Monday, 3 November 2014

.RENDAH DIRI.

Bismillahirrahmanirrahim..

Tawadhuknya dia,
rendah diri pakaiannya,
aku terlalu mencemburuinya,
aku juga ingin jadi begitu,
menabur tanah di atas kepala,
menunduk hati,
merendah jiwa,
biar tinggi ilmunya,
biar banyak jasanya,
dia tetap dia,,
walau layak dipuji,
walau berhak disebut-sebut baktinya,
tapi itulah dia,
terus menunduk menafi diri,
aku cuba untuk jadi sepertinya,
tapi aku tertanya bagaimana caranya,
ah pergi kau syaitan,
berambuslah rasa bangga, 'ujub' sum'ah, riya',
dunia ini tiada apa untuk kau banggakan,
khayalan semata,
saat kau cuba genggam ia, kau jadi kecewa,
kerana ternyata ia palsu,
tak mampu kau gapai,
jangan kau tertipu wahai diri,
apa yang kau ada semua milik Dia,
syukurlah kau diberi pinjam,
maka adat meminjam bagaimana?


Rumaisha_aya
1.26 am
4 Nov 2014
c209


Saturday, 18 October 2014

AKU BENCI DIRI AKU!

Dengan namaMu aku menulis.
Menulis tentang kebencian aku terhadap diri aku.

Aku benci diri aku
saat aku tak mampu menahan amarahku,
menutur kata yang meghiris jiwa mereka,
melukakan hati-hati insan yang aku sayangi,
membiar rajuk mereka tanpa kupujuk,
egonya aku.

Aku benci diri aku
saat aku membuang waktuku,
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah,
membuat maksiat seolah tiada tuhan melihatku,
malah terasa seronok dan nikmat dengan 'kesalahan2' itu,
seolah aku tidak punya apa-apa tanggungjawab,
seolah hari esok aku pasti yang aku masih hidup.

Aku benci diri aku,
saat aku berprasangka buruk pada insan sekitarku,
saat aku mementingkan diri sendiri,
saat aku tidak ambil kisah pada tangisan insan sekitarku,
saat aku tidak mempedulikan kegusaran sahabatku,
saat aku membalas sapaanmu dengan jelingan,
saat aku menjawab pertanyaanmu dengan herdikan,
saat aku membentak menzahirkan ketidak puasan hati.

Aku benci diri aku,
tika aku diam membatu melihat kejahilan berleluasa,
tika aku diam membatu tidak melakukan apa-apa,
tika aku pejamkan mata, pekakkan telinga membiar kejahilan beraja,
tika aku hanya mampu melakukan selemah-lemah iman,
hanya membenci di dalam hati.

Aku benci diri aku,
saat aku terlalu meletak harapan pada manusia,
saat aku meletakkan pergantungan pada manusia,
saat aku menjadi begitu pemarah,
saat aku menjadi begitu pemalas,
saat aku tidak mampu sabar,
saat aku menjadi begitu penakut,pengecut.

Aku benci diri aku,
tika aku lupa dari mana asalku,
tika aku alpa akan tujuan hidupku,
tika aku leka dengan kilauan palsu dunia,
tika aku lupa siapa Tuhanku,
tika aku lupa penat lelah nabiku,
tika aku lupa pada kasih sayang ibubapaku.


Kerana aku sedar aku manusia yang tidak terlepas dari kesalahan, kesilapan juga kekhilafan.
Maka kebencian ini untuk aku bermuhasabah, agar tidak melakukan perkara-perkara yang aku benci pada diriku.
Kebencian seringkali menghancurkan, tapi kebencian yang ini aku mahu kau ingat.
Saat kau kata benci, sanggup kau lakukan lagi???


wallahua'lam.







Tuesday, 16 September 2014

Koleksi Status FB saya ( 9 )

Berkata seorang salafussoleh:
Kaum salaf biasa berdoa selama 6 bulan agar sempat bertemu dngn Ramadhan. Kemudian mereka berdoa selama 6 bulan pula agar amalan mereka pd bulan Ramadhan diterima.Itu yg mereka lakukan.
~semuanya tentang Ramadhan~ ( 1 ogos 14 )


Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:
Keperluan manusia kepada ilmu jauh lebih besar berbanding keperluan makanan & minuman. Sebab makanan & minuman diperlukan manusia sekali atau 2 Kali dalam sehari. Sedangkan ilmu diperlukan manusia setiap tarikan nafasnya.

~ilmu bukan saja dr buku dan ceramah, tp juga dr pengalaman & alam
#jomjadiberilmu ( 2 Ogos 14 )


Kau pakai la tudung jenis apa pun, fesyen apa pun, belit la macam mana pun, jenama apa pun, muka kau tetap akan sama takkan berubah. Kau adalah kau, maka tersenyumlah dan tenanglah mengetahui hakikat itu. Bersederhanalah dlm berfesyen.( 3 ogos 14 )


Dulu waktu nak SPM & STPM, ada satu ruang kat belakang diari aku, aku akan tulis DENDAM SPM & DENDAM STPM. Semua benda yg aku nak buat, tp Tak boleh buat sebab kena study, aku akan tulis kat situ. Sekecil-kecil perkara macam nak baca semua novel & buku, nak download lagu, nak tengok movie. Hehe  So bila rasa nak lalai je, aku tengok balik list dendam aku. Aku bayangkan saat dah habis exam & aku boleh lunaskan satu persatu dendam aku.

~All the best adik2 yg bakal menduduki UPSR, PSRA, PT3, Azhari Tingkatan 4 ( SMA kot namanya ) SPM, STPM, STAM dan apa sahaja exam dunia, namakan saja. Usaha semaksima, jaga hubungan dgn Allah. Aku boleh ckp kejayaan pasti milik kau. Bergantung pd definisi kejayaan kau la.. ^^ ( 5 Ogos 14 )


Tiada iman bagi orang yang tidak amanah,
Tiada agama bagi orang yang tidak memegang janji. ( 7 Ogos 14 )


Hijab.
Memakainya.
Tanda sayang pada diri.
Tanda kasih pada walid.
Tanda cinta pada suami.
Tanda taat & akur pada Tuhan.

