Tuesday, 22 July 2014

Al Junaid Al Baghdadi ( Tokoh Sufi ) ~ Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama kali aku dengar nama tokoh ini adalah dalam kelas akhlak tasawwuf dengan Prof Madya Dr Che Zarrina bt Sa'ari. Dan aku serta classmates aku Madihah dan Amni pilih la tajuk ini. Tak banyak buku dan laman web yang mencatatkan kisah beliau. Ustazah kata kalau ada pun bukunya dalam bahasa arab & bahasa inggeris. Ustazah pun bagi pinjam satu buku tentang Imam Al-Junaid dalam Bahasa Inggeris. ( lupa pula tajuk & penulisnya ).Alang-alang da buat 'assignment' aku kongsikan dekat sini. 

1.0  Latar belakang dan riwayat hidup Imam Al-Junaid Al-Baghdadi
               Imam Junaid atau nama sebenarnya Abu Al-Qasim Al-Junayd bin Muhammad Al-Junaid Al-Khazzaz Al-Qawariri Al-Baghdadi merupakan seorang tokoh sufi yang lahir pada tahun 210H dan wafat pada 298H. Beliau hidup selama 88 tahun. Sesetengah masyarakat menggelarnya ‘Pemuka kelompok tasawuf, penghulu para golongannya, dan guru para sufi’. Beliau turut diberi gelaran ‘Al-Khazzaz’ kerana pernah menjadi sudagar mentah. Selain itu, beliau juga diberi gelaran ‘Al-Qawariri’ kerana ayahnya seorang penjual kaca.  Ayahnya bernama Muhammad Ibn Al-Junayd Al-Qawariri. Ayahnya wafat ketika Junaid masih kanak-kanak. Ayahnya merupakan anak murid Sari al-Saqati dan Haris al-Muhasibi . Keluarga beliau berasal dari Kota Tua Nihawand, iaitu keluarga pedagang dari Persia. Keluarga beliau kemudian berpindah ke Iraq. Walaupun berasal dari Kota Nihawand, namun Imam Junaid dilahirkan, dibesarkan dan wafat di Baghdad. Masa kecil Junayd jarang dibicarakan, namun diperkirakan ia dibesarkan dalam keluarga pedagang, bahkan ia kelak menjadi pedagang sutera di kota Baghdad..
             Imam Junaid dibesarkan oleh ayah saudara sebelah ibunya iaitu Sari Al-Saqati. Sari Al-Saqati merupakan seorang saudagar dan tokoh sufi yang tawadhuk dan luas ilmunya. Al-Saqati & Al-Muhasibi telah mendidik Imam Junaid sewaktu beliau kecil. Mereka membesarkan Junaid dalam suasana kesufian. Atas nasihat Al-Saqati, Imam Junaid pergi mendalami bidang fiqh dengan gurunya Abu Tsaur iaitu seorang tokoh Fiqh yang terkenal di Baghdad pada waktu itu. Junaid juga bersahabat baik dengan tokoh besar Fiqh iaitu Ibnu Syurayj. Oleh itu, selain daripada seorang tokoh sufi, beliau juga merupakan seorang tokoh fiqh. Beliau juga dikenal sebagai seorang mufti dalam mazhab Abu Tsaur, murid Imam Syafi’i. Imam Junaid sangat hebat dalam bidang Fiqh sehingga ketika beliau berusia 20 tahun beliau telah mampu memberi fatwa. Dalam masa yang sama Al-Junaid juga turut mendalami ilmu hadis. Setelah mempelajari ilmu fiqh dan hadis, beliau memberikan penumpuan pada ilmu tasawwuf walaupun pada hakikatnya Junaid sudah mulai mengenal ajaran tasawuf sejak berumur 7 tahun di bawah bimbingan Sari al-Saqati. Imam Junaid mengambil ilmu tasawuf bukan sahaja daripada ahli sufi yang menetap di Baghdad malah beliau mengambil daripada ahli sufi yang ulang-alik dari luar Baghdad.
           
             Imam Junaid adalah seorang ahli perniaga yang berjaya serta kaya raya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di Kota Baghdad yang ramai dikunjungi pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan mengurusi perniagaannya sebagaimana peniaga lain di Baghdad. Imam Junaid akan menutup kedainya setelah mengajar murid-muridnya. Kemudia beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca Al-Quran dan berzikir. Setiap malam beliau berada di masjid besar untuk menyampaikan kuliahnya. Penduduk Baghdad sering menghadiri kuliahnya sehingga kuliahnya dipenuhi para Jemaah.
              Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga. Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian daripada keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah. Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap pengajiannya. Beliau pernah berkata : “Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah. Barangsiapa yang tidak menghafal Al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasawuf.

