Alhamdulillah berkesempatan juga menjadi fasi untuk program Gerbang Pra Siswa anjuran YADIM bagi negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perasaan?
Macam-macam. Gembira sebab dapat share ilmu dan pengalaman. Puas sebab dah 1 sem tak jadi fasi program. Sebak gak nak berpisah. Seronok dapat kenal kawan dan adik-adik baru. Cuma terkilan sikit sebab tak puas dengar cerita adik-adik and ada beberapa part tak beri yang terbaik. Huhu
Dan kali ini aku ingin berkongsi kenapa aku suka sangat bidang kefasilitatoran dan sejarah aku dalam bidang ini. Cehhh.hehe.
Seingat aku, kali pertama jadi fasi adalah waktu zaman sekolah menengah, tak silap tingkatan 3, bile ust Amir minta kiteorng jadi fasi untuk program-program kem solat untuk pelajar sekolah rendah. Dan waktu tu, takyah fikir modul bagai, sebab pihak sekolah dah siap sediakan modul, kiteorang kene jadi fasi je. Dan mungkin kerana aku kak long yang ade ramai adik, jadi berinteraksi dengan budak-budak tak pernah membosankan. Dan seingat aku, pernah ade kes budak kencing waktu tengah program la, sekolah yang kiteorng p tu minoriti muslim la, pastu kene solat kat bilik kecil dan macam-macam. Banyak jenis sekolah rendah jugak lah tapi tak silap semua temanya solat.
Seterusnya naik tingkatan 4, aku dilantik sebagai naqibah untuk kumpulan usrah. Dan di sini sebenarnya ruang aku menggilap lagi kemahiran sebagai fasilitator. Latihan memahami manusia, menyelami hati, menjadi pendengar setia dan melontar idea serta berkongsi ibrah-ibrah kehidupan. Dan dalam tahun itu juga, aku merupakan PRS sekolah. Bukan power rangers atau perosak seperti yang selalu diguraukan oleh budak-budak sekolah tapi Pembimbing Rakan Sebaya. Menjadi PRS memberi kelebihan kepada aku, bila kami disediakan kursus-kursus kepimpinan dan kemahiran-kemahiran berinteraksi dan memahami orang lain. (saya ingat lagi tau lagu PRS sampai hari ni. ^^)
Dan dalam masa yang sama juga aku memegang jawatan sebagai ahli Badan Dakwan& Rohani atau BADAR. Menjadi ahli BADAR yang perlu mengurus dan mentarbiyyah adik-adik juga banyak membentuk peribadiku sebagai seorang pendidik atau fasilitator. Aku masih ingat sampai aku akan bahagikan jadual aku kepada beberapa bahagian, ada masa aku akan luangkan masa dengan junior, ziarah bilik dorang ke, makan dengan dorang ke, ada masa aku akan luangkan masa untuk bersama senior, dan sebahagian masa lagi bersama kawan-kawan sebaya. Semua ini aku lakukan bagi membina hubungan yang erat sesama semua pelajar. Kerana aku memegang konsep setiap hati manusia itu punya kunci yang tersendiri, dan untuk membuka hati kunci manusia itu, kita perlu kunci yang tepat. Dan bila dah ada hubungan yang erat, atau dengan kata lain dia tahu yang kita sayang dia dan hormat dia, dia akan mudah untuk terima teguran-teguran kita. ( I kakak Badar yang garang juga tau kadang2, hehe) Lagipun rukun usrah kan Taaruf ( kenal-mengenal), Tafahum ( Faham-memahami) dan Takaful (saling bantu-membantu) .Dan inilah yang aku pegang kenal-mengenal. Melatih diri membuang ego dan kepentingan diri, berkenal-kenal dengan semua orang disekeliling aku. Serius kalau ingat balik, proses-proses ini semua bukan senang. Banyak perasaan dan kepentingan yang perlu dikorbankan.
