Ramadhan is verb not
noun! ~prof hayati ( 26 jun 14 )
Kemenangan di medan Badar.
Pembebasan Kota Makkah.
Ketibaan Islam di bumi Andalus.
Kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Masjidil Aqsa.
Kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghul di medan 'Ain Jalut.
Banyak lagi..
Ah itu kisah mereka, sirah silam.
Aku?
Moga mampu meraih taqwa
#roadtoramadhan ( 24 jun 14 )
Ramadhan,
didatangi atau mendatangi? ( 23 jun 14 )
Ah manusia,
sering kali lupa masa silamnya,
dia baru sahaja menjadi 'tahu'
sedangkan sebelum ini dia juga 'tidak tahu'
lantas memperkecilkan mereka yang tidak tahu,
memandang mereka seolah mereka jauh lebih hina daripada dia
konon dialah yang paling tahu...
Aku juga manusia. Moga kita dijauhkan dari sifat ini ( 22 jun 14 )

Dan apabila kau membaca atau mendengar apa
sahaja yang bermanfaat maka catatlah! Dan di kemudian di saat kau perlukan maka
selaklah!
Ada satu kata-kata hikmah :
ما حفظ فرَ, وما كتب قرّ
"Apa yang dilafaz, maka ia lari dan apa yang ditulis, maka ia tetap..."
~mungkin boleh aplikasi juga untuk exam! ^^ ( 20 Jun 14 )
Ada satu kata-kata hikmah :
ما حفظ فرَ, وما كتب قرّ
"Apa yang dilafaz, maka ia lari dan apa yang ditulis, maka ia tetap..."
~mungkin boleh aplikasi juga untuk exam! ^^ ( 20 Jun 14 )
Meng'apa' kan apa, membagaimanakan bagaimana,
memanakan, mana, membilakan bila,Dia lah Allah.. Maka tidak layak segala
persoalan ini buat Dia, Allah ada tidak bertempat!
Kata Imam Ali :
الذين أين الأين لا يقال له أين
والذي كيّف الكيف لا يقال له كيف ( 15 Jun 14 )
Kata Imam Ali :
الذين أين الأين لا يقال له أين
والذي كيّف الكيف لا يقال له كيف ( 15 Jun 14 )
Antara hikmah terjadinya isu coklat cadbury ni
: masyarakat menjadi semakin berhati-hati pada setiap produk yang ingin dibeli.
Lebih teliti terhadap, bahan kandungannya, jenama, tempat dikilangkan barang
tersebut. Ya, ia satu budaya yang baik, berbanding sikap kita yang sebelum ini
ambil lewa terhadap 'apa' yang kita makan. Tugas kita berusaha mencari yang
Halal, dalam apa pun, makanan, pakaian, pekerjaan, segala yang tak terzahir
serahkan pada Allah.
Dulu, selalu pesan kat adik2 aku, jangan sebarang beli makanan ringan yang ada kat kedai, sebab kadang-kadang ada yang x de logo halal, sekarang, yang ada logo halal pun diragui, lalu, penanda arasnya? ( 3 Jun 14 )

Kesibukkan memang akan menimpa kita, jika kita
tidak sibukkan diri dengan kebaikan, kita akan disibukkan dengan kejahatan atau
kelaghaan..Apa yang pasti kesibukkan itu haruslah bermatlamatkan Allah.. ~kak
naqibah ( 30 Mei 14 )
Kerana anda bukan sekadar kawan, tapi SAHABAT
Bersempena bulan Syaaban yang kunjung tiba,
petanda ramadhan yang akan hadir, jemput pm atau whatsapp atau tulis surat atau
apa sahaja medan perhubungan yang boleh sampai kepada saya tentang komen
keburukan @ kelemahan saya @ apa yang anda x puas hati dngn saya.. Saya amat
menghargainya..katakan apa sahaja walaupun ia pahit..Kerana saya ingin menempuh
ramadhan dengan diri yang lebih baik.. Takut2 ini Syaaban & Ramadhan saya
yang terakhir. ( 30 Mei 14 )
No comments:
Post a Comment