Monday, 7 July 2014

Mana tudung saya???


Suatu petang di bumi waqafan..
Kelihatan para pelajar aspuri sedang bersiap-siap untuk turun ke 'musolla' bagi menunaikan solat maghrib berjemaah.

Beberapa minit lagi azan maghrib akan berkumandang.

"Rumaisha, jom turun surau, lagi 10 minit nak azan ni, nanti kena JAKSA pulak kita" ajak Fatin rakan sebilikku.

"Em, Fatin turun dulu ye, nanti saya turun, saya nak kemas barang sikit ni.." balasku.

Ok!

Sambil-sambil mengemas barang, aku berfikir-fikir soal JAKSA & kepentingannya.

...........................................JAKSA atau nama penuhnya Jawatankuasa Solat Awal adalah satu jawatankuasa yang dibentuk oleh para pimpinan bagi memastikan pelajar-pelajar aspuri solat awal & berjemaah di musolla. Akan ada pelajar yang bertugas untuk menjaga pintu masuk musolla dan mencatat nama, tingkatan & rumah selepas sebaik sahaja azan berhenti berkumandang atau kata lain habis azan. Maka,apabila azan mula sahaja berkumandang, semua warga aspuri berlari-lari anak ke musolla. Apa sahaja perkerjaan yang dilakukan pada waktu itu dihentikan.Nama yang dicatat tadi akan didenda pada keesokan harinya, kadang-kadang kemas surau, baca surah as-sajadah & macam-macam denda lain.Tak ingat dah.Ada sahaja yang jenis tak kisah, tentang peraturan ini, tapi ada satu sebab yang akan membuatkan semua pelajar 'kisah'. Iaitu nama yang dicatat tadi akan diumum di dewan makan, sewaktu semua warga aspuri berkumpul untuk makan malam, dan yang paling dirisaukan ialah ianya melibatkan nama rumah dan tingkatan masing-masing atau MARUAH rumah masing-masing. haha.. Sebab akhir bulan nanti akan diumukan contoh: Catatan JAKSAyang tertinggi bagi bulan ini ialah Tingkatan 6 ALI... Maka, terhimpunlah segala rasa malu & bersalah pada warga rumah Ali tingkatan 6. Datanglah ketua rumah berjumpa warga rumah Tingkatan 6 rumah Ali agar tidak melakukan kesilapan yang sama.Bermulalah bisik-bisik, desas-desus, warga rumah Ali tingkatan 4 & 5 menyalahkan warga Ali tingkatan 6 kerana telah mencalar nama rumah mereka.

Situasi ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Ada yang akan kata "kita melahirkan manusia yang takut pada peraturan, bukan pada tuhan". Tak kurang ada juga yang kata "ah, dorang solat awal waktu & berjemaah tak ikhlas!". Malah ada yang berkata "semua manusia akan buat silap, kenapa perlu disebut2 kesalahannya? " pelbagai persepsi. Namun aku melihat ia dari sudut positif, Ia sebagai proses TARBIYYAH. Proses mendidik diri agar takut pada Tuhan, proses menndidik diri agar solat pada waktunya, proses mendidik diri agar solat berjemaah, proses mendidik diri agar disiplin. Dalam masa yang sama pupuk keikhlasan. Kadang-kadang keikhlasan akan hadir dari sebuah latihan keterpaksaan.

Sedang aku mengelamun jauh,
tiba-tiba
Allahuakbar, allahuakbar!



Eh azan la. Tanpa berfikir panjang, aku menyarung tudungku dan mengambil telekung dan terus melangkah ke musolla. Dalam hati aku tak putus- putus menyalahkan diri kerana tidak mengikut ajakan Fatin tadi. Sebagai pelajar senior dan pimpinan aku tak boleh memberi contoh yang buruk. Allah2.

Sesampai di musolla, aku meletakkan tudungku di atas tempat yang biasa ku letak berhampiran dengan tudung-tudung warga aspuri yang lain.

Selesai mengambil wudhu'. Dengan kelam kabut kerana risau azan akan berakhir dan namaku akan dicatat, aku mencari tudungku. "Mana tudung saya? " warna tudung para pelajar yang sama, membuat aku susah untk mengenalpasti yang mana satu tudungku. Tanpa berfikir panjang aku terus berkata" Ni mesti ada orang alihkan tudung saya! Ni yang malas ni, semua orang pun nak cepat, tak payah lah nak alih-alih".



Tiba-tiba Sophia, junior f5 di hadapanku, "cuba akak cari betul-betul, tak p mana pun tudung tu" Dan aku pun mencari, angkat-angkat, belek-belek tudung yang ada kat situ "Eh, ada la pulak, ni ha dah jumpa". Tak berubah pun kedudukan tudung tu sebenarnya daripada tempat yang aku letak. Maksudnya, takde orang pun yang alihkan. Sedang aku menyarung tudungku, Sophia berkata " tulah kita ni cepat sangat nak salahkan orang lain, cepat sangat nak tunding jari kat orang, padahal kita yang silap" Ya, aku malu. Malu dengan Sophia, malu dengan diriku.Sentap memang sentap. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi bagi aku pengajaran yang cukup besar, walau peristiwa ni berlaku hampir 2 tahun yang lepas, tapi aku masih mengingatinya.



Benarlah hikmah dan ilmu kita bisa memperolehnya dari sesiapa sahaja. maka kutip & ambil ia.
Seringkali kita lupa satu jari yang menunding kepada orang lain, tapi lagi 3 jari menunding ke arah kita.
Menyalahkan diri sendiri, kita takkan pernah rugi, kerana kita akan berusaha memperbaikinya dan dalam proses itu kita akan bertambah baik, bertambah kualiti diri.
Menyalahkan orang lain, membuat ukhwah jadi renggang, bibit permusuhan akan timbul dan kita takkan dapat apa-apa melainkan kebencian orang lain.

Jazakillah khair dek atas peringatan itu! Tak tahu kau ingat lagi ke tidak peristiwa ini.. ^^

Wallahua'lam.

p/s: kisah benar yang ada ditokok tambah









No comments:

Post a Comment