Thursday, 29 May 2014

Koleksi Status Fb saya ~ 6

Pandangan al Maududi, seorang ulama kontemporari : keharusan wanita muslim membuka aurat di hadapan wanita non-muslim adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama. Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan dengan wanita fasik ( walaupun seorang Islam ) yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya.~ 1 mei 14

Bertanya seorang sahabat : Buang masa & membazir masa itu dosa tak? Dosa kecil kan? Tapi kalau buat banyak kali.... hu, terima kasih sahabat, aku tahu kau bukan nak tanya sebenarnya, tp sebagai peringatan untuk aku & kau... #tq #keranaukhwahituindah #salamRejab#MogaRejabkitadiberkati ~ 30 April 14

Semoga Allah aturkan pertemuan yang lebih baik untuk kita pada masa yang lebih baik! -pinjam ayat Bihah.. to: shbt2 Unisza, Upm, Uum~ 29 April 14

Buku2x serendah Rm 2, kamus BA khalil & kamus oxford Rm 5 je... Jom2x.. Bukan sebarang buku tau, buku2x Galeri Ilmu, Telaga Biru & banyak lagi.... Sape nak belajar & cuba tulis khat pun boleh ade brother Hafizan Halim.. #umix14 #kps~ 29 April 14

Zikir biar sampai dalam hati,
Belajar biar sampai mati,
Saat tiada manusia untuk kau kongsikan rasamu,
Keserabutan melanda mindamu,
Gundah gulana jiwamu,
Bertubi-tubi ujian menimpamu,
Bersusun 'assignment' yang ditangguhkan,
Dan segala macam masalah dunia mengujimu,
Maka bisikkan pada diri

I HAVE ALLAH! 

#lovenotesfromHim #umix14 ~ 28 April 14

Kata mantan ketua PRS saya: untung siapa tahu kekurangan diri, rugi siapa tak tahu kelebihan diri.. ~ 29 April 14

Kata ex-penolong ketua kelas saya pula : doa yang tak didengari, tak wajib meng'amin'kannye.. sebab tak jelas imam tu doa ape.. ~ 27 April 14

Kata ex-ketua kelas saya: Allah nak kita menangis kat dunia sebab Allah nak kita senyum di akhirat! Nak jadi 'alim hormat guru, nak jadi Soleh hormat Tuhan!~ 27 April 14

Do you agree that creator of gadget decide the purpose of the gadget & not the gadget itself ? Yes or No! #streetdakwah ~ 21 April 14
Tiada air, tiada wifi, atau tiada elekterik masih masalah kecil jika kita berjiwa besar tapi tiada iman itu yang parah...
Nauzubillah..~ 19 April 14

Khauf dan raja' kita: takut neraka dan harapkan syurga.
Khauf dan raja' Rabiah Al-Adawiyah seorang tokoh sufi : takut Allah tak cinta dia dan harap Allah mencintainya..
#kelastasawwuf ~ 16 April 14

Umpama Muhajirin & Ansar... 
Ada masa kolej kita ada air,
Ada masa kolej kita tiada air,
Ada masa kita perlu menumpang umpama Muhajirin,
Dan ada masa kita perlu meraikan umpama Ansar,
Indahnya Islam! 
Jangan pernah pentingkan diri! 
Kau hebat bila kau mampu menyayangi orng lain melebihi dirimu sendiri...
Ini tarbiyyah @ latihan untuk kita! ~ 15 April 14

Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin.
~terlalu banyak isme ciptaan manusia ~ 11 April 14

Bila tak solat, hati tidak ada anti virus. Maka....
- Ust Yusri Yusoff - ~ 8 April 14

Yang sering menyimpang pd wanita adalah apa yg ada dlm kepalanya, sedangkan yg paling seimbang adlh hatinya. Maka, menyikapi kaum wanita haruslah dngn kearifan & kelembutan, bukannya dngn logik.
( Hassan Al-Banna ) ~ 7 april 14


Terlalu banyak bukti Rahman & Rahim ALLAH dalam kehidupan seharian kita.. Dapat lecturer yg sngt pemurah markah, dpt kawan yg sngt membantu, dapat jawab soalan yang pd asalnya kita rasa kita tak mampu, dpt selesaikan hafazan 6 surah daripada juz 29.. Itu semua kerja Tuhan..Tanpa itu semua, kita takkan dapat melalui kehidupan.. Kerana kita manusia yang tidak punya apa2.. Lalu nikmat Tuhan yang manakah, yang kamu dustakan?#jgnlupabacasurahalkahfisetiaphari ~26 mei 14
Setiap kali jadi fasi untuk satu2 program ada satu perkara yang selalu bermain dlm fikiran: mampukah menjentik rasa, mencetus mahu, menuju mampu...~24 mei 14
Pesan abah hari ini: Orang yg baik dngn Allah, Allah pasti akan tolong.. 
#yakinlah #persoalannyaakubaikkedngnAllah ~23 mei 14
لو كان حبّك صادقا لأطعته فإن المحبّ لمن يحبّ مطيع
Ertinya: Seandainya cintamu sejati nescaya engkau akan mematuhinya,
sesungguhnya sang pecinta akan patuh kepada yang dicintai
~syair arab~
...Andai cintamu pada Allah sejati nescaya aku dan engkau mematuhi Dia~ 22 mei 14
Renungilah kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu dan pengalaman kerohanian yang dalam. Kata beliau:

Dalam jantung hati 
ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, 
padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, 
padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya,
padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, 
padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, 
padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