Hijab.
Buat kau nampak indah.
Lembut sopan menutur bicara.
Halus budi bahasa.
Menunduk hati, merendah diri

Biar bidadari mencemburuimu.
Kau sungguh istimewa dengan hijab & akhlakmu.
Nabi menyayangimu.
Allah malah bangga denganmu.

#HijabMakesYouBeautiful

~hari terakhir di Bukit Tinggi. Semoga projek ni berjalan lancar & mencapai tujuan. Tahniah MTAS & HAS. juga team akhawat. ^^ hijab mempertemukan kita ( 12 Ogos 14 )


Akak, dngr cite 'cheers' UM dahsyat 'sangat' ( kata ganti bagi gilerrr ) !

Em, dahsyat Tak dahsyat lebam jugalah. He. ^^
Tapi bukan itu persoalannya.
Kadang2 ada perkara yang kita Tak mampu nak ubah, maka belajar hidup dengannya.
Tapi Tak bermakna ia Tak perlu diubah, tapi perubahan sering memakan masa.
Lakukan ia dngn cara kita.
Dalam soal ini, rasanya siswa takde masalah sangat kot, anggap je macam bersorak untk rumah sukan macam Kat sekolah dulu2..
Yang siswi sy suka cadangkan carilah ruang yg depan, belakang tepi kita semuanye siswi juga.
Seronok juga buat cheers sbnrnya.
Aku yakin selagi kau punya prinsip diri, kau tahu batasannya.

Tapi bab tiba2 buat cheers potong VIP tngh berucap, em yang ni aku masih cuba cari sudut positifnya. Adab kot bagi aku.

#selamatmasukuni ( 21 ogos14 )


Kita seringkali dengar tips nak cemerlang peperiksaan kena buat soalan2 lepas, paling kurang tengok atau belek pun jadilah. Sifirnya sama dengan hidup ini, nak berjaya, lihat sirah Nabi2, lihat sirah para sahabat. Takkan berjaya ummat di zaman ini melainkan apa yang telah membuatkan umat zaman terdahulu berjaya.
#ohmysirah
#belekbukusirahjanganmalas ( 25 ogos 14)


Belajar Bible sebelum mahir Al-Quran,
Belajar Syiah sebelum mahir Sunni,
Belajar khilafiyyat sebelum mahir fiqh,
Malah belajar mencabut 'skru-skru' agama sebelum mahir beragama.

Yup, kelemahan sistem pembelajaran hari ini.
Benarlah kerisauan ust hasrizal ini.
Ayuh anak muda dalami ilmu sedalam2nya, terutama dalam bidang masing2, ia amanah masyarakat buatmu. ( 26 oGOS 14 )


Aku jumpa ramai orng yg mudah 'kongsi' apa yg dia tahu atau jumpa, tapi aku Tak jumpa ramai orng yg mudah 'amal' apa yg dia tahu atau jumpa.
Eh, aku la orang tu. ( 27 oGOS 14 )

Lakukan apa sahaja perkerjaan 'lillah', kerana Allah, jika tidak pasti lelah!
#kahfitime ( 29 oGOS 14 )


Adakah terbabas itu bebas?
Bebas yang kau canangkan, pastikan membawa kau pada redhaNya. Agar hidup tidak sia-sia.
Salam Kemerdekaan! ^^
#disinilahirnyasebuahcinta ( 30 Ogos 14 )


Merdeka bila kau rasa cukup dengan satu tuhan. Satu yang perlu disembah. Allah Ahad!
Salam kemerdekaan! ( 31 0g0s 14 )


"Tak kira dari mana asal awak yang penting apa yang awak nak jadi."
- Smurfette-
The Smurf 2  ( 31 Ogos 14 )


Seringkali menilai orang lain, hingga lupa menilai diri. Sedang nilaian terhadap diri lah yang lebih utama. Melihat yang jauh, hingga buta pada yang dekat. ( 1 sept 14 )


"Masukkanlah gurauan dalam ucapan sebanyak garam dalam makanan" 
~Saidina Ali ~
Moga Allah pelihara kita dari berlebihan dalam bergurau. Ah, aku Tak dapat bayang bagaimana rasanya makanan yang ditumpahkan garam ke atasnya. ( 2 sept14 )


Bila umi dah keluarkan bagasi besar & kata "umi bukan nak halau, tapi macam dah kena start kemas barang je" ^^
Haha, Baik! Fuh, selamat menyediakan hati & Minda untuk menempuh semester baru! 
Pepatah Arab Kate, kalau awal2 pun Tak semangat, apa lagi di hujung nanti. 
#semangat2 ( 3sept 14 )


Ade orang kate "aku Tak nak berdoa sebab aku malu dngn Allah, amalan aku sikit je".
Maka apa nabi kata tentang orang2 begini.
~orang2 begini malu2 kucing. Maka Allah akan buat perkara yg sama, Allah akan lengahkan permintaan orang itu, kerana Allah suka diminta2.

Maka berdoalah, minta lah apa sahaja. ( 3 sept 14 )


Ade orang kate "aku Tak nak berdoa sebab aku malu dngn Allah, amalan aku sikit je".
Maka apa nabi kata tentang orang2 begini.
~orang2 begini malu2 kucing. Maka Allah akan buat perkara yg sama, Allah akan lengahkan permintaan orang itu, kerana Allah suka diminta2.

