Thursday, 26 November 2015

Memantaskan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita hari ini. Khamis. 26 November 2015. Mencari-cari program untuk mengisi masa dan menambah ilmu, alhamdulillah ternampak poster ni. Kajian Pra Nikah oleh Ust Hilman Rosyad anjuran FPPI FIK UI. Forum Pengkajian dan Pengamalan Islam Fakulti Ilmu Keperawatan UI



Tajuknya menarik iaitu memantaskan diri,menunggu dia yang istimewa. Hmm, umur-umur begini, ya wajarlah soal ini menjadi salah satu perkara yang harus dibincangkan. :)

Dan untuk kesekian kalinya hari ini, Allah buktikan, yakinlah dengan Dia, betulkan niat, Allah akan bantu. Aku yang memang tak pernah ke FIK, tapi nekad juga nak pergi , sampai je sana,terus terserempak dengan ada sorang akak yang nak ke sana juga. Pergh mmng jalan nak ke tempat program tu berliku2, agak2 rasanya boleh sesat la kalau takde orang tunjuk. Pokoknya, jangan pernah cari alasan untuk tidak melakukan kebaikan, untuk tidak menghadiri majlis-majlis ilmu. Dan saat kita bicara soal masa, sampai bila pun kita tak akan punya masa lapang, jika kita yang tidak melapangkannya untuk ilmu dan melakukan kebaikan. Bak kata mba vivin (naqibah aku sepanjang di UI) kalau masa kita masih sebagai mahasiswa ni kita dah beri alasan sibuk dan sebagainya untuk beramal, apa lagi nanti saat kita dah punya komitmen dalam keluarga dan masyarakat.

Berbalik pada tajuk yang dibincangkan. Memantaskan diri membawa maksud bagaimana dan apa persediaan kita untuk menjadikan diri kita 'Menantu Pilihan' atau 'Calon Pilihan'. Dan saat berbicara soal perkahwinan atau alam rumahtangga, persoalan inilah yang harus menjadi kayu ukur sama ada kita telah beanar-benar bersedia atau tidak. Kata ustaz, ambil cermin untuk lihat setiap sisi dari diri kita. Pantaskah?

Antara pesan ustaz, yang pertama adalah antara kriteria si gadis yang telah bersedia untuk membina rumahtangga adalah MAMPU MERAWAT DIRI. Maksudnya, menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Banyak kes-kes ibu-ibu muda yang mengalami masalah rahim dan sebagainya berpunca dari pemakanan atau kesihatan si ibu yang tidak dijaga ketika remaja. Oleh itu, pesan ustaz, amalkan pemakanan sunnah, kurangkan makanan-makanan segera, makan pada waktunya, pengambilan makanan yang seimbang dan paling penting makan makanan yang halalan tayyiban ( halal lagi baik ). Untuk aku yang tak berapa kerap makan sayur dan buah, nah ini sebagai teguran.

Kedua, pesan ustaz MILIKI SIFAT TANGGUNGJAWAB. Kerana perkahwinan adalah sebuah komitmen yang makan masa seumur hidup. Ia tanggungjawab yang sangat besar. Maka antara persediaan yang terpenting adalah belajar bertanggungjawab. Bertanggungjawab pada diri, dengan menimba ilmu untuk meningkatkan pengetahuan dan amal, bertanggungjawab pada keluarga dengan menjadi penyejuk mata ibu dan ayah, mengambil tahu perkembangan ahli keluarga serta tidak lokek membantu dan memberi nasihat, bertanggungjawab pada Tuhan dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi maksiat. Termasuklah dalam mentaati perintah Allah adalah dengan solat di awal waktu. Antara amal yang aku kira untuk melaksanakannya perlu mujahadah yang tinggi. Dan kalau bicara soal tanggungjawab, banyak sekali sebenarnya. Tanggungjawab sebagai pelajar, sahabat, anak, jiran, pemimpin dan sebagainya. Semua tanggungjawab ini perlu dilaksanakan serentak. Nah, kalau diri sendiri aja, belum mampu bertanggungjawab, bagaimana saat sudah mendirikan rumahtangga?

