu, setiap hari kamu mesti buat
1) baca Al-Quran
2)zikir
3)ulangkaji pelajaran
Sempatkan juga setiap hari walau macam mana pun caranya.
Kata Ustz Dr Syed Hilmi  ( 26 Mei 15 )


Kawan saya ajar sblm study buat solat sunat.
Ustz sy ajar study dlm keadaan berwudhuk.
Tak dapat amal dua2, amal salah satu.^^
Slmt mengharungi minggu2 terakhir. Lalui dgn sabar dan semangat. ( 25 Mei 15 )


Setiap manusia itu, siapa pun dia, apa jua posisinya dalam masyarakat, punya hak untuk dihormati. Untuk diraikan. Untuk diberi galakan. Untuk diberi ruang. ( 23 Mei 15 )


Kerana menjadi dewasa itu satu proses. Bertatih untk memahami permainan2 dunia. Seloknya masyaAllah jauh berbeza. Laluinya dngn sabar dan hati yang terbuka. Apa sahaja, syukur harus mendahului.
‪#‎salamkahfi‬ ( 22 Mei 15 )


Apa kata Syaaban ni khatam terjemahan AlQuraan pula.
-ustaz-  ( 20 Mei 15 )


Kerana hidup ini bukan soal 'aku' semata. Bila tidak ada kepentingan bagi kita, kita tak nak bantu, kita tak nak ambil tahu, bahkan kita tak nak pandang. Muslim kah? ( 19 Mei 15 )

Ustaz kata nak jadi cerdik, berkenalanlah dengan ramai orang. ^^ ( 18 Mei 15 )


Genggam jari2mu, letak di dadamu, bisikkan Sungguh, aku takut akan Allah!
Salam kahfi ( 15 Mei 15 )


Kerana Tuhan merancang dengan cinta. Kerana ada takdir di sebalik tadbir. Kerana tiada apa yang akan berlaku tanpa izin Dia. ( 12 Mei 15 )

Kadang aku pelik dngn diriku sendiri, sendiri meminta untuk jadi pelajar, tapi tanggungjawab pelajar iaitu mengkaji, membaca, menulis, siapkan assignment dgn penggunaan bahasa dan olahan yg tersusun, siapkan bahan 'presentation' dgn fakta dan huraian yg baik aku malas. ( 4 Mei 15 )

Thursday, 17 September 2015

Maka aku harus terlebih dahulu......

Bismillah. Dengan namaMu aku menyusun kata ini.

Kerana aku ingin anak-anakku nanti hafaz Al-Quran,
maka aku harus terlebih dahulu menghafaznya.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti mencintai orang-orang soleh,
maka aku harus terlebih dahulu mengenali dan mencintai orang-orang soleh.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti punya peribadi yang indah,
maka aku harus terlebih dahulu punya peribadi yang indah.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti menghormati orang tua,
maka aku harus terlebih dahulu menghormati orang tua.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti punya hati yang halus,
maka aku harus terlebih dahulu membentuk hati yang halus.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti mencintai kebenaran,
maka aku harus terebih dahulu mencintai kebenaran.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti bersungguh dalam mencari ilmu,
maka aku harus terlebih dahulu bersungguh dalam pencarian ilmu.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti punya jati diri muslim yang teguh,
maka aku harus terlebih dahulu punya jati diri muslim yang teguh.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti takut pada Allah,
maka aku harus terlebih dahulu takut pada Allah.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti mencintai Allah mengatasi apa pun,
maka aku harus terlebih dahulu mencintai Allah mengatasi apa pun.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti meletakkan dunia hanya digenggaman,
maka aku harus terlebih dulu mengeluarkan dunia dari hatiku.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti bicaranya penuh hikmah,
maka aku harus menyediakan diriku dengan ilmu dan amal.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti menjadikan Rasulullah contoh ikutan,
maka aku harus terlebih dahulu berusaha mencontohi Rasulullah,
Kerana aku ingin anak-anakku nanti memberi manfaat kepada ummat,
maka aku harus terlebih dahulu memberi manfaat kepada ummat.
Kerana aku ingin anak-anakku nanti tidak punya hati busuk yang hasad,
maka aku harus terlebih dahulu menjauhi hasad,
Kerana aku ingin anak-anakku nanti tidak terburu-buru dalam menilai,
maka aku harus terlebih dahulu belajar tenang menyusun penilaian,
Kerana aku ingin anak-anakku nanti punya akidah yang sejahtera,
maka aku harus terlebih dahulu mempelajari ilmu-ilmu akidah yang sejahtera.
Kerana aku sentiasa inginkan kebaikan pada anak-anakku,
maka aku harus terlebih dahulu fikir, amal, berkata yang baik-baik sahaja.


Dan ada waktu, di saat lemahnya motivasi diri.
Di saat diri sendiri tak mampu menjadi motivasi.
Maka kata-kata ini mengingatkan aku.



Rumaisha_aya
Puri Alamanda, Depok
5.47 pm
17 Sept 15


Saturday, 2 May 2015

Koleksi Status FB Nur Hidayah Bintu Khauf 11

Selama ini kita mungkin ingat kita kuat sbb kita ad shbt2. Kita mungkin sangka kejayaan2 kita adlh usaha kita. Kita mungkin fikir kemenangan kita adlh kerana hebat dan tersusunnya persiapan kita. Sedang kita silap. Kita hanya menang bila mana kebergantungan dan pengharapan kita TOTAL pd Allah semata. ( 29 April 15 )


Mungkin definisi cantik kita berbeza. ^^ pesan kawan, bila kita dah pilih pakaian itu untuk dipakai, maka redhakan ia, terima seadanya, syukurinya dan kata terima kasih pd pakaian itu kerana telah menutupi auratmu. Dan ketahuilah tika itu kau akan jadi princess tercantik sekali.
-Malam Anugerah Za'Ba-
 — at The Royale Chulan Kuala Lumpur ( 25 April 15 )


Jangan kau lupa untuk tanya pada Tuhan dalam setiap pilihan yg kau ingin lakukan.
Istikharah & musyawaralah! ( 24 April 15 )



Bila disebut tntng akidah, kita selalu terbayang tntng perbahasan sifat 20, ilmu kalam, falsafah, mazhab-mazhab dalam akidah seperti Khawarij, Syiah dan sebagainya. Atau senang cerita isu2 yg dah dibahaskan dr dulu. Sedangkan hakikat akidah itu adalah penghayatan nilai2 islam, rukun iman dan islam dalam hidup kita. Ya, sedekat itu sebenarnya akidah dalam hidup kita. ^^ ( 22 April 15 )

Si adik Mujahid bertanya pada abangnya.
Kenapa baju Jahid tak kering, baju Syakir je kering?
Dan si abng menjawab : sebab Tuhan tak izinkan.

Huhu. aku: boleh terima ke tak jawapan si abang ni???
Hmmm, ad usaha manusia di sebalik takdir Tuhan tau. Dah si adik sidai baju lambat dr abng, mmng la abng punya baju kering dulu. ^^  ( 19 April 15 )


Yang selayaknya kita cintai adalah yang perlu kita cintai dan bukannya yang mahu kita cintai.
-La adri- ( 14 April 15 )



Kerana untuk memperolehi ilmu itu lazimnya kau perlu korban sesuatu. Ada masanya wang, ada masanya masa lapang, ada masanya masa rehat dan apa sahaja. Dan hari ini hanya untuk ilmu membuka pintu dan kunci, ia menuntut kesabaran berjam2. ^^
 — with Siti Rafidah Mohd Arsad. ( 13 April 15)


Makin belajar pemikiran barat, makin rasa takde ape sbnrnya yg kita nak banggakan sangat dengan barat. Dan makin sedar banyak lagi tugas2 pngislahan masyarakat yg kita perlu buat. Oh isme2. ^^ ( 9 April 15 )


Masa. Dua saja pilihan. Kalau kau tak isi dengan kebaikan. Keburukan, kejahilan, kelaghaan akan ambil alih. Kau pilih.
-kak usrah- ( 7April 15 )


Siapa suka jumpa Allah, Allah suka jumpa dia.
Siapa benci jumpa Allah, Allah benci jumpa dia. ( 2 April 15 )


Kunci kekuatan seorang daie adalah keikhlasan hatinya.
‪#‎harmoni15‬ ( 21 Mac 15 )


Kita bermula dengan membina manusia hingga akhirnya kita membentuk satu tamadun. (21 Mac 15 )


Pesan sahabat. Serah dirimu sepenuhnya pada Allah. Umpama bayi yg menyerah diri pada ibunya. Umpama mayat yg menyerah diri pada si pengurusnya. 
Tika itu ikhtiar dan kehendak mati.
Lalu ku tanya. Bagaiamana ingin menyerah itu?
Jawab dia Allah akan tunjukkan cara dan modulnya lewat ujian yg kau lalui saban hari. ( 17 Mac 15 )


Aku bertanya pada seorang sahabat. Penat tak hari ini?
Dan jawabnya aah penat, sebab tak baca Al Quran kot.
T_T ( 17 Mac 15 )


Saat kita belum rasa cinta pd Allah. Itu petanda kita belum kenal siapa Allah. Maka mana mungkin kita bisa mentaati dan hanya meminta pada Dia. ( 11 Mac 15 )


Islam mesti diletakkan yang tertinggi. Mengatasi segala apa pun. Mengatasi bangsa, persatuan, parti dan apa saja.
-Dr. Ashraf Wajdi- ( 6 Mac 15 )


Jangan terlalu seronok ke medan, hingga lupa kembali ke pengkalan. Daie itu perlu sentiasa memperbaharui hati dan bekalnya agar tidak merasa dia saja yang terbaik. 
- persidangan meja bulat sahabat yadim-  ( 5 Mac 15 )


Bahagia itu bila iman kita kuat. Kerana kebahagiaan dicapai melalui keimanan. Dan bila bahagia itu kita punya, ketenangan dan keselesaan akan menyusul.
-Ustaz Dr Fauzi- ( 5 Mac 15 )