Maka berdoalah, minta lah apa sahaja. ( 4 sept 14 )


Singa itu diketahui hebat atau tidaknya ia, daripada rupa tempat tidurnya.
-Pepatah Turki-
#jelingjaptempattidurkite
#kiasanibu2turkibuatanakremajanya ^^ ( 4 sept 14 )


Tidak dimuliakan diri yang tidak pernah merasa terhina.
-imam syafie-
#memecahkeakuan
#menafidiri
#mogamuliadimataTuhan ( 4 sept 14 )


Sejauh mana pun kita rasa diri kita hebat,
Masih ada ketakutan dalam diri,
Sedalam mana pun kita merasakan diri kita gah,
Masih ada yang lebih mengagumkan dari diri kita,
Manusia tetap manusia.
Hanya ciptaan kerdil yang sentiasa menagih ihsan Allah.

Mr London, Ms Langkawi
#kahfitime (5 sept 14 )


10 adab utama penuntut ilmu : Pesan Kiyai Hashim Asy'ari dalam kitabnya Adabul 'Alim wa al-Muta'allim.

1) Membersihkan hati dari segala penyakit hati
2) Membangun niat yang luhur
3) Bersegera & tidak menunda2 waktu
4) Redha & sabar dalam mencari ilmu
5) Menyusun & memanfaatkan waktu
6) Tidak berlebihan dalam makan & minum
7) Bersikap waspada & berhati2 dalam setiap tindakan
8) Tidak mengambil makanan yg menumpulkan kecerdasan akal serta melemahkan organ2 tubuh
9) Tidak tidur terlalu lama
10) Menjauhkan diri daripada pergaulan yg tidak baik

#semesterbaru
#semangatbaru
#pesankawanakubiarbodohilmujanganbodohadab  ( 6 sept 14 )


Bismillah! Dengan namaMu kami melangkah.

Terngiang2 pesanan Dr Azmil ketika di semester 1.
~Ada 2 sebab yang kamu boleh jadikan sebagai niat kamu menuntut ilmu:
1) menghapus kejahilan
2) menegak Islam
#UMkamidatang ^^ ( 7 sept14 )


Adab pelajar terhadap guru:
12 Pesan Kiyai Hasyim Asya'ari dalam kitabnya Adabul 'Alim wa Al-Muta'alim :

1) Memohon petunjuk Allah tentang siapa yg paling baik & sesuai untk menjadi gurunya.
2) Bersungguh2 dlm mencari seorng guru yang diyakini memiliki kefahaman syariat Islam yang mendalam.
3) Patuh kepada gurunya umpama seorng pesakit kepada seorng doktor pakar yang merawatnya. Meminta nasihat gurunya, berusaha mendapat restu gurunya, wajib hormat & berbakti kpd guru dgn sepenuh hati dgn niat mendekatkan diri kpd Allah.

....akan bersambung.

Selamat beramal!
#mogakitatidakbodohadab
#mohoningatkanaku ( 9 Sept 14 )


Kehinaan seorang pelajar dihadapan gurunya adalah suatu kemuliaan,
Kepatuhannya adalah suatu kebanggan,
Kerendahan hati terhadapnya adalah suatu keluhuran.

~ Kiyai Hasyim Asy'ari ~ ( 10sept14 )


Kata-kata adalah bayangan akal, menentukan dalam & dangkalnya.
- HAMKA -  ( 11 Sept 14 )


Meletakkan diri di tempat adik2 UPSR 2014. Sekelip mata, mimpi2 & angan2 yang dipasang bertahun lamanya hancur berkecai umpama kaca yang dicampak ke atas batu. Sedih. Kecewa. Hampa. 472 853 pelajar. Hati2lah dengan doa anak2 ini. Teringat lagi kata Umi pada adikku "UPSR sekali je, give ur best, korban sikit !" Tak kurang usikan kami adik beradik " ala lepas UPSR tengok la tv pagi petang, siang malam, berhenti solat je la, tak makan pun x pe.." Lalu kita muslim, saat ini berlaku, apa yang kita mampu bisikkan pada mereka, adik2 ini?

Terus beri galakan, rawat emosi mereka, mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk, mungkin bukan pada kita, mungkin pada orang2 'cerdik' di atas sana. Mohon & moga celik. ( 11 Sept 14 )



Niqab bukanlah tentang menyembunyikan wajah semata, tapi sebenarnya tentang menyembunyikan hati.
-Acie Wawa-
#kahfitime ( 12 Sept14 )


Di saat kau lelah melihat banyaknya 'kejahatan2' di atas muka bumi ini, pejam matamu, alih pada sisi yang lain, agar kau sedar satu hakikat, masih banyak 'kebaikan2' yang tersisa. Lalu,kau pilih, corak apa yang kau inginkan pada dunia! ( 12Sept 14 )

Aku pilih untuk berhijab.

Bismillah.
Dengan namaMu aku menulis.

Hijab. Tudung. Cadar. Kerudung. Jilbab.



Namakan apa sahaja. Fungsi & tujuannya tetap sama.
Asasnya tuntutan berhijab :




Kalau kita nak lihat dari sudut faedah dari segi sains, kesihatan terlalulah banyak. Tapi bukan itu yang ingin saya bincangkan.

Saya hanya ingin berkongsi kenapa saya memilih untuk berhijab.

Pada saya sebab yang pertama & utama adalah kerana tuntutan syariat itu sendiri. Allah yang cipta kita, maka Allah tahu apa yang terbaik, maka kita selaku yang dicipta, ikut saja. Sebagai tanda kepatuhan & kecintaan pada yang mencipta kita. Pencipta kereta, pasti mengetahui setiap inci dalam ciptaanya, penulis buku pasti mengetahui setiap perkataan dalam tulisannya dan begitu juga sifirnya pada setiap penciptaan & pencipta.

