SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA
Assalamualaikum pembuka bicara,
Ikhlas dari kami 5 Bukhari,
Pelbagai ragam lawak jenaka,
Nak tau ke? Marilah baca sekali.
Lembut orangnya berbudi bahasa,
Berbadan kecil, cute pun ada,
Ustazah Andi Kaswia inilah gerangannya,
Guru kelas yang tercinta.
Kejap penari, kejap ustaz,
Ada-ada je otak gilernya,
Suka tengok orang gembira itu sebenarnya,
Bukan nak minta puji si
Ag.Sharizal.
Arif Arham diberi nama,
Orang kata rupa macam Pasha,
Pandai bertarannum itu kelebihannya,
Namun bila ketawa, fuh! bergegar dunia.
Pria SMAKK terer bola tampar,
Alif Akriah, emm..bulila kacak,
Tinggi lampai orangnya pintar,
Tidur-tidur pun, result..uish! gilak!
Putra tunggal harapan famili,
Dalam kelas, wakaka...dialah penyeri,
Ish..gerangan sepa ba ni??,
Alaa..
Amin ba.. si tuan aji.
Hafizuddin Kamarudin empunya diri,
Dalam kelas sentiasa serius,
Nampak dari jauh macho sekali,
Sekali senyum..terpikat buss.
Rambut terpacak hensem sekali,
Main bola sukan kegemaranyya,
Amiezal Afandi pemuda berani,
Kalo berani, bersuntuk ba kita.
Taknak makan dietlah konon,
Sentiasa ceria tak kira masa,
Teliti kemas itu prinsipnya,
Afiqah Ramli penolong berbakti.
Marah merajuk jarang sekali,
Ratu senyum kelas kami,
Senyuman ayu memikat hati,
Najwa Ahmad Basir nama diberi.
Pergi ke pasar jual terung,
Orang membeli berduyun-duyun,
Orang kampung tanam jagung,
Itulah dia
Shofia A'yun.
Pensyarah universiti impian dihatinyer,
Nur Hidayah Abdul Hamid itu yang jelas,
Kesimpulan PQS serah kat dier,
Konfom ada madah penghias.
Mukanya manis bijak sekali,
Tetapi lucu bila berbicara,
Ada waktu macam tuli,
Filzah Hasanah idaman putra.
Gadis manis labuh bertudung,
Lima tahun di sekolah sudah pun genap,
Peperiksaan besar bakal menjelang,
Farhanah Jeman pula suka bercakap.
Orangnya kecil ber'IQ' tinggi,
Kaler pink menjadi trademarknya,
Syakila Saif nama diberi,
Si adik manis berkaca mata.
Jangan disangka belum berpunya,
Tinggi lampai bolehlah cute,
Jomo Tuaran riang orangnya,
Tersenyum selalu itulah
Yute.
~ mengemas kertas-kertas lama, terjumpa seloka ini. Antara kenangan bersama kawan-kawan SMK Agama Kota Kinabalu Sabah. :) Satu persatu kenangan datang menerpa di ruang fikiran, membuat aku tersenyum. Beginilah cara Tuhan mengajar kami untuk menajdi dewasa. Beginilah cara Tuhan mempertemukan kami dari pelbagai latar belakang. Dan hari ini, aku tersenyum bangga melihat pencapaian sahabat-sahabatku dalam bidang masing-masing. Sentiasa memasang niat ingin bertemu kalian, moga tiba waktunya. In sha Allah akan ziarah Sabah semula satu hari nanti. Wallahi, datang KL, let me know ok.
tak banyak simpanan gambar yang ada. padahal selalu amik gambar gak pinjam kamera abah, tp tak tahu simpan di mana. waktu tu tak tahu lagi kewujudan google photos, google drive, dropbox dan sewaktu dengannya. hehe
Yang merindui kalian,
Hidayah Hamid
Petaling Jaya.