Tuesday, 22 July 2014

Al Junaid Al Baghdadi ( Tokoh Sufi ) ~ Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama kali aku dengar nama tokoh ini adalah dalam kelas akhlak tasawwuf dengan Prof Madya Dr Che Zarrina bt Sa'ari. Dan aku serta classmates aku Madihah dan Amni pilih la tajuk ini. Tak banyak buku dan laman web yang mencatatkan kisah beliau. Ustazah kata kalau ada pun bukunya dalam bahasa arab & bahasa inggeris. Ustazah pun bagi pinjam satu buku tentang Imam Al-Junaid dalam Bahasa Inggeris. ( lupa pula tajuk & penulisnya ).Alang-alang da buat 'assignment' aku kongsikan dekat sini. 

1.0  Latar belakang dan riwayat hidup Imam Al-Junaid Al-Baghdadi
               Imam Junaid atau nama sebenarnya Abu Al-Qasim Al-Junayd bin Muhammad Al-Junaid Al-Khazzaz Al-Qawariri Al-Baghdadi merupakan seorang tokoh sufi yang lahir pada tahun 210H dan wafat pada 298H. Beliau hidup selama 88 tahun. Sesetengah masyarakat menggelarnya ‘Pemuka kelompok tasawuf, penghulu para golongannya, dan guru para sufi’. Beliau turut diberi gelaran ‘Al-Khazzaz’ kerana pernah menjadi sudagar mentah. Selain itu, beliau juga diberi gelaran ‘Al-Qawariri’ kerana ayahnya seorang penjual kaca.  Ayahnya bernama Muhammad Ibn Al-Junayd Al-Qawariri. Ayahnya wafat ketika Junaid masih kanak-kanak. Ayahnya merupakan anak murid Sari al-Saqati dan Haris al-Muhasibi . Keluarga beliau berasal dari Kota Tua Nihawand, iaitu keluarga pedagang dari Persia. Keluarga beliau kemudian berpindah ke Iraq. Walaupun berasal dari Kota Nihawand, namun Imam Junaid dilahirkan, dibesarkan dan wafat di Baghdad. Masa kecil Junayd jarang dibicarakan, namun diperkirakan ia dibesarkan dalam keluarga pedagang, bahkan ia kelak menjadi pedagang sutera di kota Baghdad..
             Imam Junaid dibesarkan oleh ayah saudara sebelah ibunya iaitu Sari Al-Saqati. Sari Al-Saqati merupakan seorang saudagar dan tokoh sufi yang tawadhuk dan luas ilmunya. Al-Saqati & Al-Muhasibi telah mendidik Imam Junaid sewaktu beliau kecil. Mereka membesarkan Junaid dalam suasana kesufian. Atas nasihat Al-Saqati, Imam Junaid pergi mendalami bidang fiqh dengan gurunya Abu Tsaur iaitu seorang tokoh Fiqh yang terkenal di Baghdad pada waktu itu. Junaid juga bersahabat baik dengan tokoh besar Fiqh iaitu Ibnu Syurayj. Oleh itu, selain daripada seorang tokoh sufi, beliau juga merupakan seorang tokoh fiqh. Beliau juga dikenal sebagai seorang mufti dalam mazhab Abu Tsaur, murid Imam Syafi’i. Imam Junaid sangat hebat dalam bidang Fiqh sehingga ketika beliau berusia 20 tahun beliau telah mampu memberi fatwa. Dalam masa yang sama Al-Junaid juga turut mendalami ilmu hadis. Setelah mempelajari ilmu fiqh dan hadis, beliau memberikan penumpuan pada ilmu tasawwuf walaupun pada hakikatnya Junaid sudah mulai mengenal ajaran tasawuf sejak berumur 7 tahun di bawah bimbingan Sari al-Saqati. Imam Junaid mengambil ilmu tasawuf bukan sahaja daripada ahli sufi yang menetap di Baghdad malah beliau mengambil daripada ahli sufi yang ulang-alik dari luar Baghdad.
           
