Bismillahirrahmannirrahim.
Dengan namaMu aku menulis, agar aku tidak mengulangi lagi kesilapan ini.
Minggu pertama cuti semester bagi aku. ( Ada lagi member2 yang masih berjuang di medan 'exam', moga mereka terus cekal menggerak pena )
Menyelesaikan semua urusan yang tergendala sebelum memasuki Ramadhan. Antaranya ialah hal lesen memandu aku yang tak selesai-selesai lagi. Sepatutnya dari lesen P ke lesen biasa pada bulan 3 2013. Sekarang dah bulan 6 2014. Lebih setahun. 3 kali p pejabat, akhirnya tadi baru selesai. Rayuan aku diterima. Tapiiiiii... sadisnya ialah
AKU KENA START DARI L semula. Oh ye, alhamdulillah tanpa ujian praktikal tu semua, test JPJ & etc.
So tadi bayar RM 30 & dapat lesen L selama 3 bulan, means sampai bulan 9. Pastu sambung lesen P. lupa nak tanya berapa lama, tapi kalau yg betul 2 tahun la. Huhu.. Nampaknya, lama lagi la merasa dapat lesen betul. Haha, padan muka. Siapa suruh tak ambik tahu pasal peraturan ni.
Lepas selesai urusan itu, aku & umi ambil kesempatan ini untuk jalan-jalan pusing semua kedai & butik yang ada kat kawasan tu. Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang mengajak aku turut serta menjadi fasilitator bagi sebuah program. Fasilitator adalah tugas yang amat kuminati. Namun kerana teringat janji aku dengan umi & adik untuk jalan-jalan esok, maka aku tangguhkan dahulu keputusanku.
Perkiraanku begini antara janji dengan UMI & join program tu. Kebetulan program tu anjuran NGO yang aku tak pernah join lagi. Maka, aku yang meminati bidang fasilitator ini memandang ia adalah satu peluang untuk menambah pengalaman dengan rakan kerja yang berbeza dan aku melihat sasaran pesertanya serta modul yang ingin dibawakan juga begitu menarik. Aku teruja! Maka kutanyakan pendapat umi. Umi seperti biasa membenarkan dan umi kata boleh tangguhkan jalan-jalan tu ke hari lain.
Setelah mengesahkan penglibatan aku pada sahabat aku dan bertanya perjalanan program semua, baru aku tanya ayah aku. Huhu, silap aku. Seharusnya BERTANYA bukan MEMBERITAHU. Maka apbila ingin bertanya seharusnya sebelum mengesahkan kehadiran aku. T_T Dan jawapan abah : abah tak bagi atas banyak sebab. Antaranya alasan abah yang selalu takde mahram. Bahaya perempuan sorang-sorang. Takde kepentingan dan tak terdesak cuba elakkan.
TAPI ADA SATU LAGI SEBAB YANG AKU KIRA LAGI BESAR...
JANJI. Aku dah janji dengan umi. UMI kot. bukan sebarang orang. Maka seharusnya Umi itu diutamakan. Segala apa yang datang selepas janji yang telah dibuat harus ditolak atas SEBESAR MANAPUN SEBABNYA. Walaupun kalau tengok program yang aku nak join tu bagus. Niat aku baik, tapi UTAMAKAN APA YANG UTAMA DI ANTARA PERKARA-PERKARA YANG UTAMA KERANA PERKARA YANG PALING UTAMA ADLAH PERKARA YANG PALING UATAMA ANTARA SEMUA PERKARA-PERKARA YANG UTAMA. ( huhu, bretul ke ayat ni??? ) Ini bukan kali pertama mungkin, aku rasa aku pernah buat jugak kut dosa macam ni sebelum ni. Mungkin bukan pada umi, tapi pada orang lain. Tapi aku tak ingat. Kerana aku manusia yang sering melupakan dosa kot, banyak sangat dosa. Allah~
Untuk ke sejuta kalinya Terima Kasih abah atas teguran ini.
Dan aku usha2 Fb terjumpa pulak ayat ni :
Dlm
Sabilal Muhtadin ada sebut, Bughyatul Tullab pun ada.
Akhir
zaman, thabit dlm Minhajil 'Abidiin, naqal dr Syeikh Sufyan at - Thauri,
هذا الزمان السكوت ولزووم البيوت وريضأ بالقوت
Ini
zaman zaman diam, dan melazimi akan segala rumah - rumah dan redha [ mencukupi
] dgn qut [ makanan yg mengenyangkan - makanan ruji ]
Jd kita
klu tkda keperluan apa, duk rumah cukup, tk pyh kuat berjalan sgt, zaman
fitnah, keluar rumah mcm - mcm nampak - jumpa, istimewa lg [ lebih - lebih lg ]
perempuan / muslimat.
Semenjak form 3 aku selalu berkhidmat sebgai fasilitator sama ada di sekolah, mahupun program-program bersama NGO atau mana-mana konsultan.
Suatu hari waktu berprogram bersama KRU, ada seorang penceramah tu kata " kewajipan utama seorang wanita berjuang di rumahnya untuk mendidik & membentuk anak-anak, bukan turun kepada masyarakat"
Hingga hari ini, aku masih keliru tentang ini. Kerana hakikatnya ramai wanita berada dalam medan dakwah & tarbiyyah di luar sana. Cukupkah bilangan mereka? Perlukah aku turut sama bersama mereka?
Aku suka bidang fasilitator kerana bagi aku itu ruang terbesar yang aku boleh sumbang & kongsi ilmu & pengalaman yang aku ada. Mendengar & memerhati kisah hidup mereka. Bersama masyarakat sering membuat aku termuhasabah dan membuat aku merancang hidupku dengan lebih baik juga membuat aku berazam untuk berusaha lebih gigih.
Namun tidak dapat tidak aku akui juga, zaman ini zaman fitnah. Ada sahaja!
Aku masih mencari jawapannya..
Apa yang pasti buat lah apa pun asalkan Allah & Rasul redha, umi & abah redha.
Wallahua'lam.
p/s : maaf sahabat, kau pula jadi mangsa, untuk sebuah pengajaran pada aku, dah la antum kekurangan fasi. Moga program antum berjalan lancar. in sha Allah niat yang baik + usaha yang gigih Allah pasti bantu. Aku sedih juga sebanarnya mula2 tadi tak dapat join antum, tapi aku yakin pasti ada hikmah.