Aku bukanlah seorang yang baik akhlaknya, tinggi peribadi, maka aku memilih untuk berhijab, agar peribadi aku juga terhijab indah. Aku menjadikan ia sebagai latihan aku untuk berbuat baik. Agar tidak timbul fitnah pada muslimah berhijab.

Aku berhijab untuk aku membentuk rasa malu dalam diri. Malu untuk berbuat jahat. Malu untuk sewenangnya bergaul dengan lelaki bukan mahram tanpa batasan. Malu untuk bergelak ketawa dengan lelaki bukan mahram. Malu untuk menjadikan bukan mahram sebagai tempat luahan perasaan. Malu untuk memandang2 lelaki ajnabi. Malu untuk berkata yang keji. Malu untuk mempamerkan diri pada umum. Malu untuk keluar rumah tanpa tujuan yang pasti.

Aku sedar dengan memilih untuk berhijab maka secara rasminya aku menjadi agen pada Islam. Aku membawa imej Islam kemana sahaja aku pergi. Buruknya akhlakku, buruklah imej Islam yang kulihatkan.

Aku berhijab kerana aku tidak mahu di akhirat nanti ayahku diseksa, tidak dapat masuk ke syurga kerana aku yang tidak berhijab. Kerana ayah aku tidak mampu mendidik aku. Oh tidak, bukan salah ayah aku.

Aku memilih untuk berhijab agar jiwaku lebih tenang & damai, kerana kembali kepada Islam adalah suatu fitrah bagi setiap manusia.

Berhijab buat aku rasa lebih dihargai, dihormati, rasa selamat.

Aku memlih untuk berhijab kerana aku melihat wanita2 berhijab itu begitu cantik. Cantik pada fizikal & akhlak. Mereka punya aura yang tersendiri. Aku selalu tersenyum melihat mereka. Rasa bahagia. Aku ingin jadi cantik seperti mereka.


Kerana aku cinta, suka, sayang pada wanita bertudung, tak bermakna aku tidak suka, sayang & cinta pada sahabat2 perempuanku yang tidak bertudung. Wallahi ( demi Allah ), setiap dari kita berhak dihargai, disayangi & dicintai. Tiada sebab untuk kita saling membenci. Maka atas dasar sayang itulah aku merayu sahabat2 wanitaku yang muslim,berjinak2lah dengan tudung.

Aku tahu ada kisah di sebalik dirimu yang menyebabkan kau tidak berhijab, dan maka itu aku kisahkan mengapa aku memlih untuk berhijab.
Aku tahu mungkin kau masih tak sedia untuk berhijab, tapi sahabat cukuplah kau tahu, mati itu bila2 sahaja. Aku akan jadi sahabatmu yang sedih & pilu jika aku tak mampu mengajakmu berhijab sebelum pemergianmu ke Dunia Abadi.
Apa pun alasanmu sahabat, tidak akan pernah menandingi tuntutan Tuhan agar kita berhijab. Pasti ada jalan.
Kau perlu mula untuk cuba berhijab, aku pasti KAU AKAN JATUH CINTA dengan HIJAB itu. <3

Nah, aku hadiahkan lagu Parody Hijab Makes You Beautiful dari Mr The All Shared. Cuba tengok sahabat2 wanita kita yang berhijab dalam video tu. Cantikkan mereka, comelkan mereka, ada ketenangan dan keredupan dari wajah mereka. Sedikit sebanyak lagu ini membuat aku rasa dihargai menjadi seorang wanita muslim yang berhijab. Aku mahu kau sahabatku juga merasakannya. Salam sayang dari aku buatmu.





Wallahua'lam.
Nak jadi orang baik, maka kita harus ikut perbuatan orang2 baik dan aku melihat ramai orang2 baik itu berhijab.

JOM sama-sama berusaha!
Moga Allah redha. ^^

Friday, 12 September 2014

Koleksi Status FB saya ( 8 )

Kita itu boleh punya prinsip, asal jangan fanatik kerna fanatik itu ciri orang bodoh.

Kiyai Dahlan
Sang Pencerah, You tube ( 20 Ogos 14 )


Apakah kita rela ummat kita jauh lari dari agama hanya kerna kita salah memberikan pengertian

Kiyai Dahlan
Sang Pencerah, YouTube ( 20 ogos 14 )


Bile cakap pasal orientasi universiti, aku faham kegusaran korang. Macam apa yang aku risau dulu. Em, mungkin part ni Tak perlu dengar sangat orng lain cakap apa kot, laluinya sendiri, bersedia dngn sebarang kemungkinan & nilailah sendiri, kita MAHAsiswa bukan? 
Bawa hati yang lapang, Tanpa prasangka, melangkah dengan yakin.

#selamatmasukuni ( 20 0g0s 14)


Antara sebab aku suka novel2 Hilal Asyraf & Fatimah Syarha kerana mereka berjaya mewujudkan watak2 yang membawa kasih sayang di mana saja & dlm apa situasi sekali pun. Dan ia bersifat praktikal, tak mustahil dlm dunia realiti. ( 19 ogos 14 )


'Jalan2' Kat Fb, tengok ramai yg post pasal projek Hijab Makes You beautiful, MTAS. Tiba2 teringat waktu nak pergi ke Bukit Tinggi hari tu. Minggu ke 2 raya, dan aku dan keluarga yang baru kali kedua beraya di semenanjung selepas berpindah menggunakan peluang sabtu & ahad untuk ziarah keluarga2 belah umi. Dan kebetulan ahad itu aku akan bertolak ke Kuala Selangor berkumpul dengan akhawat2 yg terlibat untuk rakaman video tu.

