Saturday, 10 May 2014

Teks Majlis Penutupan JM JAPI API UM 2014

Alhamdulillah selesai juga projek Jalinan Masyarakat kami. Bersempana dengan saya & sahabat saya diberi peluang menjadi pengerusi majlis, saja nak share teksnya sebagai panduan & rujukan di masa akan datang.. :)  pantun-pantun tu saya ambil dari : http://faizuddinhashim.blogspot.com/2012/11/contoh-teks-pengerusi-majlis.html



MASA
TEKS PENGACARA
10.00-10.30 am
Ketibaan para tetamu

Bismillahirrahmanirrahim..
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita membuka majlis kita dengan ummuz zikru, Al-Fatihah.
Yang saya hormati,
Dr Faizuri Abdul Latif, selaku Ketua Jabatan Akidah & Pemikiran Islam,
Dr wan Adli bin Wan Ramli, selaku penyelaras Projek Jalinan Masyarakat ,
Haji Nik Rahmat bin Nik A.Rashid, selaku pengerusi PERKIM Cawangan USJ,
barisan para pensyarah Jabatan Akidah & Pemikiran islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
wakil-wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia serta rakan-rakan tahun 1 jabatn Akidah & pemikiran islam.

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat datang saya ucapkan ke Majlis Perasmian Penutupan Projek Jalinan Masyarakat 2014. Pertama dan selama-lamanya Alhamdulillah kerana dengan izin Allah hari ni kita sama-sama dapat berkumpul di dalam Bilik seminar 2  bagi menjayakan majlis ini, seterusnya selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana berkat jerih payah baginda dan sayangnya baginda pada kita, hari ini kita mampu merasakan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam juga dua nikmat yang sering dilupakan iaitu nikmat masa lapang & kesihatan.
Dayung sampan dulu-duluan,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati

10.35 am
Ucapan Pengarah Projek ( Wakil Pelajar )
Oleh itu, tanpa membuang masa saya persilakan pengarah projek jalinan masyarakat , saudara Muhammad izad bin Md Sakri bagi menyampaikan sedikit ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
………………………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan atas ucapan sebantar tadi.
10.50 am
Ucapan Penyelaras Projek ( Dr Wan Adli Wan Ramli )
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan daripada penyelaras projek
Dengan itu, saya mempersilakan Dr wan Adli bagi menyampaikan sedikit ucapan.
………………………………………………………………………………………..

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Dr Wan Adli atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
11.15 am
Ucapan Wakil Pihak PERKIM
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias di tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Wan Mohd Rafi bin Wan Husin selaku setiausaha Perkim cawangan USJ untuk menyampaikan sedikit ucapan.
…………………………………………………………………………………….

Ribuan terima kasih saya ucapkan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
11.30 am
Penyampaian sijil & cenderamata
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada pihak PERKIM sebagai tanda kenang-kenangan.
Untuk itu majlis menjemput ___________________________bagi mengiringi _________________________________bagi menyampaikan cenderamata  kepada En Wan Mohd Rafi.

Seterusnya dijemput __________________________________bagi mengiringi _______________________________________________ bagi menyampaikan sijil kepada wakil pelajar. Majlis menjemput pengarah program bagi menerima sijil penghargaan.

Akhir sekali, majlis diteruskan dengan menjemput_________________________  bagi mengiringi _______________________________ bagi menyampaikan cenderamata kepada Dr Wan Adli.

11.40 am
Tayangan Video & Bacaan Doa

Hadirin hadirat yang drahmati Allah sekalian,
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh para pelajar bersama pihak PERKIM. Bagi mengimbas kembali semua kenangan tersebut, pihak ahli jawatan kuasa telah menyediakan satu tayangan video buat tatapan hadirin sekalian.

Untuk itu, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video.
…………………………………………………………..
Demikian tadi tayangan video yang telah disediakan.

Hadirin sekalian,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, saya menjemput
Saudara muhamamd Nizam bin Awang untuk memimpin bacaan doa.
Fal ya tafaddhal masykura.

Syukran jazilan buat Saudara Nizam atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Dengan bacaan doa itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Saya mewalkili ahli jawatankuasa majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi menghadiri majlis ini. Pihak majlis juga memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian daripada saya, ________________________________,
wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum
Kita tangguh majlis kita dengan tasbih kafarah & surah al-asr.

Para tetamu dijemput menjamu selera di bilik kakitangan

11.50 am
Jamuan Makan







No comments:

Post a Comment