Emmm, ape lagi ye waktu form 4.. Oh ya sebagai senior, menjadi trend atau kebiasaannya kena buat satu program untuk adik-adik form 1. Dan ya waktu ni kami buat kem solat dan aku kene merangka beberapa modul antaranya yang paling aku ingat modul eksplorasi alam. Dan ya ini first time rasenye aku kene buat modul sendiri. Alhamdulillah hasil perbincangan dan idea dari kawan-kawan juga junior waktu tu Rahmi nama die, ( hehe, jenuh perah kepala otak nak ingat nama awak) modul ni terhasil. Modul ni pasal peralihan 7 alam manusia iaitu dari alam ruh sampai alam barzakh. Antara modul yang aku rase best tp aku tak pernah guna lagi semula sampai sekarang.
Pastu lebih kurang la waktu form 5 pun. Jadi fasi untuk orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1. Waktu ni pun aku dah start berjinak-jinak dengan keje-keje merangka modul. Act, sebenarnya thnx to KRUKK atau panjangnye Kelab Remaja Ukhwah Kota Kinabalu dan PSS iaitu Persatuan Siswazah Sabah yang banyak mengajar dan mengenalkan aku kepada bagaimana merangka modul dan mengasah skill sebagai seorang fasilitator. Dua persatuan ini adalah NGO luar bukan bawah pihak sekolah. Seingat aku, waktu form 4 aku dah start join program-program dorang bila waktu cuti sekolah. Antara program-program dorang yang aku ingat adalah Kem Remaja Islam dan Qiamullail bulanan.
Dan sejarah kefasilitatoran aku bersambung dan semakin terasah waktu selepas SPM. Disebabkan sebab-sebab tertentu, aku tak kerja dan hanya fokus kepada mengambil lesen kereta waktu tu. Dan disebabkan kelapangan waktu itu, aku menyibukkan diri dengan KRUKK. Mengadakan program-program untuk anak-anak muda sekitar KK. Dan waktu ini aku mengasah bakat kefasilitatoran aku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu bukan sekadar menjadi fasi sahaja malah perlu merangka modul untuk program-program besar dan melatih fasi-fasi lain.Waktu ni memang ke sana ke sini, join program sana, program sini, dapat jemputan buat program kat sekolah la, kene berbakti semula kat sekolah lama lah masa induksi BADAR adik2 sampai lah 2 hari sebelum aku nak terbang ke KL untuk sambung STPM. Dan aku masih ingat program terakhir aku waktu tu adalah kem hafazan untuk adik-adik sekolah rendah dekat Sek Tahfiz bandar Siera. Dan ingat lagi waktu ni memang taktau pun yang bidang ni sebenarnya bidang yang kita boleh dapat duit. Sebab kebanyakannya kiteorang jadi fasi tanpa sebarang bayaran.
Seterusnya melangkah ke STPM. Aku merindui masa-masa 'memberi'. Masa-masa aku berinteraksi dengan jiwa-jiwa muda, jiwa-jiwa yang dahagakan nasihat dan perhatian. Dan Allah ubat kerinduan tu, bila senior pilih aku dan beberapa orang kawan 6 rendah untuk handle kem solat untuk adik-adik sekolah rendah. Dan waktu ni aku belajar dari kawan-kawan baru ni bagaimana mereka merangka modul dan menjadi fasilitator.
Kisah ini diteruskan dengan perkara yang sama. Lebih kurang seperti aku di tingkatan 4 dan 5. Ditugaskan menjadi naqibah dan ketua pelajar, mengasah kemahiran aku menyantuni manusia. Melihat dan belajar mengerti apa yang dalam hati manusia. Dengan pelbagai rutin harian di sekolah yang memang secara tidak langsung menyubur jiwa pendidik dan pemimpin. Ditambah dengan kursus dan seminar yang disusun oleh guru-guru memang terbaik. Antara yang paling aku ingat seminar bercakap dengan Abang Bad ( mudir rancangan adik-adikku TV1). AKu semakin cinta bidang ini. Dan aku makin menyedari aku adalah insan yang puas dan seronok bila perlu bekerja dengan manusia, bukan dengan komputer dan lain-lain. Kerana memahami manusia adalah satu seni, dan ia bukan satu kemahiran yang boleh diperolehi dengan sekali kursus atau sekali pengalaman tapi ia perlu pengalaman berkali-kali dan ilmu yang benar serta hati yang ikhlas ingin berkongsi.