Ketiga, pesan ustaz BINA PERIBADI YANG BOLEH MEMBUAT IBU DAN AYAH MEMPERCAYAI KITA. Nah kalau untuk point ini menurut aku, jadi anak yang soleh dan bertanggugjawab sudah cukup membuat ibu dan ayah kita percaya pada kita untuk maju setapak ke arah pembinaan baitul muslim. Ibu dan ayah, bukan insan yang boleh kita bohongi. Gerak geri kita mampu ditafsirkan. Apa yang dalam hati mampu ditebak.

Keempat, pesan ustaz, KITA HARUS MEMILIH MENJADI YANG BAIK DAHULU KEMUDIAN BARU BERHARAP MENDAPAT YANG BAIK. Soal siapa jodoh kita? adalah soal yang tak perlu dirisaukan. Itu kerja Tuhan. Soal bilakah masa yang sesuai? Itu juga kerja Tuhan. Tugas kita memantaskan diri. Berusaha menjadi baik dari hari ke hari demi Tuhan.

Sekian, sebab ustaz nak cepat ada pengajian ditempat lain, ini antara point-point yang sempat ustaz kongsikan.

Terakhir untuk entri kali ini.




Kesimpulannya, memantaskan diri adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal. Pantaskan diri menjadi hamba Tuhan yang mulia. Didik diri untuk menjadikan cinta Allah melebihi segala apa pun. Jangan ada kerinduan yang melebihi kerinduan bertemu Tuhan di akhirat kelak. Pengawalan emosi, pembahagian masa, sifat tolak ansur, bersederhana, berlapang dada, saling memahami, menaruh kepercayann, kesetiaan, tidak mementingkan diri, menjadikan kebahagiaan orang lain adalah juga kebahagiaan kita dan banyak lagi seni-seni rumahtangga yang perlu kita pelajari dari sekarang. Sifat-sifat ini takkan datang terus tanpa pelatihan. Selamat memantaskan diri ikhwah dan akhawat fillah!

Percayalah.
Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Kalau dah jodoh, pasti bertemu.

Pada masa yang tepat, 'si dia' yang tepat akan hadir dalam hidupmu. ^^






Sunday, 15 November 2015

Menjadi Pemberani

Si pemberani.
Iaitu dia yang hanya takut pada Tuhannya.
Yang takutnya pada hal-hal dunia sentiasa di bawah rasa takut pada Tuhan.
Nah, kerana takut pada Tuhannya menjadi yang pertama,
tiada apa yang bisa menggugahnya.

Si pemberani.
Adalah karakter seorang muslim.
Ia merupakan tuntutan iman.
Kerana yang membezakan muslim dengan yang lainnya adalah di saat dia menghadapi kesulitan.
Lalu bagaimana reaksi awalnya?
Bagaimana dia menerima kesulitan tersebut?
Bagaimana dia mendepani kesulitan tersebut?
Allah sebut dalam Surah Ali-Imran, ayat 139

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
 
Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.

Ya si pengecut, yang begitu berseni dalam membuat alasan untuk menutupi kemalasan diri.
Tapi si pemberani.
Berani mengaku kesilapannya.
Malah berterima kasih pada yang menegurnya.
Berani berkata benar.
Kerana tidak ada yang benar mealainkan perkara yang benar.

Kau mahu tahu?
Kata Nabi, wanita terbaik adalah wanita Quraisy.
Kerana mereka si pemberani yang pintar mengendali kuda dan anak-anak.
Wanita ansar juga tidak kurangnya.
Pemberani dalam menuntut ilmu.
Tanpa segan silu bertanya pada Rasulullah apa-apa yang tidak diketahui

Kau pernah dengar penyakit 'wahn'?
Penyakit yang menimpa ummat kita pada hari ini.
Iaitu cinta pada dunia dan takut akan mati.
Dan ketika kita punya perasaan takut mati, itu petanda kita terlalu cinta pada dunia.

Ketahuilah.
Keberanian itu milik si dia yang istiqamah.
Memegang teguh pada sesuatu hingga akhirnya.
Istiqamah, tuntutan yang membuat rambut nabi langsung beruban selepas ayat itu diturunkan.
Betapa beratnya tuntutan disebaliknya.

Si pemberani itu, islamnya pada amalan.
Dan amalannya berdasarkan ilmu.
Kerana tanpa ilmu, istiqamah itu mustahil.