Mak cik yg pertama tanya: nak p mana nak naik ktm?
Aku dengan gigih menerangkan tentang projek MTAS tu. ( bukan stkt projek, kena terang sekali siapa MTAS tu, maklumlah Mak cik aku jarang tengok YouTube)
Abah senyum. ( sebab awal2 aku dah terang panjang lebar Kat abah.
Mak cik kedua tanya: nak buat apa p Pahang?
Aku: join kawan buat video ( gigih la lagi terang )
Mak cik ketiga tanya: Pahang Kat mane nak buat video tu?
Aku: Bukit Tinggi ( bnyk lagi la soalan menyusul )
Adik sedara: Wah bestnye jumpa brother2 MTAS.
Aku: senyum je mampu.
Pak cik tanye: buat ape Kat Sana?
Abah tolong jawab: Dayah nak p berdakwah!
Aku: gulpppppp.

Aah kan. Terima kasih abah. Kita akan dpt sejauh mana yg kita niàtkan. Dakwah adalah cinta dan ia sebati dalam kehidupan. Dakwah boleh dilakukan dalam banyak cara. Masakan tidak dakwah îtu seru atau ajak. Macam kàû ajak kawan kau pèrgi makan. Tapi dakwah yang sebenarnya lebih besar dari itu. 
Kata Hassan Al Banna : perbaiki diri & ajak orang lain ke arah kebaikan! 

#HijabMakesYouBeautiful ( 19 0g0s 14 )


Apa yang dilihat akan memberi kesan pada hati. Maka pilihlah 'apa' yang ingin dilihat sebaiknya. Kerana hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah. ( 18 OGOS 14 )


Kerana dunia sering tidak adil, sebab itu kita punya akhirat. Tak di sini, di Sana pasti. ( 16 OGOS 14 )


Kau pernah tengok orang berdakwah dalam 'kelab malam' ?
....Tak pernah kan?
Tapi Adam buat.
>>>>> yang ni cool! ^^
~Salahkah Aku, tv3 ~ ( 15 OGOS 14 )


Pentingnya punya 'planner' untuk bermuhasabah sebelum tidur dan merancang untuk keesokan hari dan untuk kau semak apa yg kau perlukan di pagi hari usai kau bangun dari tidurmu.

Eh, tapi dah bulan 8 macam sayang je kalau baru nak beli 'planner'.
Em, lagi sayang kot masa yg tidak di isi dengan kebaikan.
Ha, kertas pun boleh jadi planner.
Pada kau ja bha tu. ^^ ( 15 OGOS 14 )

Apabila kamu terbiasa mencintai yang haram,
Yang halal jadi hilang nikmatnya.

Allah2, jgn sampai kami rasa 'biasa' dengan dosa. ( 14 0G0S 14 )


Punya nak kate berhijab buat kau nampak cantik.
Ceritanya begini.
Suatu hari di Bukit Tinggi, lagi spesifik, di Colmar Tropicale, sekumpulan akhawat sedang berlakon untuk video Hijab Makes You Beautiful, MTAS, tiba-tiba lalu lah seorng uncle cina melewati semua akhawat tu dan last sekali uncle tu cakap kat kak 
Fatiha Safiyya "lawa2 ah". Uncle tu pun terus duduk & tengok akhawat tu berlakon. ^^

~antara sebab aku suka apabila projek dakwah dibuat di 'luar', di lapangan, di tempat awam bukan sekadar di masjid atau bulatan2 kecil, kerana lebih ramai madu' yg mampu kita sentuh hatinya, yg paling penting saudara yg not yet Muslim juga dpt melihat sama, merasa sama 'sweetnye' Islam. Dan yg lebih seronok lagi bila ada saudara2 seislam dr serata dunia turut bagi sokongan terhadap apa yg kami buat. Aku Tak boleh lupa dialog dngn pelancong2 kat sane, are you Muslim? Are you Muslimah? You wear hijab! Good! 

#HijabMakesYouBeautiful ( 14 OGOS 14 )


Tak tahu?
Maka ambil tahu.
Takkan selamanya nak jadi 'Tak tahu'.
Kerana tak nak belajar adalah pangkal kebodohan.

-Bang Ali : Islam KTP- ( 13 OGOS 14 )


 Ramadhan, bukan bulan manusia rancak memusimkan agama tanpa makna.
Jangan berpuasa tanpa agama.
Jangan beragama tanpa Tuhan.
~ust Hasrizal ~ ( 27 Jun 14 )

Puasa & Al-Quran memberi syafaat pada seorang hamba pada hari kiamat.
Kata Puasa : Wahai Tuhanku, aku telah mencegahnya daripada makan & syahwat pada siang hari, oleh kerana itu terimalah syafaatku untuknya.
Kata Al-Quran : Wahai Tuhanku, aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, oleh kerana itu terimalah syafaatku kepadanya.
Rasululluah bersabda : syafaat keduanya diterima Allah.

( Daripada maksud hadis )

Berpuasalah dengan sebenar-benar puasa, menepati falsafah puasa.
Bacalah Al-Quran dengan tajwid yang betul agar ia menjadi syafaat buat kita..
( 13 Julai 14 )

Menerima segala yg bermanfaat,
Menghindar perilaku yg boleh menjatuhkan martabat,
Memanfaatkan semkasimum waktu, kesempatan & harta yg dimiliki,
Bebas dari perkara yg sia-sia,
Mengerjakan sesuatu yg bermanfaat.

Inilah sifat orang yg berusaha menaiki tangga kesempurnaan..
Inilah sifat orang yang menghargai dirinya.

~Dari buku Nasihat Ramadhan drpd orng2 soleh tulisan Sulthan Hadi~

Moga aku, kau, dia, mereka dan kita tergolong dlm golongan ini..
Golongan yg menghargai diri, lalu beramal dngn kebaikan.
( 14 Julai 14 )


Selalunya dah boleh agak keputusan exam yang bakal diperolehi, lepas je jawab soalan2 exam..Bagaimana keyakinan diri sebelum menjawab, ketika menjawab dan selepas melihat lecturer membawa jawapan itu pergi, memberikan gambaran 'result'...  Allah itu beri mengikut sangkaan hambaNya.. Ya, keyakinan itu perlu namun keberkatan dan usaha perlu seiringan.. Alhamdulillah a'la kulli hal.. Muslim takkan jatuh pada lubang yang sama buat kali ke2..
p/s: result kami API baru keluar..  terima kasih semua atas doa & tunjuk ajar.. buat shabat2 yang DL tahniah, mohon tunjuk ajar, yang x DL pun tahniah & mohon tunjuk ajar.. moga bukan perkara-perkara dunia yang membuat kita kecewa dan sedih...doakan kami 5 sem lagi.. ( 17 Julai 14 )


Teringat kata ust rasyid "hari keluar result ni mcm hari perhitungan di Padang mahsyar" segala apa yg kita lakukan, amalan2 kita Allah akan hitung... Usaha, doa, tawakkal kita & segalanya dinilai..
Ujian dunia, exam di dunia, kita masih boleh 'recheck', kita masih boleh ubah, tapi tidak di Padang mahsyar nanti... Moga kita menerima buku amalan kita dengan tangan kanan..
#ballighnalailatulqadr #senyum ^-^ ( 17 Julai 14 )


Abidin ( orang-orang yg bnyk ibadah )
Qanitin ( orang - orang yg bersungguh dalam ibadah )
Mustaghfirin ( orang-orang yg beristighfar )
Ghafilin ( orang- orang yg lalai )

Kita pilih nak jadi yang mana.
#ramadhankareem #ballighnalailatulqadr ( 22 Julai14 )


Hebatnya Umamah RA.
Bertanya beliau pd rasululullah
"Wahai Rasulullah amalan apakah yg melayakkan aku ke syurga? "
Rasulullah menjawab "BERPUASALAH, kerana itu amalan yg tiada bandingannya"
Dan semenjak daripada itu, hampir tidak kelihatan asap yg berkepul dari rumahnya, kerana beliau bukan sahaja berpuasa pd bulan wajib, tapi juga hari2 biasa. Malah, jirannya sedia maklum jika ada asap berkepul dari rumahnya bermakna Abu Umamah sedang menjamu tetamunya...
#hebatnyapemburuanmerekapdsyurga #arrayanuntuknyamogajugauntkkita
#menitihariterakhirramadhan
#mogaakuperolehwalausecebistaqwacuma ( 27 Julai 14 )


Merenung kisah puasa orang2 Soleh dahulu Kala,
Perginya ramadhan bersama titis2 air mata mereka,
Pilu hati mereka,
Resah jiwa mereka,
Bisu tanpa suara,
Kerana cinta mereka adalah kumpulan segala kemampuan untuk menghargai,
Teringat kata2 saidina Ali di penguhujung Ramadhan,
" seandainya aku tahu siapakah orng yg diterima amalannya agar aku dapat memberikan ucapan tahniah kepadanya dan siapakah orangnya yang ditolak amalannya agar aku dapat melawatnya."

#taqabalallahuminnawaminkum #mogabertemuRamadhanseterusnya ( 27 Julai 14 )


Kembali pada fitrah,
Bukan semata pada rutin yang kembali sama,
Tapi pada fitrah tujuan penciptaan sebenar seorang HAMBA...
Fitrah pencinta kebaikan,
Fitrah pencinta kedamaian,
Fitrah pencinta Tuhan.
Selamat menjadi HAMBA yang kenal tuannya.

Salam Aidilfitri 1435H.
Taqabbalallahuminnawaminkum.
Mohon maaf salah & silap juga segala khilaf.
Raya itu kemenangan.
Maka ayuh kita raikannya. ^^ ( 29 Julai 14 )


Kain yang kau guna menutupi sebahagian wajahmu itu seharusnya menutupi hatimu jua, menunduki hatimu jua.
#ohmuslimah #keranapenciptaanmuygistimewa ( 31 julai 14 )



Tuesday, 22 July 2014

Al Junaid Al Baghdadi ( Tokoh Sufi ) ~ Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama kali aku dengar nama tokoh ini adalah dalam kelas akhlak tasawwuf dengan Prof Madya Dr Che Zarrina bt Sa'ari. Dan aku serta classmates aku Madihah dan Amni pilih la tajuk ini. Tak banyak buku dan laman web yang mencatatkan kisah beliau. Ustazah kata kalau ada pun bukunya dalam bahasa arab & bahasa inggeris. Ustazah pun bagi pinjam satu buku tentang Imam Al-Junaid dalam Bahasa Inggeris. ( lupa pula tajuk & penulisnya ).Alang-alang da buat 'assignment' aku kongsikan dekat sini. 

