Bismillahirrahmanirrahim...
Suatu hari ketika aku sedang menyapu sampah di ruang tamu.
"Kak Dayah nanti kalau jumpa duit bagi Jahid tau! " kata adik bongsuku Mujahid, darjah 2.
Ok.
Selang beberapa minit, "Jahid!! akak jumpa duit ni, sepuluhsen.."
Jahid : Sepuluh sen taknak! Jahid nak seringgit je...
Huhu..
Adikku,
Seringgit takkan ada,jika tiada sepuluh sen.
Seringgit sama nilainya dengan 10 keping duit syiling 10 sen tau.
...........................................................................................................................................................
Dan aku kira perkara yang sama pada amal soleh yang kita lakukan.
Kadang-kadang kita terlalu fokus pada amalan yang besar atau amalan-amalan yang ada di sebut fadhilatnya di dalam hadis.
Tapiiii
Kita lupa amalan-amalan yang kecil tapi sebenarnya sangat besar kesannya.
Contoh amalan kecil yang aku maksudkan :
~bermanis muka
~memberi salam
~meminta maaf
~memungut sampah
~tolong bukakan pintu orang
~ucap terima kasih
~mengutip nasi atau makanan yang terkeluar dari pinggan
~beri gula-gula pada kawan yang mengantuk dalam kelas
~memberi respon pada pertanyaan orang
~memudahkan urusan orang lain
~menunaikan hajat orang
dan banyak lagi...
amalan-amalan kecil atau dengan kata lainnya akhlak kita.
Amalan-amalan inilah yang menunjukkan NILAI diri kita.
Kalau kita tengok sirah sahabat, ada sahabat yang sanggup menyeberangi sungai hanya kerana ingin mengutip sampah yang ada di seberang sungai tersebut. Ada sahabat yang berulang ke pasar setiap hari hanya kerana ingin memberi salam pada orang-orang yang dijumpai sepanjang perjalanan. Ada sahabat yang bertahun-tahun istiqamah mengutip sisa pensil di masjid. MasyaAllah. Tabarakallah!
Tamaknya mereka pada kebaikan.
Mulianya peribadi mereka.
Akhlak mereka cerminan ketinggian & kehalusan Islam.
Sedang aku
Tamaknya pada harta & dunia.
Cepat benar marahnya.
Tidak istiqamah melakukan kebaikan.
Mampukan mencerminkan kemuliaan Islam?
Aku kira sifirnya sama
Sehelai baju takkan ada tanpa adanya selembar benang
Sebuah pondok kayu takkan ada tanpa adanya sepotong kayu
Buku takkan terhasil tanpa adanya sehelai muka surat
Mana mungkin kita bisa melakukan amalan-amalan yang besar tanpa kita menghiraukan amalan-amalan yang kecil
Muslim yang tinggi akhlaknya pasti halus peribadinya, lihat sahaja Rasulullah & para sahabat.
Suka aku kongsikan sedikit cerita di bumi waqafan.
Menjadi peraturan di dewan makan Aspuri kami, agar duduk & bangun daripada kerusi TANPA sebarang BUNYI.
Dengan lantai yang licin & kerusi plastik yang yang kami duduki itu pasti akan bergesel dan mengeluarkan bunyi. Namun, kami dilatih untuk angkat kerusi tersebut ketika ingin duduk atau bangun tanpa sebarang bunyi.
Jika tidak,
akan terdengar suara ketua pelajar ( baca : pengawas ) di corong speaker "warga Aspuri ada masalah ke? "
Setiap hari ketika makan malam, semua warga aspuri akan berkumpul dan makan bersama-sama. Sebelum makan, warga aspuri akan membaca al-mathurat bersama-sama. Selepas itu, sambil makan, pelbagai pengumuman berkaitan sekolah & asrama akan diumumkan oleh ketua pelajar yang bertugas atau mana-mana pelajar. Kadang-kadang ada teguran atau tazkirah daripada pelajar. Semasa makan juga pelajar dilarang membuat sebarang bunyi bising. Huh, susah sebenarnya sebab aku sendiri kalau boleh masa makan ni lah nak sembang ngn rumate, sebab kami akan makan mengikut rumah dan tingkatan yang juga merangkap rumate masing-masing. Pelajar yang berpuasa dibenarkan duduk di ruang yang disediakan. Yang penting SEMUA ASPURI WAJIB TURUN pada waktu makan malam. Pelajar yang disebut namanya kerana didenda JAKSA akan menjalankan denda mereka sewaktu orang lain sedang makan. Pelajar yang selesai makan awal, tidak boleh terus bangun, mereka perlu menunggu rakan-rakan lain selesai, sehingga ketua pelajar membacakan doa selepas makan. Oh ya, semasa makan juga ( waktu hampi-hampir semua dah selesai makan ), ketua pelajar akan mengumumkan birthday pelajar pada hari tersebut dan akan dibacakan doa. Dan semua warga aspuri akan menyanyikan lagu hari lahir. Selepas doa selepas makan dibacakan, ketua pelajar akan menyebut nama rumah dan tingkatan yang akan bangun meletakkan pinggan dan membasuh tangan. Dan inilah yang aku nak cerita sebenarnya. Banyak 'tekanan' waktu ni.
1-semua dah lama tunggu nak cepat bangun letak pinggan & basuh tangan ( lagi2 kalau pengumuman tadi banyak sangat )
2-ada yang nak cepat kejar nak siapakan diri sebab nanti nak kejar maghrib ( lambat kena JAKSA pula nanti )
3-ada yang nak siapkan homework
4-ada yang nak kejar perjumpaan pimpinan
5-ada yang nak kejar seterika baju
6-macam-macam lagi
Jadi, semua pelajar akan berharap rumah & tingkatannya adalah yang pertama disebut oleh ketua pelajar.
contoh : Rumah Ali, Tingkatan 6
Maka, semua pelajar tingkatan 6 rumah Ali akan bangun tanpa sebarang bunyi kerusi untuk meletakkan pinggan & membasuh tangan. Tapi, andaikata ada bunyi kerusi, apa jadi??
Ketua pelajar akan kata : Duduk semula
Arghhhhhh, ya, ayat yang paling dibenci dan semua orang akan rasa tak puas hati.. Aku nak cepat!!!! Siapa la yang tak reti nak angkat kerusi ni..
Tapi apa pengajaran yang aku dapat.
AKHLAK, sekecil-kecil perkara.
Angkat kerusi je pun!
Apa yang besar sangat?
Apa yang jadi masalah sangat?
Pimpinan nak ajar kami agar halus peribadi,
agar peka pada sekecil-kecil perkara,
agar meninggikan NILAI diri,
agar mengangkat MARTABAT ISLAM dengan akhlak,
Ya, pesan ustaz, Tamaklah pada kebaikan.
Berakhlaklah, agar masyarakat dapat melihat ketinggian akhlak Nabi dan ketelitian akhlak Islam, melalui akhlak kita.
Akhlak buat kau jadi cantik, cun melecun, hensem, comel dan seerti dengannya. ^____^
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment