Friday, 19 August 2016

Nostalgia Nasyid SLAD 2007 SMAKK (Puteri F2)

PENYESALANKU

Sekian lama kupendamkan
Rasa kesalku di hati ini
Ternoda dicemari dadah berbahaya
Terleka di dunia yang gersang

Namun aku akui
Keseronokannya tiada terhingga
Tidak tersedar diri dizalimi
Murkanya Allah tidak kuhiraukan

Kini aku
Seorang musafir
Merantau mencari sinar hidayah
Bangkit dari lembah kehinaan
Agar aku tergolong dalam kemuliaan

Ya Rabbi
Aku datang padamu
Membawa diri yang kerdil ini
Jauhkanku dari kehinaan dadah
Bagi membina hidup sejahtera
Agar hidupku diterangi sinar keinsafan

Wahai Taulanku
Dadah mencemari akidahmu
Juga punca segala dosa
Ingatlah pada Rabbal Alamin
Kelak hidupmu cemerlang tanpa dadah


SLAD 2007


Nasyid ini kami cipta sempena program berkaitan anti-dadah. Waktu ni kami F2. Lagu ni kami cipta sendiri tau, dari lirik hingga ke melodi. Pertandingan rasanya,bukan persembahan. Hehe, hafal sampai hari ni. 

Thnx kawan2. Tak ingat sangat sape yang join sebab rase mcm 1 batch participate. Yang ingat Reena jadi solo kan. :) 

No comments:

Post a Comment