1.0  Latar belakang dan riwayat hidup Imam Al-Junaid Al-Baghdadi
               Imam Junaid atau nama sebenarnya Abu Al-Qasim Al-Junayd bin Muhammad Al-Junaid Al-Khazzaz Al-Qawariri Al-Baghdadi merupakan seorang tokoh sufi yang lahir pada tahun 210H dan wafat pada 298H. Beliau hidup selama 88 tahun. Sesetengah masyarakat menggelarnya ‘Pemuka kelompok tasawuf, penghulu para golongannya, dan guru para sufi’. Beliau turut diberi gelaran ‘Al-Khazzaz’ kerana pernah menjadi sudagar mentah. Selain itu, beliau juga diberi gelaran ‘Al-Qawariri’ kerana ayahnya seorang penjual kaca.  Ayahnya bernama Muhammad Ibn Al-Junayd Al-Qawariri. Ayahnya wafat ketika Junaid masih kanak-kanak. Ayahnya merupakan anak murid Sari al-Saqati dan Haris al-Muhasibi . Keluarga beliau berasal dari Kota Tua Nihawand, iaitu keluarga pedagang dari Persia. Keluarga beliau kemudian berpindah ke Iraq. Walaupun berasal dari Kota Nihawand, namun Imam Junaid dilahirkan, dibesarkan dan wafat di Baghdad. Masa kecil Junayd jarang dibicarakan, namun diperkirakan ia dibesarkan dalam keluarga pedagang, bahkan ia kelak menjadi pedagang sutera di kota Baghdad..
             Imam Junaid dibesarkan oleh ayah saudara sebelah ibunya iaitu Sari Al-Saqati. Sari Al-Saqati merupakan seorang saudagar dan tokoh sufi yang tawadhuk dan luas ilmunya. Al-Saqati & Al-Muhasibi telah mendidik Imam Junaid sewaktu beliau kecil. Mereka membesarkan Junaid dalam suasana kesufian. Atas nasihat Al-Saqati, Imam Junaid pergi mendalami bidang fiqh dengan gurunya Abu Tsaur iaitu seorang tokoh Fiqh yang terkenal di Baghdad pada waktu itu. Junaid juga bersahabat baik dengan tokoh besar Fiqh iaitu Ibnu Syurayj. Oleh itu, selain daripada seorang tokoh sufi, beliau juga merupakan seorang tokoh fiqh. Beliau juga dikenal sebagai seorang mufti dalam mazhab Abu Tsaur, murid Imam Syafi’i. Imam Junaid sangat hebat dalam bidang Fiqh sehingga ketika beliau berusia 20 tahun beliau telah mampu memberi fatwa. Dalam masa yang sama Al-Junaid juga turut mendalami ilmu hadis. Setelah mempelajari ilmu fiqh dan hadis, beliau memberikan penumpuan pada ilmu tasawwuf walaupun pada hakikatnya Junaid sudah mulai mengenal ajaran tasawuf sejak berumur 7 tahun di bawah bimbingan Sari al-Saqati. Imam Junaid mengambil ilmu tasawuf bukan sahaja daripada ahli sufi yang menetap di Baghdad malah beliau mengambil daripada ahli sufi yang ulang-alik dari luar Baghdad.
           
             Imam Junaid adalah seorang ahli perniaga yang berjaya serta kaya raya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di Kota Baghdad yang ramai dikunjungi pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan mengurusi perniagaannya sebagaimana peniaga lain di Baghdad. Imam Junaid akan menutup kedainya setelah mengajar murid-muridnya. Kemudia beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca Al-Quran dan berzikir. Setiap malam beliau berada di masjid besar untuk menyampaikan kuliahnya. Penduduk Baghdad sering menghadiri kuliahnya sehingga kuliahnya dipenuhi para Jemaah.
              Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga. Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian daripada keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah. Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap pengajiannya. Beliau pernah berkata : “Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah. Barangsiapa yang tidak menghafal Al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasawuf.

Akhlak Al-Junaid

                  Imam Junaid adalah seorang sufi yang cerdas, memiliki fikiran cemerlang dan selalu cepat tangkap dalam menghadapi segala situasi dan kondisi. Imam Junaid mampu menganalisis berbagai masalah yang diajukan kepadanya dengan tajam, sehingga sering membuat para pendengarnya kagum. Sifat dan kemampuannya ini sudah dapat dilihat sejak beliau kanak-kanak lagi. Kedudukannya di antara para sufi sangatlah terhormat, bahkan Sari al-Saqati sendiri mengakuinya. Dalam riwayat dinyatakan, ketika seseorang bertanya pada Sari al-Saqati, “Apakah seorang murid dapat mencapai tingkat yang lebih tinggi dari gurunya dalam tasawuf?” Sari al-Saqati menjawab, “Tentu saja dapat, lantaran ada banyak bukti yang menunjukkan hal tersebut. Ketahuilah bahwa tingkat tasawuf al-Junayd itu sesungguhnya lebih tinggi dari tingkat yang pernah kucapai.”

            Dalam kehidupan sehari-hari, al-Junaid memiliki sikap yang berbeza daripada para sufi yang lain. Imam Junaid tidak menjalani kehidupannya dengan menjauhi keduniawian, namun juga tidak hidup dalam kemewahan. Sebagai seorang sufi yang pedagang , Imam Junaid selalu menyesuaikan kehidupannya dengan profesion itu. Meskipun kehidupannya dapat dikatakan kaya raya, sebagai ahli sufi, beliau tidak pernah berlebihan dalam menggunakan hartanya untuk kehidupan sehari-hari. Imam Junaid memiliki peribadi yang menyenangkan, oleh kerana itu beliau banyak disukai oleh para sufi pada masanya, sehingga rumahnya bagaikan tempat berkumpul para sufi. Walaupun begitu, Imam Junaid sendiri tidak pernah mengeluh menghadapi itu, bahkan sebaliknya beliau merasa senang dengan kunjungan mereka. Sehingga beliau selalu menerima dan menjamu mereka sebaik mungkin.

Imam Junaid tidak termasuk sufi yang rajin menulis, hal ini dapat dibuktikan melalui karyanya dalam bentuk buku yang sangat sedikit. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beliau lebih suka menjelaskan berbagai pengalamannya secara lisan, baik dalam kesempatan memberi kuliah, diskusi, mahupun perbicaraan dengan para sahabat atau muridnya. Namun begitu, semua ajaran beliau boleh dilihat dalam buku-buku tasawuf yang ditulis para sufi atau ulama sesudah wafatnya. Ada pendapat mengatakan kekurangan karya yang memuat ajaran beliau ini adalah memang disengajakan oleh beliau. Diceritakan, di saat kematiannya hampir, beliau berpesan kepada sahabat, teman, murid dan pengikutnya untuk menguburkan semua buku, kertas dan tulisan yang berisi ajarannya. Alasannya, beliau tidak suka ajarannya kelak dipelajari orang, sehingga hal itu nanti membuat mereka terlupa pada ajaran Nabi Muhammad SAW. Selain itu, beliau tidak mahu jika ajarannya disejajarkan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW yang dianggapnya paling tinggi.