Si pemberani.
Adalah dia yang kuat menanggung beban.
Kuat mendepani apa yang di hadapan.
Dia muslim yang mengimani Allah dan Rasul sebagai tujuan.
Ada masa dia kelihatan seolah tidak penat.
Kerana dia yakin rehatnya nanti di Syurga.
Maka dia belumba melakukan amal.

Si pemberani.
Adalah dia yang teliti menyimpan rahsia.
Kau ingat kisah Huzaifah Bin Yaman?
Bagaimana teliti Huzaifah menjaga amanah Rasul.
Atas perintah Rasul, Huzaifah mencatit nama-nama ummat yang Rasulullah kategorikan munafik.
Hingga saat Abu Bakar bertanya "Adakah aku dalam kategori itu?"
Huzaifah tetap teguh menyimpan rahsia.


Si Pemberani.
Adalah dia yang menahan marahnya.
Dia mengimani bahawa muslim yang paling kuat adalah yang mampu menahan amarahnya.
Kau masih ingat kisah Ali bin Abi Talib dengan yahudi yang meludahnya?
Iaitu ketika ada satu saat semasa Saidina Ali hampir membunuh yahudi itu,
lantas si yahudi meludahnya.
Langsung Saidina Ali membatalkan hasrat membunuh Yahudi itu.
Kerana bimbang niatnya bukan lagi membunuh kerana Tuhan.
Tapi membunuh kerana rasa amarah.


Pemberani.
Iaitu dia yang teguh menjaga ke'izzah'an agamanya.
Mentaati perintah Tuhannya.
Tetap teguh mengamalkan sunnah Rasulnya.
Menjadi 'guhuraba' di akhir zaman.
Dia yang menyeru pada kebaikan.
Mencegah kemungkaran. 
Sensitif dengan kemaksiatan.

Wallahua'lam.

Sekian catatan mengenai Menjadi Pemberani. Tulisan ini adalah hasil catatan dari Jalasah Ruhiyah Muslimah Univeristas Indonesia dengan tajuk "Asy-Syaja'ah, Jadikan Dirimu Muslimah Pemberani oleh Ustzah Rufidah.

14 Nov 2015
Lantai 2
Masjid Ukhuwwah Islamiah (MUI), Kampus UI Depok

Moga kitalah si pemberani itu. Betapa hebatnya peribadi insan-insan yang mampu merasakan ketakutan hanya pada Allah. Kebergantungan hanya pada Allah. Sifir yang mudah disebut dibibir, berulang-ulang kali, tapi pengaplikasiannya mengambil seluruh masa kehidupan. Berapa ramai yang mampu menjadi pemberani yang berani menegur kemaksiatan di hadapan mata??

Menyeru kepada kebaikan itu masih mudah, kita masih mampu bermanis wajah, saat ajakan ditolak tapi mengatakan tidak, mencegah, menegur kemaksiatan yang dilakukan diri dan orang sekitar apa lagi ahli keluarga atau kenalan rapat adalah sesuatu yang amat payah. Tapi si pemberani,  rasa takutnya pada Allah sudah cukup menjadikan dia optimis, sentiasa tenang dan yakin.

Dan pesan ustazah, menjadi pelik bukan matlamat kita yang sebenar. Tapi dalam pada usaha kita menjalankan perintah Tuhan dan kita terlihat pelik maka itu wajar. Bisa saja orang terlihat pelik kerana melakukan perkara-perkara yang luar biasa atau menyalahi adat setempat. Tapi ya, itu bukan 'pelik' yang kita inginkan.

Pesan ustazah lagi, untuk menjadi pemberani amalan-amalanya perlu mantap. Hubungan baiknya dengan Allah perlu dibina. Minima kata Nabi kalau ingin tergolong dalam golongan yang tidak lalai, harus tilawah Al-Quran 50 ayat sehari. Ustazah sarankan jadikan tilawah Surah Ar-Rahman, Al-Waqiaah, Ad-Dukhan, Muhammad, Yaasin, Al-Mulk dan As-Sajdah sebagai surah bacaan harian. Dan sebagaimana Nabi yang Allah janjikan syurga istighfarnya tidak kurang 70 kali sehari, maka kita seharusnya menjadikan itu contoh.

Salam ingatan,

rumaisha_aya,
Puri Alamanda, Depok.