DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Sebuah puisi sebagai tanda penghargaan
dari seorang aku,
buat kalian...
Eh laki-laki itu,
Dia bukan lelaki biasa,
Dia rijal soleh acuan deen yang benar.
Saat lelaki lain bertukar-tukar dan menambah pasangan wanita,
Dia bertukar dan menambah bilangan mad’u,
Saat lelaki lain menghabiskan waktu mereka dengan permainan video & chatting,
Dia menghabiskan waktunya dengan mencari ilmu & membedah kitab suci,
Saat lelaki lain leka dengan lantunan madah cinta pujangga,
Dia lelaki soleh itu leka menghadam madah cinta Rabb,
Saat lelaki lain sibuk merancang teknik memikat kekasihnya,
Dia lelaki soleh itu sibuk merancang perjuangan dakwahnya,
Saat lelaki lain berjaga malam melayan filem & facebook,
Dia lelaki soleh itu berjaga malam menghadiri usrah bersama ikhwah yang lain,
Saat lelaki lain punya pasangan untuk bermesra,
Dia lelaki soleh itu bermesra bersama ibu & bapanya,
Saat lelaki lain menghabiskan wangnya untuk dunia,
Dia lelaki soleh itu memanfaatkan wangnya untuk perjuangan & ummah,
Dia kembali kepada tuhannya,
Memanfaat setiap detik & keringatnya untuk islam
Bukan,
Dia bukan malaikat,
Dia bukan ulama’,
Tapi dia seorang lelaki,
Yang juga sama kehendaknya,
Yang juga sama keperluannya,
Yang juga sama nafsunya,
Tapi,
Dia memilih Islam menjadi cara hidupnya,
Dia memilih cinta Allah memenuhi jiwanya,
Dia memilih ilmu menjadi perjuangannya,
Dia menjadikan dakwah sebagai rutin & cintanya,
Dia menjadikan ibadah sebagai makanannya..
Kenapa dia lakukan semua itu?
Bukankah ia perit & payah?
Bukankah ia perlu pengorbanan yang besar?
Bukankah ia perlu mujahadah yang hebat?
Hanya satu, kerana dia sedar dia seorang
KHALIFAH !
ditulis pada Mei 2013
dikemaskini Jun 2014
nukilan rasa,
bintukhauf
~coretan ini sebagai penghargaan aku kepada ayahanda, guru-guru lelaki aku, adik-adik lelaki aku, senior2 muslimin,sahabat2 muslimin dan junior2 muslimin yang pernah wujud dalam lipatan hidupku,juga buat kamu-kamu semua rijal-rijal soleh acuan Al-Quran. Moga terus istiqamah!
kalian punya kuasa besar dalam 'mempengaruhi' tak kira keluarga, kelas, organisasi, dan kadangkala dalam kelompok-kelompok kecil seperti sebuah pasukan pertandingan atau partner pembentangan...
maka manfaatkan ia sebaiknya..seringkali kalian menjadi pencorak kepada sesuatu.. maka corakkanlah yang baik.. aku juga banyak belajar daripada kalian... banyak dan terlalu banyak..
No comments:
Post a Comment