Imam Junaid bukanlah seorang yang radikal, sehingga sikapnya lebih cenderung kepada pemikiran salaf yang selalu menekankan bahwa ajaran tasawuf haruslah didasarkan pada al-Qur’an dan Hadits. Untuk membuktikan pernyataan tersebut, dia selalu berusaha menerapkannya pada semua ajaran tasawuf yang diajarkannya. Sehingga kekaguman umat dan ulama syariat atas pandangan sikapnya terhadap tasawuf membuat ajaran tasawufnya dapat diterima dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan salah seorang sufi yang memiliki jasa besar dalam menjaga kemurnian tasawuf. Fahaman-fahaman dan akidah-akidah yang menyesatkan yang hendak masuk dalam ajaran tasawuf dibersihkan oleh beliau. Oleh kerana itu banyak ungkapan-ungkapan beliau yang di hingga hari ini menjadi landasan utama dalam usaha menjaga kebenaran tasawuf dan kemurnian ajaran Islam.


Beberapa kisah mengenai Al-Junaid

 Kisah Al-Junaid ketika kecil
          Sejak kecil, Imam Junaid telah memiliki kedalaman spiritual, beliau menjadi seorang pencari Tuhan yang bersungguh-sungguh, sangat disiplin, bijaksana, cepat mengerti dan memiliki intuisi yang tajam. Suatu hari, beliau pulang ke rumah daripada sekolah. Imam Junaid mendapati ayahnya sedang menangis. “Ayah, apa yang terjadi?” Tanya Junaid.
“Ayah ingin memberikan sedekah kepada ayah saudaramu, Sarri,” tutur sang ayah. “Namun beliau tidak mahu menerimanya. Ayah menangis karena ayah telah mencurahkan seluruh hidup ayah untuk menyisihkan wang lima dirham ini, namun ternyata wang ini tidak memenuhi syarat untuk dapat diterima oleh salah seorang sahabat Allah.”
Lalu Imam Junaid  berkata “Berikan wang itu kepadaku dan aku akan memberikannya kepada pak cik Sarri. Siapa tahu, mungkin beliau mahu menerimanya,”
Ayah Imam Junaid pun memberikan wang itu kepadanya, lalu Junaid pun pergi. Sesampainya di rumah pakciknya, Junaid mengetuk pintu. “Siapa itu?” terdengar suara dari dalam rumah.
“Junaid,” jawab sang bocah. “Buka pintu dan terimalah tawaran sedekah ini. “Aku tidak mahu menerimanya,” pekik Sarri. “Aku mohon, terimalah ini, demi Allah Yang telah begitu dermawan padamu dan telah bagitu adil pada ayahku,” pekik Junaid. “Junaid, apa maksudmu Allah begitu dermawan kepadaku dan begitu adil kepada ayahmu?” Tanya Sarri.
Junaid menjawab, “Allah begitu dermawan padamu karena Dia menganugerahimu kemiskinan. Sedangkan kepada ayahku, Allah telah begitu adil dengan menyibukkannya dengan urusan-urusan dunia. Engkau memiliki kebebasan untuk menerima atau menolak sekehendak hatimu. Sedangkan ayahku, suka atau tidak, harus menyampaikan sedekah yang dititipkan Allah padanya kepada orang yang berhak.” Jawapan Junaid ini menyenangkan hati Sarri. “Anakku, sebelum aku menerima sedekah ini, aku telah lebih dulu menerimamu,” ujar Sarri. Setelah berkata begiru, Sarri membuka pintu dan menerima sedekah itu. Beliau menempatkan Junaid di tempat yang istimewa dalam hatinya.
 Kisah Al-Junaid ketika sakit mata
Suatu hari, Imam Junaid menderita sakit mata. Beliau pun memanggil seorang tabib. Tabib itu berkata, “Jika matamu terasa berdenyut denyut, jangan biarkan matamu itu terkena air”. Namun ketika tiba waktu solat, beliau  berwudhu dan mengerjakan soalat, kemudian pergi tidur. Sudah pastilah matanya terkena air. Namun, ketika beliau bangun, matanya telah sembuh. Ia mendengar sebuah suara berkata, ‘Junaid mengabaikan matanya demi memilih keredhaan Kami. Jika, demi tujuan yang sama, ia memohon ampunan bagi para penghuni neraka, niscaya permohonannya akan Kami kabulkan’. “Keesokan harinya, sang tabib kembali mendatangi Imam Junaid dan melihat bahawa mata beliau telah sembuh. “Apa yang telah engkau lakukan?” tanya sang tabib kehairanan.”Aku berwudhu untuk solat,” jawab Imam Junaid. Seketika itu juga  sang tabib, yang bukan beragama Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat. “Ini adalah penyembuhan Sang Pencipta, bukan penyembuhan makhluk,” komen tabib tersebut. “Wahai Imam Junaid matakulah yang sakit, bukan matamu. Engkaulah tabib yang sebenarnya, bukan aku.”

Kisah Al Junaid dengan seorang wanita
Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah pastinya akan menerima ujian dan cubaan. Imam Junaid menerima ujian dari beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan Imam Junaid. Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.
Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk. Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh siapapun. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati. Khalifah yang mendapat berita kematian wanita itu akhirnya marah kepada Imam Junaid karena menganggapnya sebagai suatu perbuatan yang melanggar hukum. Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. “Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?” tanya khalifah.“Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun,” jawab Imam Junaid. Keberjayaan Junaid membendung godaan wanita cantik itu, menyebabkan ia menjadi ahli sufi yang kian bersinar di zamannya.

Sumber :


wallahua'lam