             Imam Junaid adalah seorang ahli perniaga yang berjaya serta kaya raya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di Kota Baghdad yang ramai dikunjungi pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan mengurusi perniagaannya sebagaimana peniaga lain di Baghdad. Imam Junaid akan menutup kedainya setelah mengajar murid-muridnya. Kemudia beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca Al-Quran dan berzikir. Setiap malam beliau berada di masjid besar untuk menyampaikan kuliahnya. Penduduk Baghdad sering menghadiri kuliahnya sehingga kuliahnya dipenuhi para Jemaah.
              Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga. Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian daripada keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah. Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap pengajiannya. Beliau pernah berkata : “Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah. Barangsiapa yang tidak menghafal Al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasawuf.

Akhlak Al-Junaid

                  Imam Junaid adalah seorang sufi yang cerdas, memiliki fikiran cemerlang dan selalu cepat tangkap dalam menghadapi segala situasi dan kondisi. Imam Junaid mampu menganalisis berbagai masalah yang diajukan kepadanya dengan tajam, sehingga sering membuat para pendengarnya kagum. Sifat dan kemampuannya ini sudah dapat dilihat sejak beliau kanak-kanak lagi. Kedudukannya di antara para sufi sangatlah terhormat, bahkan Sari al-Saqati sendiri mengakuinya. Dalam riwayat dinyatakan, ketika seseorang bertanya pada Sari al-Saqati, “Apakah seorang murid dapat mencapai tingkat yang lebih tinggi dari gurunya dalam tasawuf?” Sari al-Saqati menjawab, “Tentu saja dapat, lantaran ada banyak bukti yang menunjukkan hal tersebut. Ketahuilah bahwa tingkat tasawuf al-Junayd itu sesungguhnya lebih tinggi dari tingkat yang pernah kucapai.”

            Dalam kehidupan sehari-hari, al-Junaid memiliki sikap yang berbeza daripada para sufi yang lain. Imam Junaid tidak menjalani kehidupannya dengan menjauhi keduniawian, namun juga tidak hidup dalam kemewahan. Sebagai seorang sufi yang pedagang , Imam Junaid selalu menyesuaikan kehidupannya dengan profesion itu. Meskipun kehidupannya dapat dikatakan kaya raya, sebagai ahli sufi, beliau tidak pernah berlebihan dalam menggunakan hartanya untuk kehidupan sehari-hari. Imam Junaid memiliki peribadi yang menyenangkan, oleh kerana itu beliau banyak disukai oleh para sufi pada masanya, sehingga rumahnya bagaikan tempat berkumpul para sufi. Walaupun begitu, Imam Junaid sendiri tidak pernah mengeluh menghadapi itu, bahkan sebaliknya beliau merasa senang dengan kunjungan mereka. Sehingga beliau selalu menerima dan menjamu mereka sebaik mungkin.

Imam Junaid tidak termasuk sufi yang rajin menulis, hal ini dapat dibuktikan melalui karyanya dalam bentuk buku yang sangat sedikit. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beliau lebih suka menjelaskan berbagai pengalamannya secara lisan, baik dalam kesempatan memberi kuliah, diskusi, mahupun perbicaraan dengan para sahabat atau muridnya. Namun begitu, semua ajaran beliau boleh dilihat dalam buku-buku tasawuf yang ditulis para sufi atau ulama sesudah wafatnya. Ada pendapat mengatakan kekurangan karya yang memuat ajaran beliau ini adalah memang disengajakan oleh beliau. Diceritakan, di saat kematiannya hampir, beliau berpesan kepada sahabat, teman, murid dan pengikutnya untuk menguburkan semua buku, kertas dan tulisan yang berisi ajarannya. Alasannya, beliau tidak suka ajarannya kelak dipelajari orang, sehingga hal itu nanti membuat mereka terlupa pada ajaran Nabi Muhammad SAW. Selain itu, beliau tidak mahu jika ajarannya disejajarkan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW yang dianggapnya paling tinggi.