Akhlak Al-Junaid

                  Imam Junaid adalah seorang sufi yang cerdas, memiliki fikiran cemerlang dan selalu cepat tangkap dalam menghadapi segala situasi dan kondisi. Imam Junaid mampu menganalisis berbagai masalah yang diajukan kepadanya dengan tajam, sehingga sering membuat para pendengarnya kagum. Sifat dan kemampuannya ini sudah dapat dilihat sejak beliau kanak-kanak lagi. Kedudukannya di antara para sufi sangatlah terhormat, bahkan Sari al-Saqati sendiri mengakuinya. Dalam riwayat dinyatakan, ketika seseorang bertanya pada Sari al-Saqati, “Apakah seorang murid dapat mencapai tingkat yang lebih tinggi dari gurunya dalam tasawuf?” Sari al-Saqati menjawab, “Tentu saja dapat, lantaran ada banyak bukti yang menunjukkan hal tersebut. Ketahuilah bahwa tingkat tasawuf al-Junayd itu sesungguhnya lebih tinggi dari tingkat yang pernah kucapai.”

            Dalam kehidupan sehari-hari, al-Junaid memiliki sikap yang berbeza daripada para sufi yang lain. Imam Junaid tidak menjalani kehidupannya dengan menjauhi keduniawian, namun juga tidak hidup dalam kemewahan. Sebagai seorang sufi yang pedagang , Imam Junaid selalu menyesuaikan kehidupannya dengan profesion itu. Meskipun kehidupannya dapat dikatakan kaya raya, sebagai ahli sufi, beliau tidak pernah berlebihan dalam menggunakan hartanya untuk kehidupan sehari-hari. Imam Junaid memiliki peribadi yang menyenangkan, oleh kerana itu beliau banyak disukai oleh para sufi pada masanya, sehingga rumahnya bagaikan tempat berkumpul para sufi. Walaupun begitu, Imam Junaid sendiri tidak pernah mengeluh menghadapi itu, bahkan sebaliknya beliau merasa senang dengan kunjungan mereka. Sehingga beliau selalu menerima dan menjamu mereka sebaik mungkin.

Imam Junaid tidak termasuk sufi yang rajin menulis, hal ini dapat dibuktikan melalui karyanya dalam bentuk buku yang sangat sedikit. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beliau lebih suka menjelaskan berbagai pengalamannya secara lisan, baik dalam kesempatan memberi kuliah, diskusi, mahupun perbicaraan dengan para sahabat atau muridnya. Namun begitu, semua ajaran beliau boleh dilihat dalam buku-buku tasawuf yang ditulis para sufi atau ulama sesudah wafatnya. Ada pendapat mengatakan kekurangan karya yang memuat ajaran beliau ini adalah memang disengajakan oleh beliau. Diceritakan, di saat kematiannya hampir, beliau berpesan kepada sahabat, teman, murid dan pengikutnya untuk menguburkan semua buku, kertas dan tulisan yang berisi ajarannya. Alasannya, beliau tidak suka ajarannya kelak dipelajari orang, sehingga hal itu nanti membuat mereka terlupa pada ajaran Nabi Muhammad SAW. Selain itu, beliau tidak mahu jika ajarannya disejajarkan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW yang dianggapnya paling tinggi.

Imam Junaid bukanlah seorang yang radikal, sehingga sikapnya lebih cenderung kepada pemikiran salaf yang selalu menekankan bahwa ajaran tasawuf haruslah didasarkan pada al-Qur’an dan Hadits. Untuk membuktikan pernyataan tersebut, dia selalu berusaha menerapkannya pada semua ajaran tasawuf yang diajarkannya. Sehingga kekaguman umat dan ulama syariat atas pandangan sikapnya terhadap tasawuf membuat ajaran tasawufnya dapat diterima dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan salah seorang sufi yang memiliki jasa besar dalam menjaga kemurnian tasawuf. Fahaman-fahaman dan akidah-akidah yang menyesatkan yang hendak masuk dalam ajaran tasawuf dibersihkan oleh beliau. Oleh kerana itu banyak ungkapan-ungkapan beliau yang di hingga hari ini menjadi landasan utama dalam usaha menjaga kebenaran tasawuf dan kemurnian ajaran Islam.