Ada masanya,
Aku mahu hanya tertawa dan tertawa.
Dan membiar kesedihan semalam dan kegusaran esok terbenam dalam tawa itu. Bolehkah begitu? ^^ ( 4 Mac 15 )


Ada masanya,
Aku mahu hanya tersenyum dan tersenyum. 
Dan lalui apa sahaja yg di depan tanpa perlu difikir-fikir. Bolehkah begitu? ^^ ( 4 Mac 15 )


Cuaca panas terik. Moga hati tak panas terik. Sejuk-sejukkan. ( 22 Feb 15 )


Jangan perlekeh ilmu orang. Kerana selagi benar ia akan punya manfaat. 
-ustaz zul baitul qurra- ( 21 Feb 15 )


Apa saja yg kau beri, akan kembali pada kau. Umpama bola yang dibaling pd dinding akan melantun kepada si pembaling. Baik atau buruk, kedua2nya akan kembali pd kau, dgn cara yg tidak disangka2. ( 19 Feb 15 )


Muslim itu melakukan apa saja pekerjaan bersungguh-sungguh. APA SAJA! kerana kerja2 dunianya adalah juga kerja2 untk akhiratnya. Kadang ada orng bersungguh dlm ibadah, tp sambil lewa dalam pekerjaan, kadang ada orng bersungguh dlm pembelajaran tp sambil lewa dalam bermasyarakat. ( 18 Feb 15)


Matikan kebatilan dengan diam, kalau tidak dia akan melihat bangunnya orang-orang yang mencaci.
-saidina Umar- ( 10 Feb 15 )



Solat ialah satu proses melahirkan output positif dalam perlakuan manusia.
Nak jadi baik? Solat lah
Nak berubah? Tingkatkan kualiti solat
Percaya atau tidak, apa sahaja masalah yg kita hadapi bertitik tolak dari ketidak sempurnaan solat kita. ( 9 Feb 15 )


"Kau hilang dalam ketebalan make-up di mukamu itu. Kau seolah-olah tiada sewaktu mereka melihatmu, mereka hanya nampak make-up bukannya nampak rupamu dan kalau mereka rasa tertarik mungkin tertarik pada make-up bukannya tertarik pada engkau" 
Novel Maria, Emine Senlikoglu ( 4 Feb 15 )


Manusia hanya mampu berbangga, menangis & merasai keperitan.
Hati adalah suatu alam yang kabur kembali melagukan deruan air.
Jiwa2 sentiasa berubah mengikut rentak kemelut kehidupan.
Hari ini lahir rasa cinta. Suatu hari kelak mungkin dendam kesumat..,
-pujangga- ( 4 Feb 15 )


Sama ada kita menjadi pejuang yang menyumbang atau petualang yang menumbang.
Seperti antara syurga dan neraka, tiada pilihan yang tengah-tengah.
( Fazri Fansuri ) ( 31 Jan 15 )


Setiap detik hidup adalah pengharapan. Maka dosa manusia yang paling besar, bukan membunuh fizikal atau jasad, tapi membunuh harapan. Sama ada menuju hidup atau mati, di tengahnya ada kita untuk saling memaknai.
( Asyraf Muiz Roslan ) ( 29 Jan 15 )


Jangan berkeras dengan masyarakatmu, ajar mereka dengan apa yang mereka sukai. Jika masyarakatmu meyukai pesta, maka islamkan pesta tersebut.
-Novel Sebongkah Batu di Kuala Berang- ( 28 Jan 15 )


When a guy does something stupid once, well, that's because he is a guy, but if he does the same stupid thing twice, it's usually to impress some girl. 
-the lorax- ( 28 Jan 15 )


Dengan teori semua orng kelihatan seperti cendikiawan yg tdk pernah mengenal perkataan dungu, tetapi apabila tiba untuk praktikal orang akan kelihatan lebih lembap daripada definisi kelembapan itu sendiri.
-novel Dukana- 
lalu, beramallah! ( 24 Jan 15 )


Orang mencari Tuhan pada saat mencari jawapan, sedangkan jawapan sebenar adalah Tuhan. 
-novel Dukana- ( 22 Jan 15 )


Cuma nak kata jgn lebih2 hina dorng, jgn lebih2 kutuk dorng, jgn share gambar & video dorng. Aib mereka perlu dijaga. Dan ku kira adalah lebih baik masing2 bertanya pada diri, apa kerja dakwah yg telah aku lakukan? Aku melihat isu ini sebagai teguran Allah untuk kita, bahawa terlalu bnyk lagi yg perlu kita lakukan sebagai orng yg 'faham' bagaimana agama itu sebenarnya. Tengok2an keluarga & kwn2 kita selalu.
 — feeling sick. ( 11 Jan 15 )


Teringin nak tahu bagaimana dan apa Findland lakukan terhadap sistem pendidikan mereka, hingga melonjak naik dr tangga ke 70 ke tangga yg pertama! Dari segi pembangunan ya Malaysia telah makin hampir dngn dunia kelas pertama, namun, pemikiran & pendidikan kita? Kita di tangga 98 drpd 181 buah negara dlm indeks pendidikan.
 — feeling curious with Nur Anis Shahirah Zakir and 2 others. ( 9 Jan 15 )


Wallahua'lam.