Imam Junaid bukanlah seorang yang radikal, sehingga sikapnya lebih cenderung kepada pemikiran salaf yang selalu menekankan bahwa ajaran tasawuf haruslah didasarkan pada al-Qur’an dan Hadits. Untuk membuktikan pernyataan tersebut, dia selalu berusaha menerapkannya pada semua ajaran tasawuf yang diajarkannya. Sehingga kekaguman umat dan ulama syariat atas pandangan sikapnya terhadap tasawuf membuat ajaran tasawufnya dapat diterima dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan salah seorang sufi yang memiliki jasa besar dalam menjaga kemurnian tasawuf. Fahaman-fahaman dan akidah-akidah yang menyesatkan yang hendak masuk dalam ajaran tasawuf dibersihkan oleh beliau. Oleh kerana itu banyak ungkapan-ungkapan beliau yang di hingga hari ini menjadi landasan utama dalam usaha menjaga kebenaran tasawuf dan kemurnian ajaran Islam.


Beberapa kisah mengenai Al-Junaid

 Kisah Al-Junaid ketika kecil
          Sejak kecil, Imam Junaid telah memiliki kedalaman spiritual, beliau menjadi seorang pencari Tuhan yang bersungguh-sungguh, sangat disiplin, bijaksana, cepat mengerti dan memiliki intuisi yang tajam. Suatu hari, beliau pulang ke rumah daripada sekolah. Imam Junaid mendapati ayahnya sedang menangis. “Ayah, apa yang terjadi?” Tanya Junaid.
“Ayah ingin memberikan sedekah kepada ayah saudaramu, Sarri,” tutur sang ayah. “Namun beliau tidak mahu menerimanya. Ayah menangis karena ayah telah mencurahkan seluruh hidup ayah untuk menyisihkan wang lima dirham ini, namun ternyata wang ini tidak memenuhi syarat untuk dapat diterima oleh salah seorang sahabat Allah.”
Lalu Imam Junaid  berkata “Berikan wang itu kepadaku dan aku akan memberikannya kepada pak cik Sarri. Siapa tahu, mungkin beliau mahu menerimanya,”
Ayah Imam Junaid pun memberikan wang itu kepadanya, lalu Junaid pun pergi. Sesampainya di rumah pakciknya, Junaid mengetuk pintu. “Siapa itu?” terdengar suara dari dalam rumah.
“Junaid,” jawab sang bocah. “Buka pintu dan terimalah tawaran sedekah ini. “Aku tidak mahu menerimanya,” pekik Sarri. “Aku mohon, terimalah ini, demi Allah Yang telah begitu dermawan padamu dan telah bagitu adil pada ayahku,” pekik Junaid. “Junaid, apa maksudmu Allah begitu dermawan kepadaku dan begitu adil kepada ayahmu?” Tanya Sarri.
Junaid menjawab, “Allah begitu dermawan padamu karena Dia menganugerahimu kemiskinan. Sedangkan kepada ayahku, Allah telah begitu adil dengan menyibukkannya dengan urusan-urusan dunia. Engkau memiliki kebebasan untuk menerima atau menolak sekehendak hatimu. Sedangkan ayahku, suka atau tidak, harus menyampaikan sedekah yang dititipkan Allah padanya kepada orang yang berhak.” Jawapan Junaid ini menyenangkan hati Sarri. “Anakku, sebelum aku menerima sedekah ini, aku telah lebih dulu menerimamu,” ujar Sarri. Setelah berkata begiru, Sarri membuka pintu dan menerima sedekah itu. Beliau menempatkan Junaid di tempat yang istimewa dalam hatinya.
 Kisah Al-Junaid ketika sakit mata
Suatu hari, Imam Junaid menderita sakit mata. Beliau pun memanggil seorang tabib. Tabib itu berkata, “Jika matamu terasa berdenyut denyut, jangan biarkan matamu itu terkena air”. Namun ketika tiba waktu solat, beliau  berwudhu dan mengerjakan soalat, kemudian pergi tidur. Sudah pastilah matanya terkena air. Namun, ketika beliau bangun, matanya telah sembuh. Ia mendengar sebuah suara berkata, ‘Junaid mengabaikan matanya demi memilih keredhaan Kami. Jika, demi tujuan yang sama, ia memohon ampunan bagi para penghuni neraka, niscaya permohonannya akan Kami kabulkan’. “Keesokan harinya, sang tabib kembali mendatangi Imam Junaid dan melihat bahawa mata beliau telah sembuh. “Apa yang telah engkau lakukan?” tanya sang tabib kehairanan.”Aku berwudhu untuk solat,” jawab Imam Junaid. Seketika itu juga  sang tabib, yang bukan beragama Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat. “Ini adalah penyembuhan Sang Pencipta, bukan penyembuhan makhluk,” komen tabib tersebut. “Wahai Imam Junaid matakulah yang sakit, bukan matamu. Engkaulah tabib yang sebenarnya, bukan aku.”

