Friday, 27 June 2014

Puisi buat sahabat

Sahabat,
pergimu bukan bermakna engkau hilang,
bukan bermakna ukhwah kita mati,
tapi di sini nilai ukhwah kita diuji....

Sahabat,
tiada kata yg dapat ku lafazkan,
tiada rasa yg mampu kuluahkan,
segalanya terbuku di sini,
di tempat memori kita terpahat.

Sahabat,
 kau sedaya upaya buat aku gembira,
 buat aku tersenyum,
buat aku tertawa,
di saat kau punyamasalah,
di saat hati kau dalam kedukaan,
kaumasih tersenyum untuk aku.
Aku hargainya sahabat.

Sahabat,
terlalu banyak cerita kita,
sematlah ia dalam hati & minda kita,
agar kau ada dalam diri aku,
dan aku ada dalamdiri engkau,
maafkan aku teman,
kerana aku bukan sahabat yg baik,
seringkalai aku buat kau kecewa.

Sahabat,
akan kupahat kebaikanmu di atas batu,
dan akan aku lakar kesilapanmu di atas pasir,
agar kebaikan engkau tetap padaku,
dan keburukan kau hilang di bawa ombak.

sahabat,
jalan kita mungkin berbeza,
tapi ikatan kita tetap satu,
jalan ini masih jauh sahabatku,
jgn pernah kau tinggalkan aku,
ketuk aku di ssaat aku alpa,
tarik aku di saat aku hampir jatuh..

sahabat,
jagalah dirimu di mana pun kau berada,
tetaplah engkau dengan islam& iman,
kerana di situ nilai dirimu,
namamu akan terus meniti dalam doaku...

~puisi ini aku tulis sempena perpindahan 2 orang shabat Kolej Islam kami, mereka pindah sambung belajar di tempat lain

2012

No comments:

Post a Comment