Iaitu dia yang hanya takut pada Tuhannya.
Yang takutnya pada hal-hal dunia sentiasa di bawah rasa takut pada Tuhan.
Nah, kerana takut pada Tuhannya menjadi yang pertama,
tiada apa yang bisa menggugahnya.
Si pemberani.
Adalah karakter seorang muslim.
Ia merupakan tuntutan iman.
Kerana yang membezakan muslim dengan yang lainnya adalah di saat dia menghadapi kesulitan.
Lalu bagaimana reaksi awalnya?
Bagaimana dia menerima kesulitan tersebut?
Bagaimana dia mendepani kesulitan tersebut?
Allah sebut dalam Surah Ali-Imran, ayat 139
وَلَا
تَهِنُوا۟
وَلَا
تَحْزَنُوا۟
وَأَنتُمُ
ٱلْأَعْلَوْنَ
إِن
كُنتُم
مُّؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,
sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.
Ya si pengecut, yang begitu berseni dalam membuat alasan untuk menutupi kemalasan diri.
Tapi si pemberani.
Berani mengaku kesilapannya.
Malah berterima kasih pada yang menegurnya.
Berani berkata benar.
Kerana tidak ada yang benar mealainkan perkara yang benar.
Kau mahu tahu?
Kata Nabi, wanita terbaik adalah wanita Quraisy.
Kerana mereka si pemberani yang pintar mengendali kuda dan anak-anak.
Wanita ansar juga tidak kurangnya.
Pemberani dalam menuntut ilmu.
Tanpa segan silu bertanya pada Rasulullah apa-apa yang tidak diketahui
Kau pernah dengar penyakit 'wahn'?
Penyakit yang menimpa ummat kita pada hari ini.
Iaitu cinta pada dunia dan takut akan mati.
Dan ketika kita punya perasaan takut mati, itu petanda kita terlalu cinta pada dunia.
Ketahuilah.
Keberanian itu milik si dia yang istiqamah.
Memegang teguh pada sesuatu hingga akhirnya.
Istiqamah, tuntutan yang membuat rambut nabi langsung beruban selepas ayat itu diturunkan.
Betapa beratnya tuntutan disebaliknya.
Si pemberani itu, islamnya pada amalan.
Dan amalannya berdasarkan ilmu.
Kerana tanpa ilmu, istiqamah itu mustahil.
Si pemberani.
Adalah dia yang kuat menanggung beban.
Kuat mendepani apa yang di hadapan.
Dia muslim yang mengimani Allah dan Rasul sebagai tujuan.
Ada masa dia kelihatan seolah tidak penat.
Kerana dia yakin rehatnya nanti di Syurga.
Maka dia belumba melakukan amal.
Si pemberani.
Adalah dia yang teliti menyimpan rahsia.
Kau ingat kisah Huzaifah Bin Yaman?
Bagaimana teliti Huzaifah menjaga amanah Rasul.
Atas perintah Rasul, Huzaifah mencatit nama-nama ummat yang Rasulullah kategorikan munafik.
Hingga saat Abu Bakar bertanya "Adakah aku dalam kategori itu?"
Huzaifah tetap teguh menyimpan rahsia.
Si Pemberani.
Adalah dia yang menahan marahnya.
Dia mengimani bahawa muslim yang paling kuat adalah yang mampu menahan amarahnya.
Kau masih ingat kisah Ali bin Abi Talib dengan yahudi yang meludahnya?
Iaitu ketika ada satu saat semasa Saidina Ali hampir membunuh yahudi itu,
lantas si yahudi meludahnya.
Langsung Saidina Ali membatalkan hasrat membunuh Yahudi itu.
Kerana bimbang niatnya bukan lagi membunuh kerana Tuhan.
Tapi membunuh kerana rasa amarah.
Pemberani.
Iaitu dia yang teguh menjaga ke'izzah'an agamanya.
Mentaati perintah Tuhannya.
Tetap teguh mengamalkan sunnah Rasulnya.
Menjadi 'guhuraba' di akhir zaman.
Dia yang menyeru pada kebaikan.
Mencegah kemungkaran.
Sensitif dengan kemaksiatan.
Wallahua'lam.
Sekian catatan mengenai Menjadi Pemberani. Tulisan ini adalah hasil catatan dari Jalasah Ruhiyah Muslimah Univeristas Indonesia dengan tajuk "Asy-Syaja'ah, Jadikan Dirimu Muslimah Pemberani oleh Ustzah Rufidah.
14 Nov 2015
Lantai 2
Masjid Ukhuwwah Islamiah (MUI), Kampus UI Depok
Moga kitalah si pemberani itu. Betapa hebatnya peribadi insan-insan yang mampu merasakan ketakutan hanya pada Allah. Kebergantungan hanya pada Allah. Sifir yang mudah disebut dibibir, berulang-ulang kali, tapi pengaplikasiannya mengambil seluruh masa kehidupan. Berapa ramai yang mampu menjadi pemberani yang berani menegur kemaksiatan di hadapan mata??
Menyeru kepada kebaikan itu masih mudah, kita masih mampu bermanis wajah, saat ajakan ditolak tapi mengatakan tidak, mencegah, menegur kemaksiatan yang dilakukan diri dan orang sekitar apa lagi ahli keluarga atau kenalan rapat adalah sesuatu yang amat payah. Tapi si pemberani, rasa takutnya pada Allah sudah cukup menjadikan dia optimis, sentiasa tenang dan yakin.
Dan pesan ustazah, menjadi pelik bukan matlamat kita yang sebenar. Tapi dalam pada usaha kita menjalankan perintah Tuhan dan kita terlihat pelik maka itu wajar. Bisa saja orang terlihat pelik kerana melakukan perkara-perkara yang luar biasa atau menyalahi adat setempat. Tapi ya, itu bukan 'pelik' yang kita inginkan.
Pesan ustazah lagi, untuk menjadi pemberani amalan-amalanya perlu mantap. Hubungan baiknya dengan Allah perlu dibina. Minima kata Nabi kalau ingin tergolong dalam golongan yang tidak lalai, harus tilawah Al-Quran 50 ayat sehari. Ustazah sarankan jadikan tilawah Surah Ar-Rahman, Al-Waqiaah, Ad-Dukhan, Muhammad, Yaasin, Al-Mulk dan As-Sajdah sebagai surah bacaan harian. Dan sebagaimana Nabi yang Allah janjikan syurga istighfarnya tidak kurang 70 kali sehari, maka kita seharusnya menjadikan itu contoh.
Salam ingatan,
rumaisha_aya,
Puri Alamanda, Depok.
No comments:
Post a Comment