Kisah Al Junaid dengan seorang wanita
Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah pastinya akan menerima ujian dan cubaan. Imam Junaid menerima ujian dari beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan Imam Junaid. Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.
Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk. Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh siapapun. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati. Khalifah yang mendapat berita kematian wanita itu akhirnya marah kepada Imam Junaid karena menganggapnya sebagai suatu perbuatan yang melanggar hukum. Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. “Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?” tanya khalifah.“Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun,” jawab Imam Junaid. Keberjayaan Junaid membendung godaan wanita cantik itu, menyebabkan ia menjadi ahli sufi yang kian bersinar di zamannya.

Sumber :


wallahua'lam

Sunday, 20 July 2014

ODOJ Aku!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah3x thumma alhamdulillah.
Aku kini berada dalam minggu terakhir Ramadhan 1435H.
Allah izinkan aku sampai pada Ramdhan.
Allah izinkan aku berpuasa bersama keluarga.
Allah izinkan aku merasa nikmat berbuka.
Allah izinkan aku melihat & merasa imarahnya masjid-masjid.
Terima kasih Allah! Love you Allah!

Ramadhan kali ini aku berpeluang mengikuti ODOJ anjuran KAFA UM.
Ya group ini banyak menyelamatkkan masaku.
Menyelamatkan ibadahku.
Menyelamatkan tilawahku.
Biiznillah.



ODOJ! Mungkin ramai yang dah tahu, aku kira program Al-Quran paling awesome, idea dari sahabat-sahabat dari Indonesia iaitu One Day One Juz. Aku tak pasti bila start, tapi aku baru tahu tahun ini dalam bulan Mei tak silap. Tapi aku tak tahu yang siapa-siapa pun boleh join. Hinggalah pada bulan Syaaban aku tahu classmates aku ada join.

Wah bestnya.!

Dan di penghujung Syaaban aku nampak iklan ni kat group Fb KAFA UM.




Pucuk dicita, ulam mendatang ( sesuai ke peribahasa ni?, hehe ) Aku pun teruslah daftar.
Dan sehari sebelum Ramadhan kami dimasukkan dalam satu group whatsap yang terdiri daripada 30 orang ( tapi sekarang dah bertambah jadi 32 orang )

Setiap hari, setiap orang akan baca 1juz + 30 orang maka setiap hari group kami akan khatam Al-Quran.
Oh, mungkin itu biasa bagi sesetengah orang.

Tapi pada aku,
ia banyak membantu aku untuk disiplin terutama waktu aku tak puasa.
Sebab biasanya bila waktu tak boleh solat, aku tak pegang Al-Quran.
Tapi dengan adanya group ini, aku perlu istiqamah untuk membaca 1 juz terjemahan ayat.

Aku, yang kadang-kadang tilawahnya tinggal,
ODOJ membantu aku untuk istiqamah.

Ada orang cakap "ah,kau mengaji sebab manusia" ~alasan dia sebab
1)  bila dah habis 1 juz kita akan update dalam group tu ( contoh : juz 5 done! )
2) takut kene tegur dengan ketua group kenapa prestasi tilawah menurun
3) takut ODOJERS ( baca :ahli kumpulan lain ) pandang serong

Huhu, selamnya kita takkan mampu membuat semua orang berpuas hati.

Kebaikan sering kali perlu bermula dengan paksaan.
Hingga akhirnya nanti membuahkan keikhlasan.

