Terima kasih Allah kerana begitu pemurah, begitu penyayang, begitu baik pada aku...
Akhirnya berakhir juga semester dua aku.
Semester dua yang seharusnya lebih baik daripada semester satu.
Tapi hakikatnya,
lebih teruk, lebih tak tersusun, lebih kelam kabut.
Bukan tidak ada 'planner', bukan tidak ada jadual.
Tapi,
Disiplin yang lemah. Azam yang rapuh. Semangat yang sering turun.
Allah.
Terlalu lemah aku dalam mengatur hari-hariku.
Kesilapan-kesilapan yang lalu seharusnya dielakkan berulang, tetapi sayang bukan sahaja berulang malah bertambah.
Wahai diri, apa yang kau ingin sebenarnya?
Apa kau cari sebenarnya?
Mana matlamat yang kau canangkan?
Perancangan hebat!
Sembang kencang!
Tapi saat di medan pengaplikasian, mujahadah kau sering tewas.
Dengan perkara-perkara kecil, dengan nafsu dalam diri.
Moga ia jadi pengajaran buat diri.
Sem ni aku ambil 8 subjek 2 subjek tidak ada exam.
Pengantar Syariah
Al-Aqaid Al-Islamiyah
Akhlak Tasawwuf
Bahasa Arab 1
Hubungan Etnik
Bahasa Inggeris ( Writing )
Jalinan Masyarakat
Hafazan
Sem yang singkat sangat rasanya. Terlalu banyak cerita, terutama bagi subjek yang tidak ada 'exam'.
JM & hafazan.
JM atau Jalinan Masyarakat dan hafazan mungkin aku akan kongsikan ceritanya dalam post2 yang lain..
Apa yang pasti, mengharungi sem ini bersama sahabat2 Japi, membuat aku lebih mengenali setiap dari mereka. Punya keistimewaan yang tersendiri.
Sem ini lagi banyak benda baru aku pelajari dan sudah tentu Hidayah, tidak cukup terhenti sampai di sini atau di dalam dewan kuliah semata, gali lagi, kaji lagi, bina kefahaman.
Tiadalah ilmu itu selain untuk dipelajari, difahami dan diamalkan juga disampaikan.
Sem depan,
waktu nak buat slides untuk presentation,
terus buat assignmentnya,
minggu kedua dah print kertas soalan past year
nota-nota yang nak dihadam siap paling lewat waktu study week bukan exam week,
buku & nota yang lecturer bagi sila baca awal-awal, bukan study week baru nak baca,
try jawab semua soalan past year & semak jawapan kat lecturer
Itu perancangan akademik.
Perancangan ibadah & akhlak teruskan yang lama. ( sebab tu pun tak istiqamah lagi ) :(
Teringat kawan aku kata 'hakikatnya kefahaman baru bermula selepas exam berakhir'.
Aku rasa aku tahu kenapa, kerana waktu nak exam tu baru aku mengkaji, mencari dan membaca. Tidak hairanlah kenapa kefahaman baru bermula.
Kalau aku mulakan awal, maka awallah proses itu berlaku.
Pengurusan masa.
Masa berbual kosong, masa melayari internet sangat perlu dikurangkan.
Mengutamakan apa yang utama di antara perkara-perkara yang utama.
Tidak menannguh kerja.
Ukhwah dengan sahabat kolej.
Solat berjemaah di surau setiap hari.
Ziarah sahabat-sahabat bilik lain.
Riadah sekali.
Join program kolej yang boleh kau manfaatkan ia sebagai ruang dakwah.
Apa jua yang berlaku wahai diri, fokus pada matlamat.
Jangan kau biar orang lain menganggumu.
Dunia ini sementara. Sifatnya rapuh, menanti masa untuk musnah.
Lalu apa yang ingin kau banggakan dengan dunia?
Apa yang kau harapkan yang dunia ini mampu memberimu?
Semangat3x! nak masuk sem 3, tahun 2. dah jadi senior, maka tanggungjawab pasti bertambah. Semangat nak ubah diri! Semangat nak buat yang terbaik!
Eh, semangat Ramadhan dulu! 5 hari lagi!
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment