Friday, 27 June 2014

Langkah!

Di bumi waqafan ini,
sebuah episod kehidupan baru akan ku cipta,
memujuk hati untuk redha,
mencari sebuah hikmah,
melangkah dengan lebih yakin,
kerana aku pasti,
ini jalan yg Kau pilih buatku...

peribadi mulia warga bumi ini,
membuat aku bangga menjadi muslim,
huluran ukhwah diberikan padaku,
mana mungkin aku bisa menepis huluran itu...

sungguh,ketenangan yg aku rasakan di sini,
nikmatnya saat-saat bersamaMu,
indahnya ukhwah keranaMu,
tingginya ilmuMu,
membuat hati aku terpaut di sini...
keindahan ini membuat aku terantai di sini..
manisnya iman & islam ku rasakan,
azamku,akan ku mengutip mutiara-mutiara di bumi ini

Julai 2011
Dalam kelas 6B2

~puisi ni aku tulis waktu awal-awal berada di Kisas


No comments:

Post a Comment