Dulu seringkali junior2 suka tanya,
"akak, kalau kita tak dapat nak ikhlas atau kita tak dapat nak buang rasa riya' bila buat satu amalan tu, adakah lebih baik kita tak payah lakukan? "

Oh tidak!!
tetap lakukan, malah apabila kita meninggalkan amalan itu kerana risau rasa riya' itu hadir ITULAH RIYA'.
Terus lakukan juga amalan itu, dalam masa yang sama LATIH diri untuk tundukkan diri, pohon doa pada Allah agar anugerahkan kita keikhlasan dalam amalan.



Aku,
Dalam group tu, bukanlah ODOJER yang cepat selesaikan tilawahnya,
yang tepat selesaikan tilawahnya,
yang istiqamah updatenya,
yang sering membeli lelongan juz yang tidak selesai lagi,
segan juga dengan ODOJERS yang lain,
istiqamahnya mereka

TAPI
tulah aku kata,
aku suka ODOJ ni sebab banyak kebaikan padanya.

Nanti lepas Ramadhan kita join ODOJ yang lain pula ye.

Moga Al-Quran menjadi manual kehidupan kita.

Jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat ODOJ saya.

*NurAmalina*Nor Hayati*Masturah*Syazulaikha*Qhairun Nabila*Maisarah*Hamizah Husin*Najibah*Syafawani*Rusfatin*Syuhaidah*Hamizah Solihah*Syima*Afifah*Amalina Alleyas*Saiton*Sakinah* Madihah*Hafizan*Sharifah Muslihah*Liyana PASUM*Fatin Syahida*Zafirah*Rosmiera*Q.Nasuha*Maizatul Hanani*Siti Nor Aqilah*Nurul Huda*Nuraisyah Liyana*Syakirah Rohani*Qhairun Nabiha*Aku ( Hidayah )

dan kordinator Aqidah. ^___^

Terima kasih. Sayang Antunna! Allahuyubarikfikum! Kalian memaknakan Ramadhan saya.

Banyak aku belajar daripada mereka,
ada yang istiqamah tepat menjadi YANG PERTAMA menyelasaikan tilawahnya.
ada yang tetap berusaha menyelesaikan tilawahnya walau bagaimana pun penuh jadualnya,
ada yang sering membeli lelongan Juz yang tidak selesai ( bermakana dia menambah bilangan bacaannya )
sabarnya mereka menanti update ODOJERS yang lain.
dan banyak lagi.

Dan benarlah Tilawah atau membaca Al-Quran  bukan pada WAKTU LAPANG.
Bila TIDAK LAPANG, rutin harian penuh, maka tilawah DITINGGALKAN!

TAPI

Kita yang perlu mencari masa, menyediakan masa tertentu atau KHAS untuk TILAWAH.
Untuk berdua dengan Al-Quran.
Untuk meninggalkan dunia seketika, saat Al-Quran dibuka.

dan ya
ODOJ banyak membantu.
Terima kasih KAFA UM.

Wallahua'lam.. Selamat melalui Ramadhan yang berbaki. Moga mampu kita meraih TAQWA


Saturday, 19 July 2014

TAMAK!


Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu hari ketika aku sedang menyapu sampah di ruang tamu.
"Kak Dayah nanti kalau jumpa duit bagi Jahid tau! " kata adik bongsuku Mujahid, darjah 2.

Ok.

Selang beberapa minit, "Jahid!! akak jumpa duit ni, sepuluhsen.."

Jahid : Sepuluh sen taknak! Jahid nak seringgit je...

Huhu..

Adikku,
Seringgit takkan ada,jika tiada sepuluh sen.
Seringgit sama nilainya dengan 10 keping duit syiling 10 sen tau.



...........................................................................................................................................................

Dan aku kira perkara yang sama pada amal soleh yang kita lakukan.

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada amalan yang besar atau amalan-amalan yang ada di sebut fadhilatnya di dalam hadis.

Tapiiii

Kita lupa amalan-amalan yang kecil tapi sebenarnya sangat besar kesannya.

Contoh amalan kecil yang aku maksudkan :
~bermanis muka
~memberi salam
~meminta maaf
~memungut sampah
~tolong bukakan pintu orang
~ucap terima kasih
~mengutip nasi atau makanan yang terkeluar dari pinggan
~beri gula-gula pada kawan yang mengantuk dalam kelas
~memberi respon pada pertanyaan orang
~memudahkan urusan orang lain
~menunaikan hajat orang

dan banyak lagi...



amalan-amalan kecil atau dengan kata lainnya akhlak kita.
Amalan-amalan inilah yang menunjukkan NILAI diri kita.

Kalau kita tengok sirah sahabat, ada sahabat yang sanggup menyeberangi sungai hanya kerana ingin mengutip sampah yang ada di seberang sungai tersebut. Ada sahabat yang berulang ke pasar setiap hari hanya kerana ingin memberi salam pada orang-orang yang dijumpai sepanjang perjalanan. Ada sahabat yang bertahun-tahun istiqamah mengutip sisa pensil di masjid. MasyaAllah. Tabarakallah!

Tamaknya mereka pada kebaikan.
Mulianya peribadi mereka.
Akhlak mereka cerminan ketinggian & kehalusan Islam.

Sedang aku
Tamaknya pada harta & dunia.
Cepat benar marahnya.
Tidak istiqamah melakukan kebaikan.
Mampukan mencerminkan kemuliaan Islam?

Aku kira sifirnya sama
Sehelai baju takkan ada tanpa adanya selembar benang
Sebuah pondok kayu takkan ada  tanpa adanya sepotong kayu
Buku takkan terhasil tanpa adanya sehelai muka surat

Mana mungkin kita bisa melakukan amalan-amalan yang besar tanpa kita menghiraukan amalan-amalan yang kecil

Muslim yang tinggi akhlaknya pasti halus peribadinya, lihat sahaja Rasulullah & para sahabat.

Suka aku kongsikan sedikit cerita di bumi waqafan.
Menjadi peraturan di dewan makan Aspuri kami, agar duduk & bangun daripada kerusi TANPA sebarang BUNYI.
Dengan lantai yang licin & kerusi plastik yang yang kami duduki itu pasti akan bergesel dan mengeluarkan bunyi. Namun, kami dilatih untuk angkat kerusi tersebut ketika ingin duduk atau bangun tanpa sebarang bunyi.
Jika tidak,
akan terdengar suara ketua pelajar ( baca : pengawas ) di corong speaker "warga Aspuri ada masalah ke? "



Setiap hari ketika makan malam, semua warga aspuri akan berkumpul dan makan bersama-sama. Sebelum makan, warga aspuri akan membaca al-mathurat bersama-sama. Selepas itu, sambil makan, pelbagai pengumuman berkaitan sekolah & asrama akan diumumkan oleh ketua pelajar yang bertugas atau mana-mana pelajar. Kadang-kadang ada teguran atau tazkirah daripada pelajar. Semasa makan juga pelajar dilarang membuat sebarang bunyi bising. Huh, susah sebenarnya sebab aku sendiri kalau boleh masa makan ni lah nak sembang ngn rumate, sebab kami akan makan mengikut rumah dan tingkatan yang juga merangkap rumate masing-masing. Pelajar yang berpuasa dibenarkan duduk di ruang yang disediakan. Yang penting SEMUA ASPURI WAJIB TURUN pada waktu makan malam. Pelajar yang disebut namanya kerana didenda JAKSA akan menjalankan denda mereka sewaktu orang lain sedang makan. Pelajar yang selesai makan awal, tidak boleh terus bangun, mereka perlu menunggu rakan-rakan lain selesai, sehingga ketua pelajar membacakan doa selepas makan. Oh ya, semasa makan juga ( waktu hampi-hampir semua dah selesai makan ), ketua pelajar akan mengumumkan birthday pelajar pada hari tersebut dan akan dibacakan doa. Dan semua warga aspuri akan menyanyikan lagu hari lahir. Selepas doa selepas makan dibacakan, ketua pelajar akan menyebut nama rumah dan tingkatan yang akan bangun meletakkan pinggan dan membasuh tangan. Dan inilah yang aku nak cerita sebenarnya. Banyak 'tekanan' waktu ni.
1-semua dah lama tunggu nak cepat bangun letak pinggan & basuh tangan ( lagi2 kalau pengumuman tadi banyak sangat )
2-ada yang nak cepat kejar nak siapakan diri sebab nanti nak kejar maghrib ( lambat kena JAKSA pula nanti )
3-ada yang nak siapkan homework
4-ada yang nak kejar perjumpaan pimpinan
5-ada yang nak kejar seterika baju
6-macam-macam lagi
Jadi, semua pelajar akan berharap rumah & tingkatannya adalah yang pertama disebut oleh ketua pelajar.
contoh : Rumah Ali, Tingkatan 6
Maka, semua pelajar tingkatan 6 rumah Ali akan bangun tanpa sebarang bunyi kerusi untuk meletakkan pinggan & membasuh tangan. Tapi, andaikata ada bunyi kerusi, apa jadi??

