Tuesday, 17 June 2014

Bukan soal 'sipa dia' tapi 'siapa aku'!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!

Sekarang ini rata-rata pelajar 'degree' di IPTA seluruh Malaysia sedang menghadapi peperiksaan. Begitu juga dengan aku, dan dalam masa yang sama di laman media 'Facebook' ramai yang seusia kami dah mula mamasuki alam perkahwinan mahupun pertunangan.. :)

Orang lain kahwin, namun kami turut merasa 'bahangnya'... Ramai yang meluah di Fb, sembang-sembang pasal isu ini. Dan beberapa hari sebelum aku akan menghadapi peperiksaan bagi semester 2, datang seorang sahabat bertemu aku untuk berkongsi ceritanya. Dan tulisan ini adalah perkongsian aku.

Aku juga seperti kalian impikan seorang pasangan yang dapat memimpin aku ke syurga Dia, impikan sebuah keluarga yang dilimpahi dengan mawaddah wa rahmah. Namun, ada sesuatu yang ingin aku sampaikan. Bukan soal 'siapa dia', siapa bakal pendamping hidup kita atau siapa yang akan menjadi imam kita, siapa bakal menjadi menantu ibu kita.Tidak, bukan soal siapa dia harus dipersoalkan. Itu kerja Tuhan.

Tapi yang jauh lebih penting, siapa kita? Apa persediaan yang kita dah lakukan? Apa ilmu-ilmu yang kita pelajari untuk mempertingkatkan kemahiran diri? Apa amalan yang kita lakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah? Apa khidmat yang telah kita berikan kepada masyarakat? kepada ummat, apa sumbangan kita? kepada agama? Apa bakti kita pada ibu & ayah? Apa usaha kita dalam mengislahkan keluarga, adik, abang, kakak kita? Apa method dakwah yang kita gunakan buat rakan sekuliah, sebilik, sekolej? Terlalu banyak untuk kita persoalkan. Terlalu banyak untuk kita risaukan. Terlalu banyak untuk kita perbaiki. Terlalu banyak untuk kita fikirkan. Terlalu banyak perkara perlu dilakukan sehingga kita tidak punya masa untuk berangan soal 'siapa dia'.




Ah, aku bukan juga kuat menghadapi pelbagai ujian hati ini. Namun, saat ia datang menganggu kosentrasi, kembali pada tujuan, kembali pada matlamat. Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan, sebelum 'tanggungjawab' lain bertambah. Ingat senang ke kalau dah tunang atau kahwin, ia komitmen, tangunggjawab, bukan sekadar satu ikatan. Ia bukan sekadar pertemuan atau ikatan 2 jiwa, tapi juga 2 keluarga. Allah, aku tak dapat bayangkan, betapa tidak bersedianya lagi aku untuk tanggungjawab itu.

Kadang aku terfikir, melihat senario sahabat-sahabat, Saban hari video, lagu & filem yang ada hari ini selalu memparkan babak-babak romantik, selalu mengetengahkan isu cinta, perkahwinan dan seumpama dengannya. Bahkan nasyid sendiri pun, novel islami sekarang pun banyak membawakan cerita cinta manusia. Ya aku akui ia lagu cinta islami, novel cinta islami, namun bagi aku ia pembunuh jiwa perjuangan remaja seperti aku, ia penghakis semangat perjuangan remaja, ia mengganggu fokus perjuangan akademik remaja. Sebab itu seingat aku waktu tingkatan 4, aku meletakkan syarat pada lagu-lagu yang aku pilih untuk dijadikan halwa telinga adalah lagu-lagu yang berkisar soal perjuangan seperti Shoutul Harakah, Nada Murni, Native Deen dan seumpama dengannya.. Kerana aku tahu, aku takkan kuat mengharungi pelabagai fitnah dunia dan ujian hati ini kalau aku 'layan' semua benda-benda jiwang ini.

Tapi start form 6, aku mula longgar pada syarat yang aku letakkan, aku dah layan nasyid-nasyid yang jiwang ni.. dan aku dapat rasakan perbezaannya..perasaan dalam jiwa.. Hu.. dan kini masuk U, aku memang dah jarang dengar lagu, macam tak sempat nak play lagu yg ada dlm phone... aku lebih memilih untuk mendengar qasidah, zikir,& alunan bacaan Al-Quran atau nasyid-nasyid indon atau nasyid-nasyid 'lama' zaman aku kecil terus dari Youtube atau soundcloud.

Kerana aku takut. Takut andai aku terbuai dengan 'cinta manusia' ini sedang belum tiba waktunya. Mungkin ia dah tiba untuk kau, mungkin ia waktu yang sesuai untuk kau, tapi tidak untuk aku. Maka, aku perlu pergandakan fokusku.

Andai kau rasa hiburan yang ada hari ini membuat kau leka, membuai kau jauh, maka pilihlah yang sesuai. Jiwa perjuangan itu perlu dibentuk. Aku sedih melihat ada sahabat yang sama di medan perjuangan, ada yang hati & jiwanya terlalu cepat terusik dengan ke'solehan' rakan kerja atau ke'solehahan' rakan segerak kerja. Kadang-kadang ia buat aku juga turut sesak!

Bersederhanalah dalam apa pun yang kita lakukan. Banyakkan berfikir tentang kematian, Hari Akhirat, Fitnah Dajjal. Kita tak tahu ia bila. Boleh jadi ia datang dulu sebelum sempat kita merasai indahnya sebuah perkahwinan. -hehe, aku pernah ckp macam ni kat kak usrah aku, pastu dia kata tapi jangan lupa Allah suruh kita buat yang terbaik kat dunia ni, usaha kena ada.. ( Baik akak! ) n_n

Terakhir sekali aku kongsikan satu ayat Al-Quran ayat 4 Surah Al-Ahzab :

مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍ۬ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِى جَوۡفِهِۦ‌ۚ

maksudnya : Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya

Oleh itu, uatmakanlah cinta yang utama & pertama. Dalam perjalanan kita mencari cinta Dia, saat tiba masanya Allah akan hadirkan insan itu. Perhebatkan amalan dan doa serta pergantungan.. Bukan soal 'siapa dia' tapi 'siapa kita'!

Buat aku, yang pandai berkata-kata tapi kurang amalannya.. :(
Salam mujahadah!








No comments:

Post a Comment