Beberapa kisah mengenai Al-Junaid

 Kisah Al-Junaid ketika kecil
          Sejak kecil, Imam Junaid telah memiliki kedalaman spiritual, beliau menjadi seorang pencari Tuhan yang bersungguh-sungguh, sangat disiplin, bijaksana, cepat mengerti dan memiliki intuisi yang tajam. Suatu hari, beliau pulang ke rumah daripada sekolah. Imam Junaid mendapati ayahnya sedang menangis. “Ayah, apa yang terjadi?” Tanya Junaid.
“Ayah ingin memberikan sedekah kepada ayah saudaramu, Sarri,” tutur sang ayah. “Namun beliau tidak mahu menerimanya. Ayah menangis karena ayah telah mencurahkan seluruh hidup ayah untuk menyisihkan wang lima dirham ini, namun ternyata wang ini tidak memenuhi syarat untuk dapat diterima oleh salah seorang sahabat Allah.”
Lalu Imam Junaid  berkata “Berikan wang itu kepadaku dan aku akan memberikannya kepada pak cik Sarri. Siapa tahu, mungkin beliau mahu menerimanya,”
Ayah Imam Junaid pun memberikan wang itu kepadanya, lalu Junaid pun pergi. Sesampainya di rumah pakciknya, Junaid mengetuk pintu. “Siapa itu?” terdengar suara dari dalam rumah.
“Junaid,” jawab sang bocah. “Buka pintu dan terimalah tawaran sedekah ini. “Aku tidak mahu menerimanya,” pekik Sarri. “Aku mohon, terimalah ini, demi Allah Yang telah begitu dermawan padamu dan telah bagitu adil pada ayahku,” pekik Junaid. “Junaid, apa maksudmu Allah begitu dermawan kepadaku dan begitu adil kepada ayahmu?” Tanya Sarri.
Junaid menjawab, “Allah begitu dermawan padamu karena Dia menganugerahimu kemiskinan. Sedangkan kepada ayahku, Allah telah begitu adil dengan menyibukkannya dengan urusan-urusan dunia. Engkau memiliki kebebasan untuk menerima atau menolak sekehendak hatimu. Sedangkan ayahku, suka atau tidak, harus menyampaikan sedekah yang dititipkan Allah padanya kepada orang yang berhak.” Jawapan Junaid ini menyenangkan hati Sarri. “Anakku, sebelum aku menerima sedekah ini, aku telah lebih dulu menerimamu,” ujar Sarri. Setelah berkata begiru, Sarri membuka pintu dan menerima sedekah itu. Beliau menempatkan Junaid di tempat yang istimewa dalam hatinya.
 Kisah Al-Junaid ketika sakit mata
Suatu hari, Imam Junaid menderita sakit mata. Beliau pun memanggil seorang tabib. Tabib itu berkata, “Jika matamu terasa berdenyut denyut, jangan biarkan matamu itu terkena air”. Namun ketika tiba waktu solat, beliau  berwudhu dan mengerjakan soalat, kemudian pergi tidur. Sudah pastilah matanya terkena air. Namun, ketika beliau bangun, matanya telah sembuh. Ia mendengar sebuah suara berkata, ‘Junaid mengabaikan matanya demi memilih keredhaan Kami. Jika, demi tujuan yang sama, ia memohon ampunan bagi para penghuni neraka, niscaya permohonannya akan Kami kabulkan’. “Keesokan harinya, sang tabib kembali mendatangi Imam Junaid dan melihat bahawa mata beliau telah sembuh. “Apa yang telah engkau lakukan?” tanya sang tabib kehairanan.”Aku berwudhu untuk solat,” jawab Imam Junaid. Seketika itu juga  sang tabib, yang bukan beragama Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat. “Ini adalah penyembuhan Sang Pencipta, bukan penyembuhan makhluk,” komen tabib tersebut. “Wahai Imam Junaid matakulah yang sakit, bukan matamu. Engkaulah tabib yang sebenarnya, bukan aku.”

Kisah Al Junaid dengan seorang wanita
Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah pastinya akan menerima ujian dan cubaan. Imam Junaid menerima ujian dari beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan Imam Junaid. Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.
Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk. Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh siapapun. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati. Khalifah yang mendapat berita kematian wanita itu akhirnya marah kepada Imam Junaid karena menganggapnya sebagai suatu perbuatan yang melanggar hukum. Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. “Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?” tanya khalifah.“Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun,” jawab Imam Junaid. Keberjayaan Junaid membendung godaan wanita cantik itu, menyebabkan ia menjadi ahli sufi yang kian bersinar di zamannya.

Sumber :


wallahua'lam

No comments:

Post a Comment