Ketua pelajar akan kata : Duduk semula

Arghhhhhh, ya, ayat yang paling dibenci dan semua orang akan rasa tak puas hati.. Aku nak cepat!!!! Siapa la yang tak reti nak angkat kerusi ni..

Tapi apa pengajaran yang aku dapat.
AKHLAK, sekecil-kecil perkara.



Angkat kerusi je pun!
Apa yang besar sangat?
Apa yang jadi masalah sangat?

Pimpinan nak ajar kami agar halus peribadi,
agar peka pada sekecil-kecil perkara,
agar meninggikan NILAI diri,
agar mengangkat MARTABAT ISLAM dengan akhlak,

Ya, pesan ustaz, Tamaklah pada kebaikan.

Berakhlaklah, agar masyarakat dapat melihat ketinggian akhlak Nabi dan ketelitian akhlak Islam, melalui akhlak kita.
Akhlak buat kau jadi cantik, cun melecun, hensem, comel dan seerti dengannya. ^____^

Wallahua'lam.







Monday, 7 July 2014

Mana tudung saya???


Suatu petang di bumi waqafan..
Kelihatan para pelajar aspuri sedang bersiap-siap untuk turun ke 'musolla' bagi menunaikan solat maghrib berjemaah.

Beberapa minit lagi azan maghrib akan berkumandang.

"Rumaisha, jom turun surau, lagi 10 minit nak azan ni, nanti kena JAKSA pulak kita" ajak Fatin rakan sebilikku.

"Em, Fatin turun dulu ye, nanti saya turun, saya nak kemas barang sikit ni.." balasku.

Ok!

Sambil-sambil mengemas barang, aku berfikir-fikir soal JAKSA & kepentingannya.

...........................................JAKSA atau nama penuhnya Jawatankuasa Solat Awal adalah satu jawatankuasa yang dibentuk oleh para pimpinan bagi memastikan pelajar-pelajar aspuri solat awal & berjemaah di musolla. Akan ada pelajar yang bertugas untuk menjaga pintu masuk musolla dan mencatat nama, tingkatan & rumah selepas sebaik sahaja azan berhenti berkumandang atau kata lain habis azan. Maka,apabila azan mula sahaja berkumandang, semua warga aspuri berlari-lari anak ke musolla. Apa sahaja perkerjaan yang dilakukan pada waktu itu dihentikan.Nama yang dicatat tadi akan didenda pada keesokan harinya, kadang-kadang kemas surau, baca surah as-sajadah & macam-macam denda lain.Tak ingat dah.Ada sahaja yang jenis tak kisah, tentang peraturan ini, tapi ada satu sebab yang akan membuatkan semua pelajar 'kisah'. Iaitu nama yang dicatat tadi akan diumum di dewan makan, sewaktu semua warga aspuri berkumpul untuk makan malam, dan yang paling dirisaukan ialah ianya melibatkan nama rumah dan tingkatan masing-masing atau MARUAH rumah masing-masing. haha.. Sebab akhir bulan nanti akan diumukan contoh: Catatan JAKSAyang tertinggi bagi bulan ini ialah Tingkatan 6 ALI... Maka, terhimpunlah segala rasa malu & bersalah pada warga rumah Ali tingkatan 6. Datanglah ketua rumah berjumpa warga rumah Tingkatan 6 rumah Ali agar tidak melakukan kesilapan yang sama.Bermulalah bisik-bisik, desas-desus, warga rumah Ali tingkatan 4 & 5 menyalahkan warga Ali tingkatan 6 kerana telah mencalar nama rumah mereka.