Selepas tamat STPM, aku bekerja sebagai seorang guru tadika di Tadika Khalifah Bestari Bangi. Mengajar anak-anak kecil yang berusia 4-6 tahun. Pengalaman yang indah walaupun memenatkan. Di sini aku melatih diri untuk bercakap atau berkata selaras dengan pemikiran orang yang ingin disampaikan. Kerana sasaranku kanak-kanak, maka aku belajar untuk menyampaikan sesuatu dengan gaya yang sangat-sangat simple. Perkara yang sama apabila ku kongsikan dengan orang dewasa, ku kongsikan juga dengan anak-anak ini tapi dengan gaya yang sangat-sangat ringan. Antaranya cerita-cerita tentang kelebihan Ramadhan, perintah solat dan sebagainya. Dan apa yang best jugak, di sini aku diberikan kursus-kursus berkaitan ilmu psikologi diajar bagaimana mengenali karakter kanak-kanak dan bagaimana mengetahui kecenderungan mereka dan seterusnya bagaiamana cara yang sesuai mendekati setiap dari mereka. Perghhhh. Sebab aku guru pusing, means kene ajar semua kelas, maka aku perlu menganalisa dan mengenali setiap dari mereka. Seingat aku pelajar yang umur 5 tahun ada 4 kelas, pelajar 6 tahun ada 4 kelas. Setiap kelas dalam 20 lebih pelajar. But what I can say is I really love this work. Sampai hari terakhir aku kerja, aku paling ingat bila pengurus tadika aku cerita ada sorang budak laki yang agak 'nakal' yang aku rasa kehadiran aku tak beri kesan pun dalam hidup dia, moody taknak keluar kereta, taknak buat apa-apa dan tanya mak dia "mak kalau masuk universiti ni lama ke?" sebab dia sedih aku nak berhenti sambung belajar kat U. T_T
Dan seterusnya melangkah ke alam Universiti, pucuk dicita ulam mendatang la bile senior PMAPIUM, jemput jadi fasilitator untuk program Syoknya Solat. itu yang pertama dan alhamdulillah seterus2nya dapat peluang untuk join beberapa consultant dengan modul yang pelbagai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Plus bebrapa persatuan yang aku join juga sering mengadakan program-program yang memerlukan khidmat fasilitator. Hampir setiap bulan ada program. Dan hingga hari ini aku akan terus berusaha untuk menjadi fasilitator yang baik. Dan doakan aku semoga cita-cita aku untuk punya consultant sendiri terlaksana.
Em kenapa aku suka bidang ini dan faedah yang aku dapat lain kali aku kongsikan ye. Dah panjang pulak. Kali ini cuma sebatas sejarah dan suka duka aku dalam bidang ini. Moga sedikit sebanyak menginspirasi kalian. Cuma pesan aku untuk kawan-kawan yang rasa rendah diri dan takde ilmu nak jadi fasi, ketahuilah kawan, takde orang lahir terus pandai dan takde orang lahir untuk jadi tak pandai. Menjadi fasilitator memerlukan kemahiran. Ia memerlukan ilmu dan pengalaman. Bacalah buku atau artikel ilmu-ilmu memahami manusia. Kalau target kanak-kanak baca buku memahami kanak-kanak, kalau untuk remaja baca buku tentang remaja. Letakkan diri kita di tempat mereka, fasi bagaimana yang kita inginkan. Dan joinlah apa-apa program yang boleh menambah kemahiran diri. Untuk adik-adik sekolah yang baca tulisan akak ni, don't ever skip any program pembentukan diri yang sekolah sediakan. Masa sekolah je dapat join program best free, dah besar ni semua bebayar. Buat kawan-kawan, jangan rasa rugi untuk melabur seratus dua untuk gilap kemahiran diri dan act banyak jugak program-program percuma yang dianjurkan oleh pihak universiti dan persatuan-persatuan yang ada, rebutlah peluang-peluang itu. Seringkali yang membezakan kita dengan orang lain adalah kita ambil peluang yang di depan mata atau membiarkan ia begitu sahaja.
Wallahua'lam.
Rumaisha_aya
12.16 am3 Februari 2016
Riching Hilir








No comments:
Post a Comment