#salamrejab ~22 mei14

Banyak benda dalam hidup kita,yg pada asalnya kita tak faham & tak tahu, tapi kerana cinta pada ilmu maka kita mengambilnya.. Pesan abah, ambil saja ilmu yg ada di sekeliling kita walau kita x faham, yakinlah masa & pengalaman akan menerangkannya pada kita.. Ya, dan aku dapat rasakannnya dalam pengambaraanku kini.. Sedari kecil abah & umi menyediakan bahan bacaan yang pelbagai di rumah..Dan bila aku dah besar baru aku tahu, yang rupanya itu adalah ilmu falsafah & tasauf.. Siapa pun kita, aku yakin ia bermula dari madrasah kita di rumah, daripada seorang ayah & ibu, guru yang mencintai tanpa syarat... ~teringat aku pada syair ahmad syauqi : hampir-hampir seorang guru itu menjadi rasul.. 

terima kasih yang tak berpenghujung buat Guru sepanjang hayat: abah & umi.. juga semua guru yang ada di Malaysia & di mana sahaja di atas bumi tuhan ini..Moga terus dianugerah kekuatan & kesabaran dalam mendidik & membentuk manusia menjadi MANUSIA...
~Sui Sembulan, Sk Tanjung Aru 1, Smk A Kota Kinabalu, Kolej Islam, UM. 
( selamanya hanya Allah dapat membalas jasa-jasa kalian guru-guruku ) ~17 mei 14

kata penyair
العلم حرب للفتى المتعالي # كالسيل حرب للمكان العالي
ilmu itu menjadi musuh kepada pemuda yang angkuh

~ustz nik anwar ~ 15 mei 14

Mereka telefon tak kira masa, subuh-subuh, tengahari, petang, maghrib, tengah malam, waktu aku dalam kelas, makan..haha, tapi ia satu kegembiraan & kebahagiaan... kadang-kadang pelajar sendiri telefon, kadang-kadang 'parents' pelajar yang telefon...mereka telefon dengan harapan, untuk menjadi INDIVIDU YANG LEBIH BAIK, untuk MENGGAPAI SEBUAH KEJAYAAN.. harapan itu membuat aku terus melayan mereka dengan senyuman, walau banyak sangat soalan..  doakan projek kami berjalan dengan baik, tiada apa yang kami harapkan, melainkan moga sedikit sebanyak usaha kami ini dapat membantu masyarakat...mahasiswa untuk masyarakat! PROJEK PUSAT BIMBINGAN KOMUNITI SMART TUTOR PROJECT.. Kerjasama SEKRUM & JPLK... ~ 13 mei 14


Menjeritlah,
andai itu melegakan,
Menangislah,
andai itu meringankan, 
tapi jangan kau lupa,
sujudlah,
ceritakan pada Dia segalanya,
solatlah,
pinta pada Dia apa saja,
berzikirlah,
agar ketenangan itu hadir,
pejamlah matamu,
katakan Allah ada,
letakkan tangan dihatimu,
katakan Allah melihat usahamu,
lelah, penat,
ya dunia itu memenatkan,
kerehatan itu hanya saat kematian menjemputmu...
Tersenyumlah.. ~ 13 mei 14

Bila dia buat SMS, macam whatsapp..  sila padatkan ayat & pertanyaan anda dalam satu SMS.. sekian & terima kasih.. barakallahufik! ^^ ~11 mei 14

Seringkali perkara-perkara dunia menakutkan kita, merisaukan kita... Takut disakiti, takut dizalimi, takut harta dicuri, takut dimarahi, takut dikata, takut dicemuh, takut diherdik, takut dikasari, dan segala macam lagi jenis ketakutan...dan ketahuilah bahawa TAWAKKAL adalah penawar bagi segala ketakutan... Namun TAWAKKAL itu punya syarat iaitu setelah kau berusaha semampu kau... lalu, setelah kau berusaha SERAH pada Dia, maka tiada apa lagi yg perlu ditakuti selain Tuhan! ~ 11 mei 14
Seringkali bila kita kata 'ya' untuk sesebuah komitmen, kdng2 kita lupa, seringkali ia tidak hanya melibatkan masa, jadual & kepentingan kita, tapi juga masa, jadual & kepentingan orang-orang sekitar kita..roommates, coursemates, college mates & any 'mates' yg wujud.. maka, jgn jadi munafik dengan memungkiri janji-janji, ada hak 'orng' dlm masa kita...~Selamat mengatur masa dngn baik di hujung semester yang berbaki ni! ^^ Moga masa-masa kita dalam redhaNya & diberkati...~ 7 Mei 14

Alhamdulillah, setelah beberapa jam mencari dalilnya..
الضرورات تبيح المحظورات 
( Darurat mengharuskan yang haram )
Contoh : Apabila darurat ( tidak ada lagi doktor wanita & terpaksa mendapatkan khidmat doktor lelaki ) maka, aurat boleh dibuka

Berdasarkan firman Allah 
.......وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ ۗ.....
maksudnya: .......padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya..... ( Al-Ana'm :119 )

~ni kaedah asas .
kaedah seterusnya الضَّرُوْرَةُ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا 
darurat hanya diambil sekadarnya
Contoh : Membuka aurat bagi tujuan perubatan hanya pada kawasan yang sakit atau perlu dirawat

#tqshbt2ygmembantu #barakallahufikum! ~ 6 Mei 14

Teringat pesan abah: jgn anggap semua orng faham apa yg ada dlm fikiran kita, semua orng faham apa kita cakap sebagaimana yang kita fikirkan & cuba gambarkan selagi KITA TAK SEBUT ATAU CAKAP DENGAN JELAS... ~ 6 mei 14

Apabila kerja diberi pada yang bukan ahlinya dengan ruang masa yang terhad..Ia tetap proses pembelajaran tapi rasa keterbatasan yang amat sngt! kerana ia amanah, bismillah, maka teruskan...Finish what u have started!~ 4 mei 14








No comments:

Post a Comment