Situasi ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Ada yang akan kata "kita melahirkan manusia yang takut pada peraturan, bukan pada tuhan". Tak kurang ada juga yang kata "ah, dorang solat awal waktu & berjemaah tak ikhlas!". Malah ada yang berkata "semua manusia akan buat silap, kenapa perlu disebut2 kesalahannya? " pelbagai persepsi. Namun aku melihat ia dari sudut positif, Ia sebagai proses TARBIYYAH. Proses mendidik diri agar takut pada Tuhan, proses menndidik diri agar solat pada waktunya, proses mendidik diri agar solat berjemaah, proses mendidik diri agar disiplin. Dalam masa yang sama pupuk keikhlasan. Kadang-kadang keikhlasan akan hadir dari sebuah latihan keterpaksaan.

Sedang aku mengelamun jauh,
tiba-tiba
Allahuakbar, allahuakbar!



Eh azan la. Tanpa berfikir panjang, aku menyarung tudungku dan mengambil telekung dan terus melangkah ke musolla. Dalam hati aku tak putus- putus menyalahkan diri kerana tidak mengikut ajakan Fatin tadi. Sebagai pelajar senior dan pimpinan aku tak boleh memberi contoh yang buruk. Allah2.

Sesampai di musolla, aku meletakkan tudungku di atas tempat yang biasa ku letak berhampiran dengan tudung-tudung warga aspuri yang lain.

Selesai mengambil wudhu'. Dengan kelam kabut kerana risau azan akan berakhir dan namaku akan dicatat, aku mencari tudungku. "Mana tudung saya? " warna tudung para pelajar yang sama, membuat aku susah untk mengenalpasti yang mana satu tudungku. Tanpa berfikir panjang aku terus berkata" Ni mesti ada orang alihkan tudung saya! Ni yang malas ni, semua orang pun nak cepat, tak payah lah nak alih-alih".



Tiba-tiba Sophia, junior f5 di hadapanku, "cuba akak cari betul-betul, tak p mana pun tudung tu" Dan aku pun mencari, angkat-angkat, belek-belek tudung yang ada kat situ "Eh, ada la pulak, ni ha dah jumpa". Tak berubah pun kedudukan tudung tu sebenarnya daripada tempat yang aku letak. Maksudnya, takde orang pun yang alihkan. Sedang aku menyarung tudungku, Sophia berkata " tulah kita ni cepat sangat nak salahkan orang lain, cepat sangat nak tunding jari kat orang, padahal kita yang silap" Ya, aku malu. Malu dengan Sophia, malu dengan diriku.Sentap memang sentap. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi bagi aku pengajaran yang cukup besar, walau peristiwa ni berlaku hampir 2 tahun yang lepas, tapi aku masih mengingatinya.



Benarlah hikmah dan ilmu kita bisa memperolehnya dari sesiapa sahaja. maka kutip & ambil ia.
Seringkali kita lupa satu jari yang menunding kepada orang lain, tapi lagi 3 jari menunding ke arah kita.
Menyalahkan diri sendiri, kita takkan pernah rugi, kerana kita akan berusaha memperbaikinya dan dalam proses itu kita akan bertambah baik, bertambah kualiti diri.
Menyalahkan orang lain, membuat ukhwah jadi renggang, bibit permusuhan akan timbul dan kita takkan dapat apa-apa melainkan kebencian orang lain.

Jazakillah khair dek atas peringatan itu! Tak tahu kau ingat lagi ke tidak peristiwa ini.. ^^

Wallahua'lam.

p/s: kisah benar yang ada ditokok tambah